Bung Bratak Heritage Centre – tapak warisan bersejarah di Sarawak
Buat mereka yang ingin bercuti ke Sarawak dan mahukan kelainan, kali ini seorang followers Kaki Travel iaitu Echa Cha akan berkongsi pengalamannya sewaktu bercuti ke Bung Bratak Heritage Centre. Haa, tempat ni merupakan salah satu tapak warisan yang penuh bersejarah di Sarawak. Perjalanan ke sini ambil masa around 1 jam (perjalanan dari Kuching menghala ke Lundu melalui Batu Kawa/Pekan Bau).
Sejarah Bung Bratak
Bung Bratak merupakan antara penempatan masyarakat Jagoi Bidayuh sejak 750 tahun dahulu. Pada tahun 1838, ianya telah diserang oleh orang luar dimana rumah-rumah dibakar, dirompak manakala orang-orang dewasa telah dibunuh manakala kanak-kanak diculik dan dilarikan.
Semasa kejadian, Panglima Kulow bersama yang lain sedang menguruskan tanaman padi di kaki bukit. Rentetan kejadian itu, Panglima Kulow telah mendapatkan pertolongan Rajah James Brooke dan berjaya membawa kembali kanak-kanak yang diculik. Setelah itu Bung Bratak telah dibina semula dan kembali sejahtera dan harmoni.
Namun dari masa ke semasa penduduk di sekitar kawasan ini telah berpindah ke tempat lain. Kini ianya merupakan salah satu pusat pelancongan di Sarawak dan Festival Bung Bratak diadakan pada 1 Mei setiap tahun bagi memperingati peristiwa ini.
Untuk masuk ke tempat ni, anda dikenakan bayaran RM5/seorang. Kalau ada yang nak merasa suasana alam, bolehlah cuba bermalam dekat sini. Range harga RM90-140 (bergantung kepada pakej yang disediakan).
Selain tu, korang boleh mendaki ke puncak. Puncak tertinggi direkodkan bagi Bung Bratak adalah 161 mdpl. Untuk ke puncak, korang boleh meneruskan pendakian dari belakang kafe di kawasan tersebut.
Untuk ke sini, korang boleh parking kenderaan di bawah kaki bukit dan mendaki secara santai (exercise) melalui anak-anak tangga selama 20-30 minit. Udara yang nyaman serta permandangan menghadap ke Gunung Singai dan Serapi nyata menyedapkan mata memandang dan melegakan penat pendakian. Boleh juga memandu terus ke atas jika menggunakan 4×4 atau motosikal kerana kecerunan yang tinggi.
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravel dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!