Perubahan ‘Trend’ travel di tahun 2021

Sebut ja perkataan ‘travel’ pasti ramai yang teruja. Travel bukan hanya satu aktiviti yang sihat untuk tubuh badan (sebab banyak bergerak sana-sini kan..) malahan, dengan travel juga kita dapat menimba ilmu dan pengalaman yang menarik. Menurut laman web Tourwriter, tahun 2021 merupakan sebuah tahun yang dianggap sebagai salah satu tahun pelancongan paling penting masa kini. Hal ini kerana penularan wabak COVID-19 pada hujung tahun 2019 di pelusuk dunia kini dilihat semakin beransur pulih. Makin banyak sempadan negara yang kini mula dibuka semula. Berita gembira ini pasti membuatkan para traveler dah boleh ‘get ready for the next trip’!

Namun, harus diingatkan bahawa perjalanan kalian di tahun 2021 mungkin sedikit berbeza dengan trip-trip sebelum ini kerana penularan COVID-19 telahpun mewujudkan norma baharu. Oleh itu, disini kami senaraikan beberapa perkara yang mungkin memberi perubahan dalam perjalanan travel anda masa kini.

1. Travel ‘Jarak Sosial’

Sebelum wujudnya pandemik COVID-19, menjelajah kota yang sesak pasti mengasyikkan. Menelusuri laluan pasar yang sibuk, menikmati makan malam di restoran atau gerai yang penuh dengan penduduk tempatan serta mengunjungi tempat-tempat pelancongan yang popular pasti mensajikan anda sebuah percutian yang memuaskan! Sayangnya.. semua itu kini menjadi memori kerana situasi tersebut mungkin hanya menimbulkan ketakutan dan kegelisahan bagi segelintir manusia.

Dalam dunia pasca-COVID-19, pelancong akan lebih peka pada keperluan untuk melakukan perjalanan ke destinasi yang memudahkan mereka untuk mengekalkan amalan ‘menjaga jarak sosial’. Justeru, para pengendali industri pelancongan perlu menjadi lebih kreatif dengan merancang jadual perjalanan yang dapat menghindarkan bentuk pengangkutan awam dan kawasan pelancongan yang sesak. Perkara ini penting bagi menjaga keselamatan dan keselesaan para pelancong. Mungkin para pengendali industri pelancong boleh menghasilkan jadual perjalanan yang berfokus pada lokasi yang lebih terpencil (tidak ramai orang) atau wujudkan aktiviti secara berbasikal, di mana pelancong cenderung tidak bersentuhan dengan orang lain.

Dengan mengambil kira prinsip pelancongan lestari, perancangan sesebuah perjalanan yang mengutamakan kesihatan pelancong amatlah diperlukan. Hal ini bagi memastikan kesejahteraan pelancong dijaga rapi.

2. Perkongsian Maklumat yang Terperinci & Tepat

Dalam era pasca-COVID-19, pelancong akan kerap berhubung dengan dunia luar dari masa ke masa atas faktor keselamatan. Justeru, dalam hal ini.. pengendali industri pelancongan yang dapat menyediakan sebuah perjalanan yang terperinci secara dalam talian dan luar talian kepada pelancong bakal mendapat perhatian utama para pelancong. Kita semua telah melihat betapa cepatnya situasi berubah ketika munculnya pandemik COVID-19 sehingga pelancong masa kini dan masa akan datang mungkin ingin diyakinkan bahawa pengendali industri pelancongan yang dipilih mereka pakar dan boleh dipercayai dalam memberi nasihat dan informasi terkini berkaitan kawasan yang mereka kunjungi.

3. ‘Group Trip’ Semakin Berkurang

Melancong secara berkumpulan boleh menjadi acara yang menarik bagi segelintir masyarakat kerana mereka dapat bertemu orang lain, menikmati pengalaman unik beramai-ramai serta menjimatkan kos perjalanan. Walau bagaimanapun, pada tahun 2021 trip secara berkumpulan ini kemungkinan akan berkurangan. Jika adapun pasti group trip tersebut tergolong dengan kenalan kontak rapat sahaja. Hal ini kerana pengendali industri pelancongan dan ejen pelancongan yang mahir dalam merancang lawatan secara berkumpulan mungkin akan menawarkan perjalanan berkumpulan tetapi hanya kepada mereka yang sudah saling mengenali dan mempercayai satu sama lain. Hal ini penting dalam mencegah penularan wabak.

4. Populariti Pasaran Mengalami Perubahan

Di masa akan datang, kita mungkin melihat populariti sesebuah destinasi ditentukan oleh seberapa baik negara atau wilayah tersebut mengendalikan COVID-19. Langkah penjagaan serta kaedah wabak ditangani bakal menentukan keyakinan pelancong sama ada mereka akan mengunjungi destinasi tersebut atau sebaliknya. Justeru, para pengendali industri pelancongan perlu merancang pelan terbaharu yang menekankan aspek pelancongan secara sihat dan selamat bagi memastikan perniagaan mereka lancar beroperasi.

5. Pemilihan Pengangkutan yang Lebih Terperinci

Bukan sahaja destinasi popular akan berubah, malahan mentaliti tersebut juga akan mempengaruhi seseorang dalam merancang pemilihan pengangkutan mereka sepanjang perjalanan baik di dalam atau luar negara. Pilihan syarikat penerbangan bukan hanya berdasarkan harga semata, walhal keputusan pemilihan syarikat penerbangan akan dipengaruhi oleh standard kebersihan seperti: kewajiban memakai face mask, jarak tempat duduk dan sebagainya. Di dalam negara, pelancong mungkin lebih berminat memilih pengangkutan persendirian agar mereka berasa lebih selamat dan mengelakkan diri daripada kawasan yang ramai orang.

6. Permintaan Perunding/Pakar Pelancongan Meningkat

Kerisauan dan ketidakpastian mengenai keselamatan perjalanan serta penyebaran maklumat di media sosial yang dilihat bertentangan atau palsu membuatkan para pelancong melakukan persediaan yang lebih terperinci sebelum memulakan perjalanan mereka. Malah, pasti ada segelitir daripada pelancong tersebut akan terus merujuk kepada mereka yang pakar dalam merancang perjalanan. Tambah pula sekiranya trip tersebut bakal berlangsung dalam masa yang terdekat maka segala perancangan perlu disusun dengan jelas dan pantas.. lantas, khidmat pakar pelancongan atau ejen pengendali pelancongan amatlah diperlukan bagi memudahkan urusan pelancong dalam menguruskan aturan jadual perjalanan serta peraturan kesihatan syarikat penerbangan yang kadang-kalanya merumitkan mereka untuk difahami.

7. Reunion Travel

Walaupun kita belum pasti pada saat bilakah dunia akan bebas semula daripada penularan wabak.. namun begitu, pada masa kini saat vaksin sudah tersedia.. tentunya banyak orang di seluruh dunia yang sudah berminat untuk merancang perjalanan untuk bersatu kembali dengan keluarga dan kenalan mereka secepat mungkin. Golongan ini cenderung merujuk pakar perancang perjalanan untuk menyelaraskan dan menguruskan proses perjalanan mereka. Hal ini sangat diperlukan atas faktor komplikasi yang berkaitan dengan perjalanan antarabangsa ketika ini yang terkadang berubah-rubah. Trend terbaru yang muncul ini mungkin memerlukan kita untuk lebih memperincikan setiap aktiviti dan lebih fokus dalam menyediakan rancangan pengangkutan serta penginapan yang teliti.

Sumber: Tourwriter


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *