Taman Botani & Astaka Morocco – Tempat beriadah keluarga di hujung minggu
Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan antara negara yang kaya dengan flora & fauna. Banyak lokasi menarik yang boleh diterokai untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan ini. Salah-satu destinasi yang boleh dikunjungi adalah di Taman Botani Putrajaya.
Taman Botani Putrajaya terletak di Presint 1 iaitu bersebelahan roundabout terbesar di Putrajaya. Taman ini meliputi kawasan seluas 230 ekar. Dekat sini korang boleh tengok lebih dari 700 spesis tumbuh-tumbuhan. Paling penting, kemasukan ke taman botani ini percuma sahaja.
Taman Botani Putrajaya ini sangat sesuai untuk dijadikan kawasan beriadah. Korang boleh luangkan masa petang-petang bersantai dengan keluarga takpun ajak rakan-rakan jogging dekat sini. Sambil korang bersenam tu dapat juga hirup udara yang fresh dekat taman ni. Baru sihat tubuh badan!
Kalau korang tak larat nak berjalan kaki pusing taman ni, perkhidmatan trem disediakan dengan bayaran sebanyak RM5 untuk orang dewasa & RM4 untuk kanak-kanak. Atau korang boleh sewa basikal.(harga sewaan mengikut jenis basikal/jam)
Bagi kalian yang nak buat kajian mengenai tumbuhan alam, haa.. Taman Botani Putrajaya ini merupakan lokasi terbaik untuk korang sebabnya semua pokok yang ditanam pasti disertakan dengan informasi saintifik. Senang sikit kerja korang nak cari data maklumat tu..
Korang juga boleh menaiki titian kanopi yang ada di taman ini bagi melihat pemandangan dari atas. Sejuk ja mata tengok rimbunan menghijau ni..
Astaka Morocco
Untuk pengetahuan korang, dalam taman botani ni ada sebuah kawasan yang dinamakan Astaka Morocco. Dekat sini korang boleh tengok secara live seni bina replika istana Moroccan yang terkenal di Marakesh. Pasti ramai yang terpegun melihat ukiran motif geometri Islam yang memenuhi kawasan ini. Cantik beb! Memang sesuai untuk dijadikan kawasan ber-OOTD.
Jangan lupa tengok video kami pasal tempat nie..
Lepas ni bolehlah datang dengan family untuk beriadah di Taman Botani Putrajaya ye! LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan lebih banyak info yang menarik!l