Malindo Air buka laluan ke Hokkaido

Malindo Air menerusi laman webnya mengumumkan pembukaan laluan baru daripada Kuala Lumpur ke Hokkaido, Jepun. Penerbangan ke Chitose Internation Airport tersebut akan mula beroperasi pada 23hb Mac 2019.

Namun, penerbangan tersebut bukanlan penerbangan terus tetapi akan transit di Taipei, Taiwan terlebih dahulu. Dengan pembukaan laluan ini, rakyat Malaysia kini mempunyai alternatif untuk terbang ke Hokkaido. Sebelum ini hanya Air Asia X yang menawarkan penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Hokkaido.

Buat masa ini, terdapat 3 penerbangan seminggu iaitu pada setiap Selasa, Rabu dan Sabtu. Tinjauan kami di laman web Malindo mendapati harga tiket bermula daripada RM799 sehala. Harga paling murah untuk penerbangan pegi balik adalah RM1,599 termasuk bagasi, makanan dan juga ‘in-flight entertainment’.

Start writing or type / to choose a block

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *