Universal Traveller ‘The Escapism’ – Koleksi Musim Sejuk Paling ‘Hot’ untuk Gaya dan Keselesaan Maksimum!
Universal Traveller telah melancarkan Koleksi ‘ The Escapism’ 2024/25 direka khas untuk anda yang ingin menggabungkan gaya dan keselesaan pada musim sejuk. Dengan tema pelancaran kereta api artik di MidValley Megamall, Universal Traveller mencipta suasana unik yang membawa pengunjung seolah-olah ‘escape’ dari rutin harian ke tempat musim sejuk yang menawan.
Description
Description
Description
Koleksi ini menawarkan pilihan seperti Parka Pro dan Jaket White Goose Down yang menggunakan teknologi canggih, memberikan keselesaan maksimum. Dari kota hingga pergunungan bersalji, pakaian ini sesuai untuk mereka yang inginkan perlindungan daripada kesejukan sambil tampil bergaya.
Turut memeriahkan acara, Pengembara Grand Slam Malaysia, Datuk Qobin, berkongsi kisah ekspedisinya menawan tujuh puncak dunia. Beliau juga memilih Parka Pro dan kasut Block Pro daripada koleksi ini untuk ekspedisi terbaru ke Gunung Kinabalu – membuktikan ketahanan dan fungsionaliti koleksi ini untuk pengembaraan sebenar.
Description
Description
Description
Acara UT Arctic Line ini berlangsung di Mid Valley sehingga 17 November dengan pelbagai aktiviti menarik seperti permainan video interaktif, poskad musim sejuk, spot bergambar yang cantik dan bermacan lagi.
Bagi yang tidak berpeluang ke acara ini, nantikan juga pop-up di Sunway Pyramid, Pavilion, dan TRX dari November hingga Januari.
Description
Description
Koleksi Escapism 2024/25 kini boleh didapati di semua kedai Universal Traveller, serta secara online di Lazada, Shopee, dan TikTok Shop. Jadi, inilah masa terbaik untuk melengkapkan gaya musim sejuk anda bersama Universal Traveller!
Untuk mengetahu lebih lenjut boleh layari Website, Facebook, Instagram dan TikTok Universal Traveller.