Vaksin apa patut saya ambil sebelum travel?

Vaksin Travel

Setiap orang pastinya mahu mengelakkan daripada jangkitan penyakit ketika pergi mengembara atau bercuti. Mungkin tak ramai yang tahu sebenarnya apabila kita mengembara, kita berkemungkinan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit. Jadi walau apa pun tujuan anda ke luar negara samada melancong, belajar, bekerja, berhijrah atau menunaikan umrah dan haji kita haruslah mengambil vaksin yang dicadangkan untuk perlindungan tambahan.

Jadi untuk posting kali ni kami nak kongsikan saranan daripada Immunise4life, iaitu sebuah inisiatif pendidikan komuniti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia tentang vaksin bagi anda yang suka mengembara.

Berikut adalah senarai vaksin :

1.Vaksin Influenza

Vaksin ini perlu diambil kerana jangkitan influenza merupakan salah satu penyakit yang biasa berlaku semasa perjalanan antarabangsa.

2. Vaksin Hepatitis A & Vaksin Demam Kepialu (Typhoid)

Vaksin ini disarankan diambil sekiranya anda seorang penggemar makanan. Ataupun sekiranya anda bercadang untuk ke destinasi yang diketahui mempunyai kualiti air yang rendah serta pengendalian makanan yang kurang bersih.

3.Vaksin Demam Kuning (Yellow Fever)

Vaksin ini perlu diambil sekiranya destinasi yang ingin dituju sering dilanda penyakit demam kuning. Ini terutamanya di beberapa negara di benua Afrika

4.Vaksin Meningokokus

Vaksin ini adalah wajib bagi anda yang ingin menunaikan umrah. Ianya memang diwajibkan oleh Kerajaan Arab Saudi jika anda ingin menunaikan umrah. Suntikan mesti diterima sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum penerbangan & ianya sah untuk tiga tahun.

5. Vaksin Pneumokokal

Vaksin ini adalah untuk melindungi daripada infeksi bakteria Pneumokokus. 90% invasif bakteria ini berlaku di kalangan orang dewasa. Ianya disarankan diambil setiap lima tahun atau pun sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

6.Ensefalitis Jepun

Vaksini ini penting kerana 20-30% kes penyakit ini menyebabkan kematian. Vaksinasi disarankan untuk individu yang kerap mengembara di luar, dalam kawasan endemik7 (termasuk Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak)

Semoga perkongsian Vaksin Travel ini dapat memberi manfaat buat semua!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *