Mud Volcano di Pulau Tiga cantikkan kulit bak ‘Sumandak Sabah’? Wajib cuba ni!
Korang tahu tak dekat Sabah ada kolam lumpur gunung berapi?? Haa… selalu sebut Sabah je borak pasal laut dengan seafood je kan, kali ni kita share sikit mengenai keseronokan bermain lumpur volcano yang terletak di Pulau Tiga!
Pulau Tiga, Survivor Island!
Untuk pengetahuan anda, Pulau Tiga ini terletak 17km dari utara Kuala Penyu dan merupakan salah-satu dari tiga pulau yang termaktub dalam Taman Pulau Tiga. Dua lagi pulau adalah Pulau Kalampunian Besar dan Pulau Kalampunian Damit (Pulau Ular).
Mungkin ada certain yang lebih kenali Pulau Tiga ini sebagai Survivor Island sebab pulau ini pernah menjadi lokasi penggambaran bagi siri televisyen Amerika Syarikat, ‘Survivor’ pada tahun 2000. Siri Survivor ini memaparkan persaingan antara 16 peserta yang kena kekal bertahan untuk merebut hadiah bernilai $1 juta USD. Memang popularlah cerita tu masa zaman tu beb.
Apa je best kat sini?
- Kebanyakan kawasan di Pulau Tiga ini boleh dianggap sebagai hutan premier (belum diterokai), malah kawasan marin dekat pulau ini juga sangat unik untuk diterokai. So boleh je kalau korang nak mandi laut di tepian pantai pulau ni. View tayah citelah, memang tip top.
- Aktiviti paling popular dekat pulau ni adalah bermain lumpur gunung berapi. Untuk merasai lumpur volcano ini korang kena jalan sikit menerusi trail yang disediakan (around 20-30 minit). Meskipun jalan trail nampak easy, kalian tetap kena berjaga-jaga sebab kadang-kadang ada je haiwan tak diundang datang ‘terjah’ macam monyet, ular tak pun tetiba ranting dahan jatuh pulak sebab berangin~
Macam mana boleh tercetus Mud Volcano?
Mesti pelikkan, macam mana dekat pulau boleh ada lumpur gunung berapi? Haa, bab ni kena belajar sejarah sikit ye.. ceritanya begini – pada tahun 1987, difahamkan Taman Pulau Tiga ini terbentuk disebabkan oleh gempa bumi di Mindanao, Filipina yang berlaku gara-gara letusan gunung berapi. Mindanao ni terletak berdekatan dengan Borneo dan sebab itulah, Pulau Tiga mempunyai sepasang gunung berapi lumpur yang aktif di bahagian tertinggi pulau.
Manfaat Mud Volcano?
Kalau nak sembang pasal kajian saintifik memang tak jumpa lagilah, tapi kalau dari segi pengalaman pengunjung yang datang berlumpur gunung berapi kat pulau ini, boleh dikatakan lumpur volcano ini sangat bermanfaat buat kulit manusia. Malah, ada juga yang kata for those yang ada masalah kulit memang elok mai main lumpur ni untuk rawat kulit itu.
Dari pengalaman kami, lumpur volcano disini buatkan kulit jadi lembut and berseri! Bau lumpur tu takdalah sebusuk lumpur di parit sawah weh and feel dia macam kita main tanah liat je! Oh ya, meskipun dia berunsurkan volcano tapi lumpur kat sini tak panas ye.. sejuk je rasa waktu berendam dalam lumpur tu. The best part is bila kita cuba jalan dalam lumpur punyalah susah tapi bila kita baring automatik badan kita terapung ye!
Cara nak ke Pulau Tiga?
Untuk jejakkan kaki disini, korang kena naik bot dari Jeti Kuala Penyu. Adalah dalam 30 minit kalau naik speedboat tu. Kalau jarak dari Kota Kinabalu ke Kuala Penyu pula sekitar 2 jam. Banyak sekarang ini travel agent yang tawarkan pakej dari KK ke Pulau Tiga, kalau tak pun korang boleh je refer Sabah Park untuk ask trip ke sana ya!
Sebenarnya Pulau Tiga sudah wujud sebelum tahun 1987/1897. Sila lihat peta Borneo sebelum 1887. Peta – Petrus Plancius, 1594 – https://www.southchinasea.org/2011/08/19/indies-petrus-plancius-1594-j-fisscher-1617-suarez-1999/ … Pinkerton, 1818 – https://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:1818_Pinkerton_Map_of_the_East_Indies_and_Southeast_Asia_%28Singapore,_Borneo,_Java,_Sumatra,_Thailand_-_Geographicus_-_EastIndiaIslands-pinkerton-1818.jpg