Universal Traveller tampil koleksi pakaian musim sejuk ‘Luminous – UT to the Moon’

JANGAN lepaskan peluang melihat koleksi pakaian musim sejuk terbaru Universal Traveller iaitu Luminous berkonsepkan ‘UT to the Moon’ di LG2 Blue Concourse, di Sunway Pyramid pada 8 hingga 13 November ini!

Koleksi pakaian musim sejuk Luminous ‘UT to the Moon’ ini merangkumi 15 gaya lelaki dan 15 gaya wanita dengan tiga pilihan premium bagi setiap rekaan.

Malah, koleksi Luminous memenuhi keunikan dalam gaya dan inovasi tersendiri yang diinspirasikan dari alam angkasa sekali gus mempamerkan koleksi pakaian musim sejuk yang berkilau dan mempesona.

Menariknya, setiap rekaan yang dihasilkan mempunyai kombinasi sempurna khususnya dari aspek penggunaan jenis material dan jahitan yang tampak kontemporari.

Selain itu, koleksi Luminous ini turut menampilkan Teknologi Parka Pro yang menawarkan enam ciri unik seperti:

  • Empat lapisan anti-down construction untuk kehangatan yang tiada tandingan
  • Litupan kalis air dan angin untuk melindungi pemakai daripada cuaca buruk
  • Poket keselamatan dalaman bagi memastikan barang berharga dalam keadaan selamat
  • ‘Hand warmer’ poket yang lebih panas untuk kehangatan tambahan
  • Wind resistant cuff kalis angin untuk mengelakkan kesejukan
  • Adjustable hood untuk kesesuaian yang diperibadikan

5 siri yang direka khas menerusi koleksi Luminous iaitu:

  • Siri Eslite – menawarkan jaket elegan, berpotongan langsing, ringan
  • Siri Blanc – menampilkan jaket penetapan arah aliran berwarna putih, muat tirus
  • Siri Ultimate – ‘Versatile’ dengan jaket berbilang lapisan yang membolehkan lapisan boleh tanggal bagi menampung kepelbagaian gaya dan kebolehsuaian terhadap perubahan cuaca
  • Siri Le Pli – terserlah dengan fungsinya, membolehkan jaket dilipat menjadi bantal ketika mengembara
  • Siri Premium –  tampak esklusif dengan penggunaan bahan mewah seperti bulu angsa putih premium, bulu rakun premium dan teknologi canggih seperti salutan Teflon™ untuk ketahanan noda yang dipertingkatkan, serta sifat kalis api.

Kesemua koleksi Luminous kini boleh didapati di butik serta laman web Universal Traveller dengan harga sekitar RM768 hingga RM1,888.

Untuk rasai sendiri pengalaman memperaga koleksi Luminous, anda disarankan untuk berkunjung di LG2, Blue Concourse di Sunway Pyramid dari 8 November hingga 13 November 2023 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Jangan lupa sertai aktiviti menarik di booth Luminous untuk membawa pulang barangan edisi terhad!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *