6 tempat makan halal di Jeju

Makanan halal merupakan salah satu cabaran kepada setiap pengembara muslim terutamanya jika mengembara ke negara yang majoritinya bukan Islam. Baru-baru ini kami berpeluang ke Jeju, Korea bersama Jeju Tourism Organization untuk explore tempat-tempat yang menyajikan makanan halal di sana. Jadi disini kami nak kongsikan senarai tempat yang anda boleh cuba jika anda ke Jeju, Korea.

1.Uribong Sikdang

Restorang Uribong Sikdang ni terletak berhampiran dengan tempat pelancongan Seongsan Illchubong. Ianya menawarkan menu makanan laut dan tidak menjual sebarang daging. Tempat ini memang popular dikalangan pelancong dari Malaysia & Indonesia. Disini juga ada disediakan Prayer Room untuk kemudahan pelancong muslim. Antara menu yang anda boleh cuba disini adalah Grilled Makarel dan juga Seafood Hot Pot.

Status Halal : Hanya makanan laut dijual disini. Tiada daging atau alkohol digunakan dalam masakan. Tetapi minuman beralkohol ada dijual di premis. Restoran mempunyai sijil ‘Muslim Friendly’ yang dikeluarkan oleh Korea Tourism Organization. Makan atas budi bicara sendiri.

2. Wardah Restaurant

Wardah Restaurant ini terletak dikawasan Jeju City. Ianya menyajikaan makanan Arab terutamanya daripada Yemen. Ini adalah kerana para chef dan pekerja disini adalah dikalangan refugee daripada Yemen. Ruang restoran ini adalah agak kecil dan hanya boleh memuatkan lebih kurang 15-18 orang dalam satu masa. Antara menu yang sedap dekat sini adalah falafel, hummus dan chicken kabsa.

bersama chef/pemilik bersama Wardah Restaurant

Status Halal : Semua barangan yang digunakan adalah halal. Restoran dimiliki oleh seorang warga Korea yang berkahwin dengan seorang chef muslim daripada Yemen. Pekerja semua adalah muslim.

3. Dasoni

Dasoni ni adalah salah satu restoran vegan yang ada di Jeju.Vegan maksudnya tak ada langsung daging ya, hanya berasaskan vegetarian. Lokasinya adalah tidak jauh daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju. Dekat sini korang boleh makan menu popular di Korea iaitu Bibimbap tetapi dalam versi sayuran sahaja.

Status Halal : Ini adalah restoran vegan. Tiada element haiwan dan alkohol digunakan dalam masakan. Tetapi minuman beralkohol ada dijual di premis. Makan atas budi bicara sendiri.

4. 901 Cafe & Bergtel

901 Cafe ini adalah sebuah cafe vegan yang terletak berhampiran dengan Jeju Museum Of Art. Dekat sini semua makanan adalah berasaskan vegetarian. Antara yang kami cuba adalah set brunch yang Sandwich Mushroom serta blend jus avocado. Tempat ni juga ada kawasan rooftop dimana anda boleh lepak sambil melayan view Gunung Hallasan

Status Halal : Ini adalah restoran vegan. Tiada element haiwan dan alkohol digunakan dalam masakan. Tetapi minuman beralkohol ada dijual di premis. Makan atas budi bicara sendiri.

5.Badang Hwiguksu (Yongdam)

Makanan disini adalah berasaskan makanan laut dan vegan. Korang boleh cuba menu special dekat sini iaitu Grilled Abalone serta Mee bersama ikan mentah (lupa nama sebenar dia). Abalone tu memang sedap, tetapi agak mahal. Tempat ini terletak di Jeju City berhampiran dengan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju

Status Halal : Ini adalah restoran makanan laut vegan. Tiada element haiwan dan alkohol digunakan dalam masakan. Tetapi minuman beralkohol ada dijual di premis. Makan atas budi bicara sendiri.

6.Ramada Plaza Hotel (Tammora Restaurant & The Blue Cafe)

Di Ramada Plaza ni terdapat 2 tempat yang menyajikan menu halal. Iaitu Tammjuhuuhuuuhhuhuuijiiiotiuiora Restaurant dan juga The Blue Cafe. Di Tammora ada disajikan menu halal, namun anda perlu membuat tempahan 2 hari awal untuk mereka mendapatkan sumber daging/ayam halal. Manakala di Blue Cafe pula, ada beberapa menu halal disediakan ketika buffet breakfast.

Status Halal: Restoran Tammora mempunyai sijil Muslim Friendly daripada Korea Tourism. Ayam diperoleh daripada pembekal ayam halal serta ia juga mempunyai dapur yang berasingan untuk masakan halal. Makan atas budi bicara sendiri.

*Nota – Di Jeju tidak ada restoran yang mempunyai sijil halal daripada Korean Muslim Federation (KMF). Namun begitu terdapat beberapa yang mempunyai sijil Muslim Friendly yang diselia oleh Korea Tourism.

Peta Lokasi Restoran

Semoga perkongsian Halal Jeju ini bermanfaat buat anda


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *