Jom singgah! 5 Kafe menarik di Kuantan, Pahang

Bila borak tentang kafe nice-nice, mesti ramai yang cakap kebanyakan kafe ‘ngamsoi’ ini ada dekat KL je.. silap tu korang, rasanya sekarang ini pergilah mana negeri pun pasti ada Kafe yang cantik + sedap untuk dikunjungi. Macam dekat Kuantan, Pahang ni.. ada banyak kafe yang best-best korang kena cuba weh! Ini kami senaraikan 5 Kafe menarik kalian patut singgah jika ke Kuantan!

1. Lena Cafe by Kayuwoods

  • Di Lena Cafe, anda boleh nikmati hidangan jenis ‘fusion’
  • Anda pasti tertarik dengan dekorasi di Kafe ini sebab sangat ‘instaworthy’!
  • Ptss.. haritu dah cuba, makanan dia okay sedap.. tempat pun cantik, so apa lagi geng?
  • Waktu Operasi:
    • Selasa – Khamis (12tghri – 10 mlm)
    • Jumaat – Ahad (12tghri – 11 mlm)
    • Isnin tutup

2. Cur.Hat.Ku

  • Jika anda nak merasa pengalaman nikmati kafe lain dari yang lain, sila datang ke Cur.Hat.Ku yang terletak di Jalan Besar, Kuantan.
  • Menariknya dekat sini anda boleh rasai air yang dihidang dalam iceberg! Unik rite?
  • Lagi satu yang best dekat sini sebab anda boleh nikmati kopi sambil layan view Menara Kuantan beb. cantik oh!
  • Oh ya, kalau nak kesini sila datang awal okay sebab hidangan kopi dalam iceberg tu stok sehari sangat limited
  • Waktu Operasi:
    • Selasa – Ahad (2ptg – 10mlm)
    • Isnin tutup

3. THE kOFFEeTALk CAFE

  • Menariknya disini sebab ada bermacam hidangan beb, dari breakfast sampai ke dinner kalian boleh cuba!
  • Antara hidangan yang disediakan adalah seperti pasta, western, masakan asia dan juga aneka kopi yang enak.
  • Jangan lupa try menu baru di Kafe ini, ‘Bunga Cinta Cube Toast with Ice-Cream’ voilaa~~
  • Waktu Operasi:
    • Sarapan: Selasa – Ahad (8.30pg – 12tghri)
    • Western & Pasta: Selasa – Ahad (4.30ptg – 11mlm)
    • Isnin tutup

4. Akar Kopi Kuantan

Foto: Robert Kam // FB I love Kuantan
  • Pada kalian yang gemar kafe berkonsepkan natural, jom lepak di Kafe Akar Kopi sebab disini konsep kedai minimalist plus kalau tengok macam fefeling dalam taman botani gitu..
  • Kafe ini terletak di Jalan Besar, ditengah-tengah antara Bank UOB dan Bank OCBC.
  • Kalau kesini jangan lupa order akar kopi dengan roti bakar telur didih. Fuh aroma kopi dia mengancam beb!
  • Boleh juga try makanan yang lain seperti nasi lemak o, chicken pie dan banyak lagi!
  • Waktu Operasi:
    • Selasa – Ahad (4ptg – 1pagi)
    • Isnin tutup
Foto: Rasahub
Foto: Worldorgs
Foto: Worldorgs
Foto: Worldorgs

5. Kula Cakes

  • Rasanya tak complete kalau tak singgah ke Kafe Kula Cakes sebab ini merupakan antara kedai kek yang paling popular di Kuantan!
  • Selain kek, anda juga boleh cuba dessert menarik seperti Pavlova, Brownies dan Crème Brulee
  • Salah satu signature yang anda wajib cuba jika datang kesini ialah ‘Mango Cheesecake’
  • Waktu Operasi:
  • Selasa-Ahad (10pagi – 6ptg)
  • Isnin tutup

Tunggu apa lagi? Jom lerr pakat ajak member lepak di kafe-kafe ini! Oh kalau anda masih mencari tempat makan best kat sana.. baca ini >> 10 Tempat Makan Wajib Cuba Di Kuantan

10 Tempat Menarik di Kuantan, Pahang!


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *