Jom rasai percutian atas kapal Genting Dream ke Phuket!
Berita gembira buat anda yang inginkan percutian santai dan bermakna!
Bermula November ini, anda boleh dapatkan tawaran percutian menaiki cruise menerusi kapal persiaran Genting Dream Cruises ke Phuket!
Baru-baru ini, pihak Resorts World Cruises memaklumkan tawaran itu dibuka dalam pakej percutian 5 malam dan 3 malam.
- Apa manfaat ambil pakej Genting Dream Cruises?
- Pertama sekali sebab kapal persiaran ini selesa dan mudah! Tambah pula kalau nak rasai pengalaman percutian yang unik why not sesekali naik cruise rite?
- Bagi kalian yang ambil pakej ini, anda berpeluang melawat secara ‘Free & Easy’ ketika berada di Phuket. Oh ya, ada juga lawatan berpandu bersama Resorts World Cruises ke lokasi-lokasi popular di Phuket seperti ke pulau-pulau kecil yang cantik macam Pulau Phi Phi Ley, Phi Phi Don, Pulau Buluh dan banyak lagi!
- Anda turut berpeluang berinteraksi dengan gajah-gajah di kawasan perlindungan hutan; melawat pelbagai tapak kebudayaan & keagamaan seperti Wat Chalong, Big Buddha dan Bandar Lama Phuket
- Nak shopping? Don’t worry, boleh singgah membeli-belah di mall terkenal seperti Pornthip, Central Department Store dan lain-lain okie!
- Jenis bilik dalam kapal?
- Umpama sebuah hotel mewah di tengah lautan, Genting Dream Cruises ini menawarkan beberapa jenis bilik yang menarik.
- Antaranya ialah bilik Interior, Oceanview dan Balkoni
- Kalau nak rasa ala-ala ‘royal’ boleh cuba The Palace – ‘sebuah kapal-dalam-kapal’ enklaf peribadi dengan kemudahan-kemudahan eksklusif, termasuk perkhidmatan butler peribadi gaya Eropah dengan servis 24 jam, serta peluang untuk berehat di Crystal Life Spa.
- Oh wait! Apa je aktiviti ada dalam kapal tu??
- Jangan risau, anda pasti takkan kebosanan ketika kapal berlayar sebab kapal persiaran Genting Dream ini merupakan sebuah “Pusat Peranginan di Lautan Luas” yang turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik semasa berlayar di laut.
- Antara aktiviti menarik ialah persembahan pentas antarabangsa, tayangan filem di teater Zodiac berkapasiti 1,000 tempat duduk, taman air di laut dengan kolam dan 6 gelongsor air, laluan tali dan ‘zipline’, dinding ‘rock-climbing’ dan lebih banyak aktiviti rekreasi yang sesuai untuk semua peringkat umur.
- Makan minum halal ke tak?
- Bab makan kalian tak perlu risau ye.. sebab Genting Dream Cruises kini sudah diiktiraf sebagai ‘Kapal Pesiaran Mesra Halal Standard OIC/SMIIC** Pertama di Dunia’!
- Anda bakal disajikan menu hidangan antarabangsa dan Asia yang meluas, serta ‘Snack Corner’ yang menghidangkan aneka sajian.
- Bagi pelancong Muslim, kalian akan dapat akses kepada makanan dan minuman Halal yang disahkan, serta masakan ‘vegetarian’ yang ngamsoi!
Nak rasa pengalaman bercuti atas kapal persiaran, jom naik Genting Dream Cruises! Layari laman web www.rwcruises.com untuk maklumat lanjut mengenai jadual-jadual perjalanan pelayaran ke Phuket dan destinasi-destinasi lain yang menarik bersama Resorts World Cruises.
Anda ada kisah menarik untuk dikongsi bersama dunia? Sila emel kepada kami di admin@kakitravel.net