Kafe Belibis, rasai pengalaman makan dalam gerabak keretapi di Pekan, Pahang!
Kalau tengok sekarang rasanya banyak sangat kafe-kafe yang dibuka seperti cendawan tumbuh selepas hujan, sampaikan jadi pening fikir nak makan dekat mana.. Tapi, jika anda pergi ke Pahang dan masih tak tahu nak makan dimana, kami sarankan anda untuk cuba nikmati pengalaman makan di sebuah kafe unik yang dikenali sebagai Kafe Belibis.
Kafe Belibis ini terletak di Pekan, Pahang. Tak susah pun nak cari sebab kafe ini bersebelahan dengan Muzim Sultan Abu Bakar. Sambil pergi makan boleh juga tengok pameran bersejarah rite? 2 in 1 gituu..
Apa keunikan Kafe Belibis?
Perkara yang membezakan kafe ini dengan kafe-kafe lain adalah suasananya yang memberi peluang untuk anda menikmati hidangan dalam gerabak keretapi yang telah diubahsuai menjadi ruang makan kafe. Jadi tak peliklah kalau tiba-tiba anda dengar ada yang panggil nama kafe ini ‘Kafe Keretapi’.
Untuk pengetahuan anda, kafe ini beroperasi di bawah kelolaan Perbadanan Muzium Negeri Pahang sebagai salah satu inisiatif dalam memelihara sejarah Kereta Api Tanah Melayu (KTM).
Kalau ruang di dalam gerabak keretapi penuh, jangan risau! Pihak kafe turut menyediakan meja makan di sekitar kawasan tepi gerabak serta ada juga ruang makan di dalam bangunan.
Pada masa sama, lokasinya juga cantik dengan senibina dan suasana ibarat stesen keretapi zaman kolonial.
Menu wajib cuba?
Jika anda datang ke Kafe Belibis, jangan lepaskan peluang untuk mencuba 3 best signature diaorang iaitu; Laksa Pahang, Oppor Daging dan juga Puding Diraja. Sumpah sedap beb!
Tunggu apa lagi? Lepas ini kalau datang Pahang make sure singgah makan dekat kafe ini okie!
Alamat: Kafe Belibis, Jalan Sultan Ahmad, Pekan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari (8pagi – 6.30 petang) // Isnin tutup
Boleh tengok juga video kami mengenai tempat-tempat menarik di Kuantan !