Resort Muslim Friendly Di Taiwan: Flying Cow Ranch, Miaoli County

Kalau korang tengah mencari resort Muslim friendly di Taiwan yang sesuai untuk percutian keluarga atau healing trip dengan suasana alam semula jadi yang menenangkan, Flying Cow Ranch di Miaoli County memang patut masuk dalam senarai.

Terletak kira-kira 1 jam 45 minit dari Taipei, resort atas bukit ini menawarkan pengalaman penginapan unik berlatarbelakangkan kehijauan bukit dengan udara segar yang cukup nyaman. Boleh tengok lembu terbang ke kat sini? Ha… korang kena baca sampai habis! 

Penginapan Dengan Kemudahan Muslim Friendly

Bukan sekadar resort biasa, Flying Cow Ranch juga menyediakan kemudahan mesra Muslim yang memudahkan tetamu Muslim sepanjang bercuti di Taiwan.

Bilik di Flying Cow Ranch ni dilengkapi dengan fasiliti asas lengkap untuk keselesaan tetamu. Antaranya termasuk TV, aircond, WiFi dan water heater.

Menariknya, bilik air turut ada bidet tau serta sabun mandi dan syampu berasaskan susu lembu yang menjadi identiti resort ini. Ruangan bersantai juga disediakan untuk korang berehat sambil menikmati suasana tenang sekitar resort.

Resort Muslim Friendly Taiwan

Untuk tetamu Muslim, arah kiblat dan waktu solat turut disediakan bagi memudahkan urusan ibadah sepanjang menginap.

Nikmati Hotpot Seafood Susu Lembu Yang Unik

Salah satu pengalaman paling menarik di Flying Cow Ranch ialah hidangan hotpot seafood milk yang disediakan dalam pakej penginapan mereka.

Set makan malam ini menggunakan sup susu lembu yang creamy dan cukup unik rasanya. Resort ini juga mempunyai pengiktirafan sijil halal dan makanan serta perkakas yang digunakan oleh tetamu Muslim diyakini halal.

Untuk sarapan pagi pula, tetamu akan diberikan set breakfast secara individu. Antara menu yang disediakan termasuk nasi, sayur, buah-buahan, pau dan susu segar.

Macam back to nature kan? 

Aktiviti Menarik Boleh Korang Cuba

Bercuti di Flying Cow Ranch memang sesuai untuk keluarga kerana terdapat pelbagai aktiviti santai yang boleh dilakukan bersama anak-anak.

Sekitar resort dipenuhi kawasan ladang lembu dan korang juga boleh mencuba pengalaman memerah susu lembu jika berani. Selain itu, terdapat ternakan kambing yang boleh dibelai dan diberi makan. Seriously, tak berbau langsung plus tempatnya sangat bersih dan lembu juga kambing pun sihat-sihat. 

Suasana di sini cukup tenang dengan kehijauan alam semula jadi yang sesuai untuk riadah, berjalan, nak OOTd dan menikmati udara segar jauh dari kesibukan bandar.

Syurga Produk Tenusu Segar

Selain penginapan dan aktiviti ladang, Flying Cow Ranch turut menjual pelbagai produk tenusu segar yang wajib dicuba.

Antara yang popular termasuk susu segar, aiskrim dan cheesecake yang dihasilkan menggunakan produk tenusu dari ladang mereka sendiri.

Lokasi Flying Cow Ranch Taiwan

📍Flying Cow Ranch

Miaoli County, Tongxiao Township, Nanhe Village, Taiwan

📲 Info lanjut:

www.flyingcow.com.tw/en/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *