Inflatable Island – Pulau Unicorn jadi tarikan di Filipina
Mesti bestkan kalau dapat pergi ke taman tema yang berkonsepkan fantasi pelangi.. tambah pulak tempat tu tepi pantai. Fuhh!! Bagi mereka si ‘Unicorn Lovers’ rasanya dah boleh get ready beli tiket ke Filipina sebab taman tema impian korang wujud okay!! Kali ini Kaki Travel nak ajak korang untuk pergi ke Inflatable Island!!
Inflatable Island merupakan sebuah ‘Taman Permainan Terapung Terbesar di Asia’ kerana berkeluasan lebih dari 4,200 meter persegi. Ianya mula dibuka pada awal April 2017 & terletak di Olongapo City, Filipina. Taman tema ini juga dikenali sebagai ‘Pulau Unicorn’ kerana kawasannya yang berkonsepkan warna pelangi & dipenuhi dengan ikon Unicorn yang comel-comel!
Disini korang boleh try lebih dari 6 jenis permainan terapung seperti Baba’s Super Slide, Slippery Slopes, the Rainbow Walk, Mini Jump & the Wavy Dinosaur. Tapi ingat!! Jangan tertipu dengan keseronokkan yang korang nampak ye.. sebabnya segala permainan yang ada dekat sini tak semudah kacang! Setiap permainan menyediakan halangan yang mencabar. Kalau mental tak kuat boleh jatuh kelaut lerr korang..
Bagi mereka yang tak reti berenang tu jangan risau ya sebab kat sini korang diwajibkan untuk memakai jaket pelampung bagi menjaga keselamatan diri & kawasan ini sentiasa diawasi oleh para penjaga pantai. Pendek kata, korang follow the rules supaya semua dalam keadaan yang baik-baik saje..
Kalau korang tak nak basahkan badan, jom bersantai di Pink/ Yellow Bali Lounge! Disini, Inflatable Island turut menyediakan ruang yang berisi bean bed, payung serta meja yang berwarna pink & yellow. Bertambah comel lerr korang dapat chill-chill kat sini..Eh! Jangan lupa berfoto sebab semua port dekat sini insta-worthy!
Rasanya korang dah boleh masukkan tempat ini ke dalam bucket list! Jangan lupa tag member korang yang sukakan Unicorn!
Untuk maklumat lanjut boleh layari di www.theinflatableisland.com & LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan info-info yang menarik!!
anak saya teruja !