Santai bersama anak-anak di Chalet Dusun, Pos Kampung Kuala Mu

Untuk korang yang sukakan Adventure Trip or tengah planning nak bawak anak-anak bercuti, kali ni kami nak share pengalaman seorang followers Kaki Travel iaitu Mohd Nizam Zambari mengenai Chalet Dusun yang berlokasi di Pos Kampung Kuala Mu – Perak.

Untuk pengetahuan korang, Pos Kg Kuala Mu adalah sebuah perkampungan Orang Asli yang terletak jauh di Banjaran Titiwangsa. Etnik utama yang stay kat sini adalah dari Suku Temiar. Ada juga beberapa perkampungan lain sekitar kawasan ni ya (Kg Kuala Mu, Kg Bersah, Kg Toh, Kampung Gapeh Hulu dan Kg Gapeh Hilir).

Pos ini terletak lebih kurang 280km ataupun 4 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.
Kalau nak jalan paling mudah nak kesini, korang guna highway then exit melalui Sg Siput terus ke pekan Sungai Siput. Dari pekan tu, korang akan melalui Kampung Batu Tiga, Kampung Lasah kemudian melalui perkampungan orang asli paling terpinggir dari kawasan banjaran iaitu Kampung Bawong dan terus melalui pos-pos perkampungan Orang Asli yang lain hingga berakhir di Pos Kuala Mu.

Chalet Dusun ni best sebab chalet ni dikelilingi dengan pokok durian oiii… merasa la makan durian 3-4 biji jatuh bergolek depan chalet hari tu. Bagi korang yang nak merasa makan durian, bolehlah mai ke sini dalam bulan Julai-Ogos. Make sure korang minta izin dulu dengan owner tok batin ya sebelum nak makan durian-durian kat situ.

Review mengenai Chalet Dusun
1. Toilet – ada 2 lokasi tandas yang disediakan disini. 1 berdekatan pintu masuk, 1 lagi di hujung kawasan chalet. Tapi basic style je la.

2. Plug point ada di setiap chalet dan paling best 24jam ada je tau!



3. Kitchen and sink – Kami pilih chalet tepi sungai yg bersebelahan dapur. Bole sewa dapur complete dengan gas untuk korang main masak2. Tapi kami bawa dapur & periuk sendiri. Kawasan dapur ini sepatutnya kena sewa, tapi dah ‘kawtim’ elok-elok dgn owner so FREE je bole guna. hehe..
Kalau ada yang nak ber-BBQ pun boleh dekat sini ya!

4. Stream, pool – Sungai dekat sangat dengan chalet, nak tiruk dari chalet pun boleh sangat!

5. Kawasan parking betul-betul dekat dengan chalet.

6. Entrance fee: Free bagi kami, kerana bermalam disini. Tapi ada bayaran bagi mereka yang datang Day trip kesini.

7. Phone Coverage- dekat sini coverage memang ‘out’ sikit so kira aman damai la untuk korang yang nak nak sini.

8. Security/safety – selamat la kot bagi aku. Pasal yang menjaga tempat ini pun orang-orang asli.

9. Waze – korang type je ‘Chalet Dusun’ dekat waze konfem jumpa.

So tunggu apa lagi guys? Meh pakat ramai-ramai datang ke sini. Untuk maklumat lanjut boleh usha FB page Komuniti Pos Kuala Mu Sungai Siput ataupun hubungi 011-19883949 (Chalet Dusun)


Jangan lupa LIKE Facebook KakiTravel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

4 Responses

  1. syukur says:

    saya dh cuba call no tu. no lain pn saya cuba. tp satu pn xdpt… mcm mna ye utk saya contact mereka. plan nk ke sana september ni.

  2. Miss Han says:

    Singgah sini.. Baca review.. Eksaited nak kesana.. Sudah book..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *