10 tempat makan wajib cuba di Kuantan, Pahang

Jika disebut Kuantan, Pahang, pasti ramai yang teringat Teluk Cempedak atau mungkin Pantai Cherating. Tapi, sedarkah kalian bahawa Kuantan bukan sahaja dipenuhi dengan pantai semata.. kerana terdapat banyak juga pilihan tempat makan yang menarik untuk dinikmati. Nak tahu dekat mana? Jom ikuti senarai di bawah:

1. Jaman Tory Resepi

  • Salah satu restoran yang anda wajib singgah jika datang kuantan! Restoran yang bertemakan zaman dulu-dulu ini menyajikan masakan ala melayu kampung yang semestinya menggamit memori.
  • Antara menu special yang wajib dicuba adalah pais ikan patin bakar.
  • Saiz setiap hidangan boleh tahan besar juga ye..
  • Kalau datang ramai-ramai boleh order set dan makan bersama-sama
    Alamat: Jaman Tory Resepi, Bandar Indera Mahkota, Pahang

2. TC Shell Out – TCSO

  • Bagi anda yang nak makan shell out, jangan lepaskan peluang untuk nikmati fresh shell out di restoran ini!
  • Portion dengan harga yang ditawarkan berbaloi beb
  • Selain shell out, restoran ini turut menawarkan masakan panas
    Alamat: No 40, Jalan Teluk Sisek // TCSO Shell Ouch (waze)

3. Restoran Singgang Budu Pantai Timur

  • Buat anda yang mencari makan tengahari dan mahukan masakan pantai timur ketika bercuti di Kuantan, jom singgah kesini!
  • Restoran Singgang Budu merupakan salah satu tempat makan yang menyajikan masakan ala kampung citarasa pantai timur
    Alamat: Lot A1, 10 GF, Jalan Gambut, Kompleks MARA

4. Kula Cakes

  • Antara kedai kek yang paling popular di Kuantan
  • Selain kek, anda juga boleh cuba dessert menarik seperti Pavlova, Brownies dan Crème Brulee
  • Salah satu signature yang anda wajib cuba jika datang kesini ialah ‘Mango Cheesecake’
    Alamat: 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

5. Lena Cafe by Kayuwood

  • Lena Cafe mensajikan hidangan menu berkonsepkan fusion
  • Paling menarik dekat sini adalah dekorasi kafenya yang ala-ala hipster dan sangat ‘instaworthy’
    Alamat: Lena Cafe by Kayuwoods, Jalan Besar, Kuantan

6. Dapur Infaq

  • Lokasi sarapan pagi yang mensajikan hidangan roti tempayan dicicah dengan kari kambing
  • Kedai ini dikendalikan oleh sebuah pertubuhan NGO dikenali sebagai Dapur Infaq Ummah iaitu sebuah pertubuhan amal yang menjalankan satu inisiatif dengan mengedarkan makanan percuma kepada golongan gelandangan, komuniti rentan, miskin bandar, asnaf
  • Dekat sini konsepnya makan hingga kenyang, ‘bayar seikhlas hati’ ke dalam tabung sumbangan.. jadi korang boleh makan sambil beramal
    Alamat: Dapur Infaq, Kompleks Dagangan Mahkota, Indera Mahkota

7. Kuantan Pickers

  • Bagi pencinta kopi, anda boleh cuba rasai aneka kopi di kedai ini
  • Menariknya disini sebab konsep kedainya yang berunsurkan barangan antik. Klasik uolls!
    Alamat: Jalan Besar, berhampiran dengan Laman Teruntum

8. Periuk ALI Russia

  • Sesuai dijadikan lokasi makan tengah hari sebab antara menu yang popular di kedai ini ialah nasi ayam cincang. Kuah kari dia padu!
  • Konsep kedai menarik sebab kelihatan ‘antik’ dan cantik untuk stok ‘IG’ kalian!
    Alamat: No. 1A, Bangunan LKNP, Jalan Besar

9. Ikan Bakar Tanjung Lumpur

  • Tanjung Lumpur merupakan salah satu lokasi yang popular dengan hidangan ikan bakar
  • Dekat area Tanjung Lumpur ini terdapat banyak pilihan kedai makan ikan bakar yang anda boleh cuba
  • Antara kedai yang famous dekat sini ialah kedai Ana ikan bakar petai, Santai ikan bakar, Mail ikan bakar dan banyak lagi!

10. Kimstone Food Court & Hall

  • Salah satu port best untuk lepak makan malam
  • Dekat sini konsep foodcourt, jadi ada banyak gerai-gerai yang menjual aneka makanan. Banyak choice ye..
  • Antara yang popular dekat sini adalah Air Kelapa Joget dan juga Satay Zul
  • Sambil makan-makan itu, anda juga boleh chill layan live band
    Alamat: Kimstone Food Court, Jalan Kuantan-Kemaman, 26100, Berserah

Boleh lihat juga video kami tentang tempat-tempat menarik yang ada di Kuantan!


Nak kongsikan pengalmaan travel ? Boleh email kan ke admin@kakitravel.net

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *