Pengeluaran pesawat A380 akan dihentikan – Airbus

Airbus hari ini mengumumkan bahawa pesawat penumpang terbesar di dunia, Airbus A380 akan dihentikan pengeluarannya. Dalam kenyataan medianya, jurucakap Airbus berkata mereka akan mengentikan pengeluaran jet jumbo tersebut bermula 2021.

Hal ini adalah kerana pelanggan terbesar pesawat A380 iaitu Emirates Airlines telah membatalkan pembelian 39 buah pesawat tersebut dan menggantikannya dengan pesawat yang lebih kecil iaitu A330neo dan A350. Ketika pelancarannya, Airbus telah mensasarkan jumlah jualan sebanyak 1200 unit pesawat ini, namun begitu mereka hanya mampu menjual 234 buah pesawat sahaja sehingga kini.


A380 Malaysia Airlines

Pesawat jumbo 2 tingkat ini telah memulakan penerbangan komersil pertamanya pada tahun 2007 dengan Singapore Airlines menjadi mengendali pertama menerima pesawat tersebut. Para penumpang kebanyakkanya menyukai A380 kerana size kabin nya yang luas dan senyap.

Namun begitu, dengan kapasiti tempat duduk yang boleh mencapai 550 penumpang (bergantung kepada konfigurasi), syarikat penerbangan menghadapi masalah kerana mereka perlu menjual jumlah tempat duduk yang banyak untuk setiap penerbangan.

Konfigurasi kelas ekonomi
1st Class Cabin – Emirates Airlines

Buat masa ini, hanya 18 buah syarikat penerbangan yang menggunakan A380 dalam senarai mereka. Malaysia Airlines juga mempunyai 6 buah pesawat ini yang kini digunakan untuk laluan KL – London dan juga KL – Hong Kong. Antara syarikat penerbangan lain yang mempunyai pesawat ini adalah

  • Air France
  • Asiana Airlines
  • British Airways
  • China Southern Airlines
  • Emirates Airlines
  • Etihad Airways
  • Korean Air
  • Lufthansa
  • Qantas
  • Qatar Airways
  • Singapore Airlines
  • Thai Airways

Jika anda masih lagi belum berpeluang untuk menaiki pesawat ini, jangan risau kerana pesawat-pesawat A380 sediaada masih lagi mampu beroperasi sehingga tahun 2030 nanti.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *