7 sebab perlu tangguh kerja seketika – rancang percutian setiap tahun
Setiap hari, kita pasti sibuk dengan pelbagai urusan. Ada yang sibuk berniaga, urusankan hal pejabat, belajar untuk score exam & macam-macam lagilah. Semua ini kadangkala buatkan kita rasa tension kan? Yela, mesti penat dah kalau setiap hari lakukan hal yang sama.. Oleh sedemikian, Kaki Travel sarankan anda untuk pergi bercuti setiap tahun! Kenapa?
Ini 7 sebab utama anda mesti tangguhkan kerja seketika untuk bercuti..
- Percutian untuk kepuasan hati
Berehat seketika daripada segala urusan harian pasti membuatkan anda berasa lega. Tak percaya? Menurut satu kajian yang dijalankan oleh jurulatih keseimbangan kerja dan penceramah Joe Robinson, bercuti dapat mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 50% pada kaum wanita manakala 30% pada kaum lelaki.
- Jangka hayat untuk hidup lebih lama
Tahukah anda bahawa dengan pergi bercuti dapat membantu anda hidup lebih lama? Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh State University of New York terhadap 10,000 lelaki.. didapati bahawa mereka yang selalu mengembara dapat mengurangkan risiko kematian premature sebanyak 20%. Dalam sebuah artikal yang dikeluarkan oleh New York Times pula dinyatakan bahawa manusia yang tidak berehat dari kerja setiap tahun berupaya untuk meningkatkan kadar kematian awal sebanyak 21%. Oleh itu, jika anda ingin menjalani kehidupan yang panjang, produktif & sihat, ayuh nikmati percutian untuk seketika waktu!
- Mengurangkan tekanan hidup
Tekanan dalam hidup boleh membawa maut. Lebih tegang sekiranya kerja yang anda laksanakan itu memberi kesan terhadap kesihatan. Anda seharusnya sedar bahawa tekanan stres yang kronik boleh membawa kepada pelbagai penyakit seperti sakit kepala, serangan jantung & obesiti. Percutian ke destinasi yang menenangkan pasti dapat mengurangkan tekanan dalam badan. Tambahan pula, percutian itu dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik hati anda. Lupa segala masalah di minda!
- Lebih bijak dalam membuat keputusan
Apabila anda berada dalam keadaan stres, mungkin anda tidak berupaya untuk berfikir secara rasional. Ia mengakibatkan anda keletihan & menjadi seorang yang kurang penyabar. Perkara ini pasti menjejaskan penentuan bagi segala keputusan. Justeru, dengan menikmati percutian yang santai pasti dapat mengembalikan emosi menjadi stabil. Menurut pakar di Universiti Pittsburgh, mereka yang berasa senang dengan percutian mereka akan kembali menjadi seorang yang lebih bermotivasi, positif & bertenaga! Perihal ini membantu meningkatkan keupayaan anda untuk berfikir dengan baik & membuat keputusan dengan lebih rasional.
- Mencetuskan kreativiti dalam diri
Siapa sangka, dengan membawa diri keluar seketika dari lingkaran harian dapat membuahkan idea-idea yang bernas! Hal ini kerana manusia secara umum tidak dapat mencari inspirasi atau menjadi kreatif ketika berada di bawah tekanan yang besar. Perubahan pemandangan melalui percutian pasti membawa keajaiban dalam kehidupan & pekerjaan anda. Apabila anda pergi bercuti, anda akan membenarkan fikiran anda untuk mula meneroka idea yang anda tidak pernah bayangkan sebelum ini.
- Mengubah perspektif hidup
Tidak kira sama ada anda berjalan di persisiran pantai yang eksotik atau mengembara di padang pasir, tentunya waktu ini adalah masa yang sesuai untuk merefleksikan & membuka diri anda kepada pelbagai kemungkinan baru. Apabila anda melancong jauh dari tempat kebiasaan, anda akan melihat dunia dari perspektif yang unik & holistik. Keinginan untuk melakukan perkara-perkara baru menjadi lebih tinggi seperti mempelajari seni & budaya negara lain. Hal ini dapat mengubah perspektif & membantu anda memperoleh visi yang lebih baik dalam kehidupan. Hidup anda akan jadi lebih bermakna!
- Menghubungkan dengan orang tersayang
Keluarga, saudara dan sahabat lebih penting daripada apa yang ada di tempat kerja. Mungkin selama ini anda terlalu bekerja keras untuk menjamin masa depan sehingga terlupa untuk meluangkan masa bersama orang yang tersayang. Menerusi percutian, anda dapat menghubungkan kembali ikatan dengan orang-orang penting dalam hidup anda di samping mencipta memori berharga bagi seumur hidup. Ketahuilah anda bahawa terdapat lebih banyak kehidupan daripada kerja!
Sumber: trekeffect
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel bagi mengetahui info-info yang lebih Awesome!