Bukan sekadar ‘beach & bar’, gadis ini kongsi itinerari 4h3m terokai keindahan Bali!

Bagi anda yang dah pasang niat nak pergi bercuti ke Bali, Indonesia.. ape kata anda baca perkongsian sis Nyna Bananyna mengenai itinerari ke sana selama 4 hari! Mungkin sesuai untuk dijadikan bahan rujukan untuk trip kalian!

Trip 4 orang (12-15 September 2022)

Day 1

  • Landed at Bali (Ngurah Rai International Airport) then proceed the journey to Savana Tianyar, Karangasem
  • Savana Tianyar, Karangasem
    • 3 hours driving from airport
    • Dekat sini memang kami aim untuk dapatkan moment sunset. The view is surreal!
    • Padang with rumput kering dengan view Mount Agung, cantik sangat! Rasa macam bukan dekat Bali (coz we know Bali famous with their beach and bar).
    • Tapi jalan nak ke sini off-road and bumpy. But people said, “difficult road often lead to beautiful destinations”. Ahh gituwww!
Batur Sunrise, Kintamani
Kintamani
Kintamani
  • Kintamani
    • Kitorang tersilap sikit planning dekat sini. After pergi Savana Tianyar on sunset, kitorang terus proceed to Kintamani. Which is not a very good idea since the day is getting darker.
    • The route agak mencabar sebab naik turun bukit and takde lampu jalan.
    • Jarak perjalanan juga jauh. Our Supir (Mas Agung) banyak kali ask local people around how nak sampai to our hotel dekat Kintamani.
    • Masa planning stage, dah tengok dekat Google Map how far is Savana to Kintamani. Around 1-2 jam je sampai. Tapi sebab route dia challenging, the duration become 3-4 hours juga lah baru kitorang sampai hotel.
    • Supir & kitorang pun dah barai gila waktu tu plus lapar sangat and sejuk.
    • So my advice if nak ikut itinerary kitorang ni, better stay 1 malam somewhere near Savana Tianyar tu and ask supir advice dulu masa planning the route for the trip.
  • Check in at Bobocabin Kintamani
    • Jalan nak masuk to our accomodation ni pun off-road juga. Sampai rasa bersalahlah dengan Mas Agung (supir) sebab boleh barai kereta dia.
    • Tapi Mas Agung memang the best! Asyik cakap “Agung okay je as long customer Agung happy”. Supir paling sempoi!
    • Oh btw, ini accomodation paling worth it kitorang book in Kintamani!
    • Facilities memang terbaik and canggih ya. (boleh tengok at my highlight IG story pasal accomodation ni if you want to know more).
    • The view is superb! No need to turn on aircond at night sebab suhu sejuk around 15-20c.
    • We stayed here for 2 nights. For booking can refer here
Bobocabin, Kintamani
Bobocabin, Kintamani

Day 2

  • Jeep Tour
    • 4 check points by @kintamanijeep
    • Famous activity dekat Kintamani ni adalah naik jeep untuk tengok sunrise.
    • Best sangat and the view is so priceless ya.
    • We woke up at 5 am and tersangatlah worth it!
    • Kos around IDR 1600k for 1 jeep (max capacity 4 pax) including breakfast.
    • Pakej ini merangkumi: Batur sunrise- Hutan Pinus- Black Lava- Batur Hot Spring
Hutan Pinus, Kintamani
Black Lava, Kintamani
  • Grand Puncak Sari, Kintamani
    • Singgah lunch kat sini sebab supir kitorang yang suggest sebab tempat ni halal (Kintamani ada few kedai je yang halal).
    • We take buffet package. Makan lah sampai bloated sebab lapar gila.
    • Price wise pun not bad lebih kurang harga makan dekat Malaysia.
    • They serve ala carte menu as well.
    • View makan dekat sini cantik yaaaaaa! Bayangkan sambil makan, sambil layan view Mount Agung, Mount Batur and few mounts yang lain (tak ingat nama). Recommended!
Grand Puncak Sani restaurant, Kintamani
Kedisan, Kintamani
Kedisan, Kintamani
  • Scooter ride at Kedisan by @kaldera_skuter
    • Naik scooter for the sake of photo je. Hahaha.
    • View kat sini lawa! Recommend juga untuk try and murah je IDR 60k for 1 hour (around RM19).
    • Ride sejam pun dah cukup for me sebab dia tak boleh bawa jauh sangat and jalan tak berapa rata.
  • Cafe hunting
    • Dekat Kintamani banyak cafe yang aesthetic dengan view yang lawa. So rugi kalau tak pergi mana-mana cafe kat sana sambil layan coffee or dessert diaorang.
    • We have few cafes in list tapi sempat pergi Montana Del Cafe.
    • Sepanjang route nak pergi cafe ni, memang banyak cafe lain. I recommend you to lepak dekat any cafe kat Kintamani! Best!

Day 3

  • Check out from Bobocabin, Kintamani – proceed next journey to Bedegul
    • from Kintamani to Bedegul took us around 2 hours journey.
    • Musim hujan and sejuk sangat dekat Bedegul this time so kitorang tak dapat buat banyak sangat aktiviti dekat sini.
    • You guys can also add Ulun Danu Beratan Temple in the list kalau datang Bedegul, one of the famous temple dekat sini.
  • Local Market Candikuning, Bedegul
    • Kat sini boleh beli souvenir from Bali. They accept bargain.
    • Some kedai mahal, some kedai murah. So usha-usha dulu kedai and harga baru beli sebab kitorang dah terkena beli kat satu kedai ni, tengok next kedai lagi murah!
    • Sini banyak yang jual strawberry, murah pun murah.
PonDaNu Cabins by the Lake, Bedegul
  • Check in PonDaNu Cabins by the Lake
    • We stayed here for 1 night.
    • Our connected room is so spacious and big!
    • View dekat sini pun lawa. If kena dengan timing, banyak bunga-bunga dekat kawasan cabin ni. Tambah dengan view gunung. Sumpah lawa!
    • Activity kat cabin ni boleh main kayak, basikal, rent motor, lepak dalam donut boat etc.
    • Tapi kitorang tak dapat main semua tu sebab hujan. Sedih!
PonDaNu Cabins by the Lake, Bedegul
PonDaNu Cabins by the Lake, Bedegul

Day 4

  • Check out PonDaNu Cabins by the Lake – proceed next journey to Tanah Lot, Tabanan
    • My second time here but nothing much to explore sebab ni macam typical tourist attraction.
    • Tapi if nak beli souvenir kat sini agak murah juga. Bag rotan kat sini pun murah.
Tanah Lot
Tanah Lot
  • Agung Bali Ole-Ole
    • Tak berapa recommend sebab souvenir mahal and fixed price!
    • Walaupun ramai tourist datang sini. Elakkan lah ek.
  • Bali Banana, Kuta
    • Ternampak kedai ni otw to airport so minta supir stop by kejap sebab macam menarik.
    • Okay cake dia sedap! Approved! Sesuai untuk buat souvenir.
    • Recommend untuk beli ya since cake dia murah je.
    • Tak payah beli keychain sorang satu untuk budak office dah haha..
    • Drop to airport and depart to KUL
Random stop along the way to Karangasem

Guys, take note..!

  • Roughly whole budget for this trip around RM4k kot seorang. I tak buat detail sangat untuk expenses. Pergi memang untuk enjoy je.
  • Highly recommend our supir, Agung Raja. He knows much about Bali and so friendly! Dia boleh suggest tempat makan yang halal since dia pun muslim. Slang bercakap pun dah macam orang KL since customer dia ramai orang Malaysia. Can directly Whatsapp him *Mention my name kot dapat discount! Hahahaha
  • If nak buat own itinerary, boleh minta advice from supir regarding the route etc
  • Rent a car is cheaper dari hire supir tapi disebabkan kitorang tak berani dengan traffic di Bali, better kitorang hire supir je. Boleh tidur. Hahaha.
  • Tapi supir takde lah mahal sangat pun if you datang in group.
  • Stay longer days than us so boleh explore lagi banyak hidden gems dekat Bali.
  • Beach and bar is too common.

Anda ada kisah menarik untuk dikongsi bersama dunia? Sila emel kepada kami di admin@kakitravel.net

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *