Itinerari 5H4M di Chiang Mai – trip bercuti dengan BFF!

MEMPUNYAI teman baik itu pastinya menyenangkan hati, lagi-lagi bila dapat kawan yang satu kepala! Tapi, makin dewasa ni mesti semua makin busy sampai nak lepak minum kopi together pun susah right? Haa, apa kata korang plan dengan BFF untuk buat trip holiday together? Tak tahu nak ke bercuti ke mana? Mungkin perkongsian sis Ellia Rohim yang bercuti ke Chiang Mai ni boleh dijadikan panduan!

Jom ikuti itinerari trip 5H4M di Chiang Mai yang pastinya buatkan si gadis tertawan!


Trip ni takde guna travel agent and kitorang memang plan semuanya sendiri. Buat research here and there & we work it out together sampailah trip ni menjadi. Thank you travel bestie Nyna Bananyna.

For this trip (Februari 2023), kitorang cover 4 areas; –

Chiang Mai City > Chiang Dao District > Mae Taeng District > Mae Rim District

DAY 1 – KL – Chiang Mai City

  • Flight direct from KL to Chiang Mai, landed around 3pm
  • For airport transfer, booking dekat Klook Apps, price RM35 je for 2 passengers
  • Keluar je dari pintu International Arrival, dah ada orang tunggu pegang signage Klook berserta nama kita
  •  Loyy Hotel
    • Booked this hotel through Agoda and highly recommended sebab lokasi dia strategik, sangat dekat dengan tempat makan halal & walking distance to Chiang Mai Night Bazaar juga. Price around RM70 +- per night. Boleh refer dekat link ni: https://www.instagram.com/loyyhotel/
  • Khao Soi Islam Noodles
    • On the spot google ‘halal food nearby me’ & jumpalah kedai halal ni, and memang sedap makanan dia.
    • Kena cuba Nasi Khoa Mok & Khao Soi Noodle dia, nyumss!
    • Location : https://g.co/kgs/RwEwcd
  • Ban Puak Park
    • Kebetulan masa sampai Chiang Mai, ada Flower Festival. So, random je tahan pakcik tuktuk kat area kedai makan tu and singgahlah dekat Flower Festival ni. Best jugak, ala ala Floria Putrajaya gituh. Free entrance
    • Location : https://g.co/kgs/W6PKyg
  • Chiang Mai Night Bazaar
    • Night market ni just walking distance from Loyy Hotel, ada halal food juga & paling best massage yang murah! Hehe. 180 baht je untuk head, shoulder & foot! Mana nak dapat harga macam ni kat KL.
    • Boleh beli souvenir kat sini siap-siap, nanti tak payah fikir apa apa dah, just focus on your next plan je
    • Location: https://g.co/kgs/uAZ5KD

DAY 2 – Chiang Mai City – Chiang Dao District

  • The Phae Gate
    • One of the famous historic landmark dekat Chiang Mai. Siapa ke sini macam tak sah la kalau tak bergambar dekat sini hehe. Settle pusing² area situ, kitorang balik hotel, packed & checked-out.
    • Location : https://g.co/kgs/Lxe2uk
  • Chiang Mai Wheels Car Rental
    • Kitorang request nak collect our car rental dekat hotel je, senang sikit lepas check out terus gerak. Since our next destination ni semua jauh- jauh, so lagi selesa untuk drive sendiri coz boleh follow our own timing.
    • Booking through website je & no need to pay anything.
    • Bila dapat kereta baru buat full payment + deposit 5000 baht in cash.
    • Website : https://www.chiangmaiwheels.com/
  • Giant Tree Alley
    • Kat sini orang muda muda boleh la kot nak datang, orang tua tak di galakkan sebab memang takde apa pun kat sini.
    • Datang sini sebab tengok reference gambar orang pegi sini cantik, tapi ktorang tak dapat pun spot yang cantik tu. Gigihhh ye, kalau bawak parents ni mesti dah kena debik
    • Reference photo : https://www.instagram.com/p/CmmNxF5pd9Q/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
  • Rai Phu Pha Hut Homestay
    • Among all the places, this is our main highlight of the trip! Masa sampai kat sini teruja betul sebab tak sangka wujud tempat macam ni, Subhanallah cantik sangat!
    • At first, tak mudah untuk booking tempat ni coz of language barrier tapi kalau korang gigih macam kitorang, language barrier ni bukanlah satu penghalang. Cewahh
    • Cara booking, just pm owner homestay through FB. Utk secure booking, nanti owner akan request for a deposit payment. (Price ikut jenis bilik).
    • Untuk transfer deposit tu, I guna Bigpay, pilih international transfer. Once dah secure booking, korang dah boleh lega sebab homestay tu macam goreng pisang, laku keras!
    • Ohh ya, harga bilik kitorang haritu 1800baht per night. Bilik dia biasa biasa je but the view!
    • Link fb homestay : https://www.facebook.com/profile.php?id=100075912112109…
    • Location : https://maps.app.goo.gl/ibf53crAK5MTxiug7?g_st=iw

Day 3 – Chiang Dao District – Mae Taeng District

  • Chiang Dao Mountain View
    • So the next day, check-out & singgah minum kat sini jap. Kat sini kalau layan view sunset cantik sangat! But that day kitorang datang tengah hari, jadi panas membahang je yang dapat hahaha.
    • Spot OOTD onzz kat sini!
    • Location : https://g.co/kgs/GJRaZt
  • Dantewada Land of Angels Waterfall Park
    • Okay actually tempat ni takde dalam list pun. Since check-in time untuk next accom pukul 3pm, so kitorang still ada extra time untuk jalan² & thanks to google sebab suggest tempat ni.
    • Tempat cantik & sesuai jugak untuk family with kids sebab dalam tempat ni ada small petting zoo, ada flower farm & man-made waterfall.
    • Entrance fee 80 baht.
    • Location : https://g.co/kgs/4SZaB5
  • Phusanfah Resort
    • Reason stay kat sini sebab Nyna nak main Funfly Paramotor, so price dah include semua, all in.
    • If booking direct with resort, price around 8900 baht per night (breakfast included), but kalau nak main Funfly Paramotor je pun boleh, price 5500 baht (Foreigner price).
    • Surprisingly resort ni pun tersangatlah cantikk! But korang kena plan wisely, I suggest pegi time musim sejuk sebab bunga tengah cantik.
    • Booking : https://www.facebook.com/phusanfahresort?mibextid=LQQJ4d
  • Air Diamond Islamic Restaurant
    • Ini pun macam biasa random google jugak, jumpa satu kedai halal nearby resort. So tapau siap-siap, and nasi khomok dia sedap gila! Dua kali repeat.
    • Masa nak order bukan main speaking, sekali dia cakap melayu sebab brother tu orang Pattani bhahaha
    • Location : https://g.co/kgs/BXAVDm

DAY 4 – Mae Rim

  • Pong Yaeng Jungle Coaster & Zipline
    • Ada banyak activities dekat sini tapi kitorang main yang Jungle Coaster je, the famous ride dekat situ, Q agak panjang dalam 20min.
    • Boleh beli tix walk-in atau dekat Klook Apps.
    • Booking : https://s.klook.com/c/m18lneZQwJ
  • Monjam Dome Tent
    • Checked-in next accom area Mae Rim. Ohh man, this is actually not a good idea at all.
    • Personally, rasa macam better stay dekat Chiang Mai City coz Mae Rim to Chiang Mai City dalam half and hour je.
    • If nak buat activiti dekat Mae Rim ni, boleh buat day trip je, tak payah stay pun takpa. And tak recommend sangat stay dekat jenis dome tent ni sebab bila waktu siang, panas dia ya rabbi panas membahang. Waktu malam & awal pagi je sejuk.
  • Huai Tueng Thaoo Sheep Farm
    • Aktiviti dekat sini adalah bermesra dengan sheep hahaha
    • Entrance fee 50 baht & boleh beli makanan rumput kat situ harga 10 baht
    • Seronok & lawak bila ingat balik sebab kitorang kena kejar dengan sheep tu sampai lari tak cukup tanah. Aggressive biri biri kat sini, semua kebuluran!
    • Location : https://g.co/kgs/cnqVHx
  • MIRA Cuisine Chiang Mai
    • Dari Mae Rim terpaksa ke Chiang Mai City for dinner sebab area sana tak jumpa halal food.
    • Kitorang dah muak makan instant food 7E.
    • Restaurant sini cantik & sedap! Recommended!

DAY 5 – Mae Rim – Chiang Mai City

  • Orange Garden My Garden
    • Checked out early morning sebab decide nak singgah Orange Farm ni.
    • Nothing special but okaylah for a short walk.
    • Entrance fee around 70 baht.
    • Orange Farm ni sangat besar tapi tak sempat nak explore more sebab nak berkejar ke airport. Lupa dah nak kena balik Malaysia
  • Sofia Restaurant
    • Singgah lunch dulu kat sini before ke airport, semua makanan kedai ni sedap, kenapa eh semua makanan Chiang Mai ni boleh di katakan semua sedap?
    • Kedai-kedai dekat lorong sini boleh dikatakan semuanya halal, located nearby Masjid Chiang Mai.
    • Location : https://g.co/kgs/ejGti2
  • Chiang Mai International Airport
    • Booking grab untuk ke airport, and we back to reality! Such a good and memorable trip!

#Notes!

  • Di sebabkan banyak spend time dekat belah belah kampung, kitorang banyak guna cash. But still ada standby duit dalam Bigpay.
  • Cuaca pagi dekat sana sangat sejuk, paling sejuk haritu 10’c – 13’c dekat Chiang Dao, Mae Rim & Mae Taeng. Standby bawak light winter jacket & socks tebal! Tapi bila dah tenghari, cuaca dah panas macam Malaysia.
  • Ada bawak small pot juga, masak sardin & ada bawak some travel food dari Malaysia.
  • Untuk total cost, roughly around RM3k +- per pax. Tapi this is based on 2 pax punya calculations. Lagi ramai, lagi murah + ikut jugak aktiviti apa yang korang buat kat sana.

Nak tengok foto & video yang nice-nice lagi di Chiang Mai? Ikuti instagram sis Ellia Rohim okie! Selamat bercuti 🙂


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *