Trip Solo ke Pulau Redang & Pulau Perhentian

Selalu kalau cakap mengenai trip ke pulau, majoriti daripada kita akan pergi kesana secara berkumpulan. Lagi-lagi kalau wanita, pasti ada antara kita yang seringkali dengar suara-suara yang berkata “perempuan kalau nak pi trip kat pulau, better pergi dengan teman (family/kawan)”.. sebab apa? Sebab risau akan keselamatan lerr.. Tapi itu tak bermakna selaku seorang wanita.. anda kena sentiasa bergantung hidup dengan orang lain. Ramai ja wanita lain kat dunia ini yang chill & steady pergi pulau secara solo beb!
Oleh itu, kali ini kami nak kongsikan pengalaman trip solo sis Aeina Omar ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Trip solo tersebut boleh dikatakan sebuah trip ‘main redah’ juga lerr sebab dah tak tahan sangat tengok ramai yang muat naik gambar di media sosial mereka jejak pulau-pulau yang sememangnya cantik semulajadi! So girls kat luar sana yang bercita-cita nak merasa trip solo ke pulau, meh baca perkongsian kali ini, mana tahu boleh jadi rujukan korang nanti! hehe..

Pulau Redang (Day Trip)

  • Kedah – Kuala Terengganu (KT) : naik bas
  • Dari stesen bas KT – ambil MyBas untuk ke Jeti Merang (bas jalan setiap 1 jam ; 7 pagi, 8 pagi, 9 pagi)
  • Saya ambil Pakej Day Trip dengan MerangJetty. Boleh cuba tengok di website. Kalau dalam website harga RM90 utk 5 points snorkelling
  • Pakej yang saya ambil – RM99 termasuk lunch *better ambil lunch sebab nanti lapar lepas snorkelling
  • Masa snorkelling trip- disebabkan saya gerak solo.. boatmen tersangatlah membantu. Masa tu ada group foreigners.. so saya tolong jadi translator jap.. explain lepasni nak pergi mana buat apa (dah macam boat girl gayanya..haha). Sebab tu juga la di setiap snorkelling point diaorang bawa saya turun menyelam sekali. Memang LAWA SANGAT-SANGAT coral di Redang ni! First time dapat tengok live Baby shark
  • Masa dekat 1st point (turtle point), Gopro saya masuk air.. so takda gambar underwater *nangis gak la weh! Tapi… sebabkan saya ringan mulut, dapat kenal kawan baru yang ada GoPro & Drone.. so gambar saya di Redang mostly dari kawan-kawan baru ni (thank you!)
  • Habis Day trip Redang – balik semula ke Merang Jetty – tanya org kat sekitar jeti untuk pergi ke Kuala Besut – ambil van persiaran dan terus ke Kuala Besut (tanya harga dulu sebelum ambil ye..) sebab masa saya ambil, RM100 untuk 1 van saya seorang 💆🏻‍♀️

Pulau Perhentian (4 Hari 3 Malam)

  • Tiba di Kuala Besut – stay di EZ Budget Hotel (kat atas Klinik 1 Malaysia Kuala Besut RM50/night)
  • Kena jalan sikit untuk ke jeti: banyak hostel/motel di area jeti tapi waktu tu dah full sebab esoknya Hari Raya Aidiladha
  • Pagi dalam pukul 8 pagi – jalan kaki ke Jeti (boleh tahan berpeluh gak). So kalau korang taknak berpeluh boleh ambil Grab (around RM5)
  • Sampai jeti – breakfast – naik bot
  • 9 pagi bot gerak ke Pulau Perhentian (45min)
  • Kat sana, saya stay di area Long Beach. Hari pertama sampai saya dah rasa taknak balik! hehe.. saya stay di Syukur Campsite 4 hari 3 malam (tidur khemah)
  • Walaupun gerak secara solo.. saya gigih gak pi mandi pantai!
  • Esoknya Hari Raya Aidiladha, saya dijemput makan ketupat bersama dengan owner campsite (terharu jap)
  • Di campsite saya kenal beberapa orang kawan baru – staff di campsite pun jadi kawan saya, so saya langsung tak terasa macam saya pergi trip ni sorang-sorang. Mereka siap bawa saya pi hiking ke kincir angin (agak semput la nak pi sana)
  • Selalu kalau travel solo, tak banyak gambar sendiri taw! Tapi kali ni tak lagi sebab ada member kan.. hehe
  • Saya juga dibawa pergi memancing kat tengah laut – malamnya ada live band depan pantai. Lepak depan pantai sambil masing-masing sharing life experience & kehidupan di pulau
  • 4 hari memang tak terasa lama weh
  • Long Beach saya rasa semua orang maklum memang sentiasa hidup & happening compared dengan pulau-pulau lain di Perhentian
  • Next trip saya plan untuk ambil Diving Licence di Long Beach, jadi sesiapa yang berminat juga mungkin boleh plan sama-sama 🙂

Tips untuk korang yang nak ke sana!

  • Kalau nak snorkelling saya prefer Pulau Redang. Kalau korang nak merasa ala-ala beach vibes.. hang out gittew, boleh cuba pergi ke Long Beach
  • Ada yang bertanya ‘susah tak kalau seorang perempuan travel solo ke pulau?’, bagi saya tak susah kalau korang jenis boleh bawa diri & tahu beza halal dan haram
  • Kalau travel solo dan stay kat dalam khemah.. Barang-barang mostly memang saya akan bawa dengan saya, tapi bila nak mandi pantai, saya tinggalkan dekat kaunter campsite. Plus pantai cuma depan kem sahaja. Macam saya cakap, kawan-kawan saya baru kenal adalah staff dekat campsite tu, masa ni lah konsep pandai-pandai bawa diri kena apply ya

Apa yang saya boleh katakan, setiap perjalanan itu pasti punya cerita berbeza. Bagi korang yang nak cuba trip secara solo ini.. korang kena ada confident baru ngam! Ini cerita saya. Target saya nak explore pulau-pulau Malaysia untuk 2020 & 2021 ni. Doakan target saya tercapai ya!

Instagram: @aeinaomar


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *