3 negara di Asia Tenggara yang mempunyai Salji

Salji di Asia Tenggara

Biasanya kawasan Asia Tenggara ini sinonim dengan pantai, hutan dan cuaca panas. Namun begitu, mungkin tak ramai yang tahu bahawa sebenarnya terdapat 3 negara di sini yang mempunyai kawasan yang menerima salji. Di sini kami kongsikan dengan anda 3 lokasi diamana anda mungkin berpeluang bermain salji di Asia Tenggara ini.

Sapa – Vietnam

Kawasan tumpuan pelancong di utara Vietnam ini menjadi tumpuan untuk pelancong tempatan Vietnam dan juga daripada luar negara. Sapa popular dengan permandangan indah sawah padi di lereng bukit nya. Salji dilaporkan turun hampir setiap tahun terutamanya pada bulan Disember & Januari.

Tetapi kena ingat, salji di sini bukannya turun setiap hari dalam bulan tu ya. Kalau korang bernasib baik dapat la main salji dekat sini. Daripada Hanoi nak ke Sapa ni boleh naik Tren (8 jam Overnight) atau bas (lebih kurang 6 jam).

Gambar kredit : Gennaro Esposito
Gambar kredit : Thang Soi

Putao – Myanmar

Putao ini terletak di utara negara Myanmar. Satu lagi tempat yang mempunyai salji di Asia Tenggara. Ianya merupakan sebahagian daripada pergunungan Himalaya. Ya Myanmmar pun sebahagian daripada banjaran Himalaya juga, walaupun terletak di penghujungnya. Jadi anda berpeluang untuk melihat snow-capped mountain di sini. Namun begitu perjalanan di kawasan Putao ini adalah mencabar, mengambil masa yang lama serta memakan kos yang mahal.

Walaupun pelancong asing dibenarkan untuk ke sini dengan mengambil pakej trekking tour, masih terdapat beberapa kawasan yang masih off-limit untuk pelancong asing. Myanmar National Airlines mempunyai route ke sini daripada Yangon. Perjalanan mengambil masa 3.5 jam dengan transit di Myitkyina. Masa yang terbaik untuk ke sini adalah antara Februari hingga Mei dan Ogos hingga Nov dimana pada masa ini cuaca adalah baik dan tidak banyak hujan.

Gambar kredit : www.miraculousmyanmar.com
Gambar kredit : myanmarprivateholidays.com
Gambar kredit : journeysinternational.com
https://www.youtube.com/watch?v=Trva827YVw8

Puncak Jaya – Indonesia

Jangan terkejut di Indonesia juga ada tempat yang ada salji. Puncak Jaya ini terletak di wilayah Papua di timur Indonesia. Ianya merupakan puncak bagi gunung Jayawijaya dengna ketinggian 4884 meter dari paras laut.

Namun untuk melihat salji di sini tidak lah mudah dan kosnya juga tinggi. Route pendakian di sini adalah extreme dan daripada kaki gunung, ianya mengambil masa 2 hari untuk sampai ke puncak.

Gambar : Steemit.com
Gambar : Steemit.com

LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *