‘Scorpion’ dijumpai dalam pesawat Lion Air

Para penumpang pesawat Lion Air JT293 terkejut apabila mendapati seekor haiwan yang menyerupai kala jengking juga terbang bersama-sama mereka dalam pesawat tersebut.

Pesawat tersebut telah mendarat di Jakarta setelah penerbangan 2 jam daripada Sultan Syarif Kasim II International Airport di Pekanbaru. Seorang wanita membuka ruang penyimpanan barang di atas dan mendapati kala jengking tersebut berada di ruang tersebut. Keadaan itu telah mencetuskan situasi panik di kalangan penumpang kerana kala jengking tersebut kelihatan berjalan-jalan di ruang bagasi kabin.

Insiden tersebut turut dirakam salah seorang penumpang dan telah dikongsi di media sosial.

Jurucakap Lion Air, Danang Mandala Prihantoro berkata pihak syarikat penerbangan itu masih menyiasat mengenai haiwan berbisa tersebut.

Danang juga berkata selepas menerima maklumat mengenai penemuan itu, ‘ground staff’ syarikat itu telah memeriksa pesawat tersebut tetapi tidak mempunyai haiwan tersebut.

Beliau berkata penerbangan JT-293 telah diperiksa sepenuhnya pada hari Khamis sebelum berlepas dan pesawat Boeing 737-800NG tersebut telah melalui pemeriksaan pra-penerbangan menyeluruh dan telah diisytiharkan selamat untuk terbang.

Sumber : The Jakarta Post

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *