Itinerari: Kembara 7h 6m ke Perth, Australia
ITINERARY LENGKAP PERTH 7H6M
Perth, salah satu destinasi popular dikalangan rakyat Malaysia. Ianya merupakan destinasi ‘Mat Salleh’ terdekat daripada negara kita, iaitu cuma 5 jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Jaraknya yang dekat menjadikannya destinasi tumpuan pelancong Malaysia berbanding bandar-bandar lain di Australia. Kali ini kami ingin kongsikan pengalaman followers Kaki Travel iaitu Mira Maira yang telah travel ke Perth selama 7hari 6mlm.
Destinasi : Perth City, Albany, Lancelin, Pinnacles
Durasi : 7hari 6mlm (Januari 2020)
Traveler : Mira Maira
Jenis Trip : Berdua
Orang cakap kalau nk pegi perth kena cover sama ada belah barat dulu or selatan dulu tapi aku buat untuk cover semua. Sangat-sangat sesuai untuk keluarga yang nak travel dengan anak2 naik kereta sambil menikmati keindahan bumi Perth.
Itinerary
Day 1
Flight malam then sampai di Bali utk transit 2 jam by Citilink (alahaii suka sgt) bag free & makan free. sampai2 jee dh ada Citilink ground staff panggil untuk di bawa ke transit and tiket baru untuk ke Perth.
Day 2
- Sampai airport Perth around 4.40am. Semua smooth jer. Declare jer apa barang korang bawak. Paling utama beras. Tapi sebab kan memang plan dah taknak masak so memang aku declare ada makanan dalam bentuk buah, macam cereal tu aku still declare je.
- Keluar airport terus cari sim kad. Lepas kami terus siap2 mandi di airport tu yer. Diorg ada toilet untuk mandi. lepas tu kami bergilir tunggu bag dalam bilik solat.
- 7.00am contact thru wassap car rental untuk ambik kitaorg bawak ke center kereta. Kena tuggu dekat luar tempat bas ada no (M) then nanti ada orang pick up naik van.
- Selesai bayar kereta aku terus drive menghala kerrr western makan masa perjalan 4jam +++
- Sempat cover
- The Gap & Natural Bridge (parking free tk payah bayar)
- Wind Farm (Pilih ikut selera korang nk tgk belah mana look up)
- Target
- Kmart (shopping pekakas rumah)
- Coles (wajib cuba susu kopi dare)
- Makan kebab (Istanbul kebabs)
- Settle makan terus balik hotel. Pusing2 tengok orang mancing dekat pantai area Albany.
*By the way kt sini 5.30am dah macam kul 10am kat malaysia. Kedai kat sini banyak tutup jam 5.30pm.
Day 3
Cover
- Green Pool (tempat mandi manda)
- Elephant rock (sebelah2 jer tp still kena bwk kereta)
- Cape Leeuwin Lighthouse (tak masuk tapi still manage utk ambik gmbr dr luar) agak mahal AUD60 tgk lighthouseee jer pung
- Canal Rocks (Parking Free)
- Busselton Jetty (tk masuk pun sbb train dah tutup. Ambik gmbr dr luar jer)
- Watertown Outlet (tk prgi pun tkpaa tk best sgt)
- Dinner dekat Charcoal Chicken (sumpah lamb ribs dia lagi sedap dr Tony Romas)
- Check in Hotel Hay Street Travellers (city)
- Beli susu kopi lagi – AUD 4.50 & mineral besar AUD5.50(2botol 1.5ml)
Tips : Drive balik dari western ke city tu korang pastikan minyak penuh. Jalan sunyi and tempat petrol to anothers kalau lalu kampung memang payah nak jumpa. Bawak pendrive sebab line radio kat barat perth tak selalu ada. sooo korang akan mengantuk.
Busselton Jetty Ribs @ Charcoal Chicken
Day 4
- Lepak minum kopi 7e dulu – AUD3
- Terus pegi Blue Boat House (datang pagi2 guyss takda org) boleh ambik gambar dengan tenang. Parking depan rumah2 kena sebarang jalan.
- Lepas tu pergi terus ke Caversham wildlife. korang dtg pagi2 sbb kangroo masih lapar and showtime start around 9.00am-9.30am. make sure alert ngan aktiviti, showtime (Bergambar ngan Koala Farm Show, Meet The Wombat)
- Habis show terus ke The Margaret River Chocolate (sila cuba aiskrim diorg ada halal)
- Lunch di Fish & Chips at Cicerello’s . aku bkn peminat ikan tapi kat sini boleh habis yer…
- Next ke Fremantle Markets (Megabes) utk beli souvenir murah. habis AUD41.90
- Watertown (best lagi JFO)
- Makan Dinner dekat Insan cafe (Hay street) – sedap portion bsr.
- Rainbow Sea Container, 1 Canning Hwy, Fremantle WA 6160, Australia
Fish & Chips dekat Cicerello’s Insan Cafe
Day 5
- Singgah breakfast susu – AUD5.20
- Moore River, Caraban WA 6041, Australia
- Lancelin Sand Dunes, Beacon Road, Lancelin WA 6044, Australia (sewa kedai lucky 7 harga AUD 10 & deposit lesen kereta. aku suggest korang sewa depan sand tu jerr AUD5. huhuhu
- Pinnacles Desert Discovery Centre, Nambung WA 6521, Australia –
- Lobster Shack-Cervantes WA, 37 Catalonia St, Cervantes WA 6511, Australia
- Membeli & memborong segala jenis perfume & vitamin c di dalam Chemist warehouse
Pinnacles Desert Emu @ Pinnacles
Day 6
- Shopping dekat DFO (free & easy)
- Chemist
Day 7
- Sambung chemist & Balik KL.
Info dan Tips:
Flight, Baggage & Visa
✈️Flight – Beli 1 bulan sebelum fly. Waktu ni ada promo Traveloka yer .. dpt discount RM300. so just bayar RM700 ++.
Sis dah lama pasang hajat nak ke Australia sebab belum pernah jejak kaki kat mana2 negeri oz dan selalunya tiket redeam point AAX mesti around RM1k++ .
📜Visa – Better buat visa dulu baru beli tiket sebab banyak dengar sekarang visa tak lepas. Orang laki memang payah nak lepas nama diorg ehhh masuk Aus. Macam aku slambe je beli tiket dulu baru buat visa. Alhamdulillah sume approved. Buat dengan http://facebook.com/visakangarooexpress/reviews (visa kangaroo) masa apply ni ada promo dapat RM18.00 . service dia laju less then 10min je dh siap visa.
🏠Accommodation
* Albany – Stay 1 night @ 1849 Backpackers
* Perth City – Stay 5nights @ Hay street traveller in.
🚗Car Rental
* Book @ Aries Car Rental melalui whatsapp +61415359777 . Lepas tu dia akan mintak payment 1 hari dulu. Bila dah success, sampai oz kena bayar full payment + AUD200 (deposit) .
⛽Fuel
* Total AUD216.82 utk mileage almost 2000km. petrol station PUMA plg murah minyak dari petrol lain2.
📱Simkad Optus
Ada promosi smpi 2/2/20 – sooo rezeki sis dapat hrga Aud25- 60GB. okkkey jgn convert simkad jer 70.00 (pengsan 🙊)
🦘Entrance Fee
* Caversham Wildlife Park – AUD30/pax
* The Pinnacles Desert – AUD15/car
🛹Sandboard kat Lancelin
* Sewa sandboard dekat @ Lucky7 Shop AUD10/each deposit dia lesen kereta (sewa up 2hours).
*Tips : sewa dekat sand lagi murah dpt hrga 5AUD.
🚏Parking
Cirellos- AUD3.70
Watertown – AUD5.00
Fremantle – AUD2.40
DFO Airport – AUD20
Kene alert ngan parking sign cth 1P means boley park max sejam je.
🍲Meals
Istanbul Kebabs & Turkish Bakery – AUD12.90/pax
Fish & Chips (senior set) -AUD15/pax
Charcoal Chicken Dianella -AUD15.90 (bbq ribs) – (Tutup Ahad)
Lobster Shack – AUD38
Insan cafe – kuet tiow goreng -AUD11.50
aiskirm chocolate (factory choc) – AUD5.00
🚦Speed Limit
Driving sana kene bersabar byk sbb speed limit dia berubah2 terutama kat city. So kene alert slalu sbb saman mahal.
💸GST
GST kat aus ni 10%, banyak tu..nak claim balik, syarat dia total pembelian > AUD300 from same ABN (Australian Business Number) ada tulis dalam resit. Banyak juga lah resit sis kena reject sebab tak cukup AUD300
*Both flight aku turun KLIA, alhamdulilah tk kena bayar tax. Tips utk korang jangan lah bwk bag mcm bungkus bangla nti kena check.
Boleh follow IG : @mira_maira1706 untuk lebih banyak gambar!.
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!
assalamualaikum, sis ada tak itti dalam bentuk pdf