Tips berguna untuk anda yang pertama kali ke kota London!

Buat kalian yang baru sahaja pertama kali ingin melawat kota London, pasti banyak perkara yang akan mengelirukan anda terutamanya dalam membuat keputusan menentukan ‘transport’ yang mana satu terbaik dan jimat kos untuk dinaiki ek?

Haa, mungkin perkongsian daripada seorang traveler yang mesra dengan panggilan ‘Pakcik Bidin’ ini sesuai dijadikan panduan buat anda!

Naik tube, per trip within zones 1 & 2, £2.50 sahaja
Tube map (sendiri buat punya, bukan official) dengan location of major attractions & nearest tube stesen
  • Di kota London, anda boleh menaiki pengangkutan awam seperti bas/tube. Namun, pada mulanya pasti ada yang terpinga-pinga sebab tak biasa naik. Tidak menjadi masalah besar buat kalian yang sudah biasa menaiki LRT di Kuala Lumpur kerana corak perjalanannya seakan sama.
  • Dengan hanya rujuk tube map, anda dah boleh figure out mana nak naik, turun atau tukar line.
  • Pertukaran tube line di London, mostly tukar platform dalam stesen itu sendiri. Jika di platform itu, signboard tiada nama tempat kalian nak tuju, kira salah platform lah tu. Jarang-jarang kena keluar stesen atau tukar di bangunan lain.
  • Tiada physical tiket issued bila naik tube/bas, payment guna Oyster card/Debit Card/Bigpay/Wise.
  • Untuk makluman, Oyster card ini kira macam kad Touch & Go kita, boleh beli di counter atau vending machine.
  • Bagi mereka yang pertama kali akan naik tube, percayalah by hari kedua, ketiga, kalian dah jadi expert & confident. Anyway,  nak tanak memang terpaksa juga guna tube/bas untuk ke pick-up point Hop-on Hop-off pun.
‘Toot Bus’ London
  • Antara syarikat popular yang menawar khidmat Hop-on Hop-off di London ialah:
  • Masing-masing ada route coverage mereka tersendiri.
  • Harga £31, (+/- RM167)/day/person.
London ‘Big Bus’
  • Jika naik tube, dari origin stesen ke destination stesen, hanya £2.50 tak kisah berapa stesen in-between, tak kira berapa line kena tukar.
  • Maximum charge per day di hadkan (‘capped’) kepada £7.70/day utk zone 1 & 2 dan di antaranya. Maknanya 1st-3rd trip, anda cuma perlu bayar £2.50 X 3. Trip ke-4 hanya bayar 20p. Selepas & seterusnya, Free! Naik sampai lebam.
  • Hampir keseluruhan attractions di London berada dlm zone 1 & 2.
  • So, kalau nak jimat belajar ‘DIY’ tempat tarikan yang nak dilawati. List down attractions & tentukan tube stesen mana nak turun. Time balik, cari tube stesen berdekatan dengan last attraction. Ini adalah the most critical step dan ya, sesetangah org fail. Mungkin kurang study, kurang research atau langsung tak paham.
  • Jika awak naik tube 4 kali atau lebih sehari, cost awak RM42+ (£7.70) berbanding dgn RM167+ (Hope-on Hop-off).
Tower Bridge (bukan London Bridge). London’s iconic attraction
Neal’s Yard, one of London’s secrets

Paid attractions di London mahal ke?

  • Perlu ke dptkan London Pass atau pass² lain? Untuk 1 day pass, harga £89 (RM480). Mereka boast anda boleh masuk any of the 90 paid attractions in their list. Tapi, berapa attraction yang kita mampu cover satu hari??
  • Ingat, anda kena pergi at least 3/4 attractions untuk cover kos ticket. Bila buat planning, ambil kira musim apa anda pergi, daylight mungkin singkat pada musim winter & maghrib pukul 4 petang! So, you do the math & planning.
  • Satu contoh, London Eye – £32.50. Tiket mahal, beratur panjang berjela, nanti kena sidai lama. Decide sendiri sama ada berbaloi atau tak.
  • Jadi, bab attractions pun boleh DIY sendiri sebab most attractions di London are Free!
  • Di museum & gallery, masuk percuma (kena pre-book). Anda hanya perlu bayar untuk pameran² khas, lazimnya di section berasingan dlm bangunan.
  • Attractions yang perlu bayar untuk masuk, sememangnya terasa mahal bila di convert ke RM. So, lalu-tengok & snap gambar dari luar ajelah. haha.
  • Also do research for alternative ‘Free’ attractions for e.g. view London Skyline di Sky Garden, The Garden at 120 atau Tate Modern.
St James’s Park.
Big Ben, antara London’s attraction must see
Cable car attraction. Boleh naik di North Greenwich stesen atau di Royal Victoria stesen

Anda ada kisah menarik untuk dikongsi bersama dunia?
Sila emel kepada kami di admin@kakitravel.net

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *