Itinerari 4H3M di Sandakan, Sabah – makan seafood, tengok sunbear & banyak lagi!
Korang tengah plan nak jalan-jalan ke Sandakan di Sabah? Ini kami kongsikan itinerari 4 Hari 3 Malam bagi mudahkan perjalanan korang sepanjang disana. Dari makan seafood fresh, layan sunset, sampai jumpa beruang madu yang cute – semuanya ada bah!



Hari Pertama
- 9 pagi: Kuala Lumpur – Sandakan
- naik flight, perjalanan sekitar 2j 45m. Saranan ambil flight awal supaya hari pertama korang dah boleh jalan banyak tempat
- naik flight, perjalanan sekitar 2j 45m. Saranan ambil flight awal supaya hari pertama korang dah boleh jalan banyak tempat
- 12 tengahari: Pasar Sim Sim
- Ada banyak kedai makan tengahari ala-ala food court kat pasar ni dengan sajian aneka lauk-pauk
- Antara menu yang menarik dicuba: ikan bakar masak sambal, ayam bakar, kerabu rumpai laut dll




- 2 petang: Check in The Elopura Hotel
- hotel dengan view laut
- Bersebelahan bangunan hotel ni terletak Harbour Mall



- 3 petang : Agnes Keith House – Pelajari Sejarah Sandakan
- Tempat ni dulu rumah seorang penulis iaitu Agnes Newton Keith yang berasal dari Amerika dan pernah menetap di Sandakan
- Kini rumah Agnes ini jadi ala-ala muzium yang penuh kisah sejarah di Sandakan
- Dalam rumah ni penuh peninggalan barang-barang antik & korang juga boleh layan kisah zaman kolonial
- Waktu Operasi: 9pagi – 5ptg / buka setiap hari
- Harga Tiket: RM2 (Warga Malaysia)



- 5 petang: Minum Petang di English Tea House & Restaurant
- Terletak berdekatan Agnes Keith House – walking distance
- Korang akan rasa vibes kolonial yang santai sambil minum teh panas, makan scone tengok view laut – memang feeling habis!
- Waktu Operasi: 10pagi – 6ptg / buka setiap hari



- 6 petang: Santai di Waterfront Sandakan
- Rehat sebentar sambil nikmati angin petang dan layan sunset di Waterfront Sandakan
- Ada banyak kedai dan gerai dibuka sekitar kawasan ini jadi ngam sangat kalau korang nak beli makanan ringan



- 8 malam: Ba Lin Roofgarden Bistro
- Makan Malam dekat rooftop! Ba Lin Roofgarden Bistro ni antara best spot untuk korang makan sambil tengok view bandar Sandakan di malam hari
- Hidangan kat bistro ni lebih kepada masakan barat seperti steak, pasta, kek dll
- Memang best lepak sambil borak santai atas ni dengan geng travel korang!
- Waktu Operasi: Isnin – Jumaat: 12tghari – 12 mlm // Sabtu & Ahad: 10 pagi – 12mlm



Hari ke-2



- 8pagi: Sarapan di Kedai Kopi Tokyo
- Suasana & susunan meja dalam kedai ini kekal macam kedai orang dahulu jadi buatkan kedai ini penuh nostalgia — lagi-lagi buat warga Sandakan yang membesar selalu makan kat sini
- Kedai kopi ni memang feeling habis macam kedai lama-lama sebab usianya juga dah hampir 40 tahun
- Antara menu yang menarik korang cuba adalah egg tart, mee wantan, Soto Makassar dan banyak lagi!
- Waktu Operasi: 6pagi – 1 ptg / buka setiap hari



- 9.30pagi: Rainforest Discovery Centre (RDC)
- Dah kenyang sarapan, kita berjalan-jalan menikmati suasana kehijauan di Rainforest Discovery Centre (RDC) pula
- Antara yang menarik kat sini ada canopy walk sepanjang 620 meter
- Korang berpeluang melihat pelbagai jenis flora & fauna di dalam kawasan RDC ini seperti pelbagai jenis burung, serangga dan lain-lain
- Selain itu ada juga aktiviti seperti Zipline & jambatan gantung melintasi tasik
- Waktu Operasi: 9pagi – 5ptg / buka setiap hari
- Harga Tiket: RM7 (Dewasa) / RM3 (Kanak-kanak) / Percuma untuk kanak-kanak bawah 5 tahun



- 10.30 pagi: Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre
- Dekat sini korang boleh ketahui cara kehidupan spesis Orang Utan
- Dekat sini Orang Utan dipelihara dan diajar cara untuk survive dalam hutan, jadi sampai waktu dia dah boleh berdikari nanti Orang Utan ini akan dilepaskan ke dalam hutan untuk survive sendiri – barulah spesis Orang Utan ni tak pupus di dunia!
- Waktu Operasi: 9pagi – 4ptg / buka setiap hari
- Harga Tiket: RM5 (Dewasa) / RM2 (Kanak-kanak)



- 11.30 pagi: Bornean Sun Bear Conservation Centre
- Korang dah tengok kan maskot Visit Malaysia 2026? Haa, itulah beruang madu!
- Buat korang yang tertanya kat mana nak dapat tengok beruang madu secara ‘real’, boleh datang bercuti di Sandakan sebab korang bukan sahaja tengok spesies ni, boleh pelajari lebih dekat cara hidup sun bear ni taw. Sangat menarik dan comel!
- Waktu Operasi: 9pagi – 3.30ptg / buka setiap hari
- Harga Tiket: RM5 (Dewasa) / RM2 (Kanak-kanak)
- 1 petang: Makan Tengahari



- 2 petang: Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary
- Dah kenyang perut, jom kita singgah dekat Labuk Bay untuk tengok monyet belanda atau nama lainnya Probosis
- Korang mesti akan terhibur bila tengok kaletah dan mimik muka monyet belanda ni sebab memiliki hidung besar, perut boroi, tapi cute!



- 5 petang: Avocado Cafe
- Seharian dah penat berjalan, kita lepak jap dekat Avocado Cafe
- Istimewanya kafe ini sebab ada menu khas yang dihasilkan daripada buah avocado – smoothie, dessert dan banyak lagi!
- Selain menu berasaskan avocado, kafe ini turut menawarkan sajian western
- Malam: istirehat // free & easy
Hari ke-3



- 8 pagi: Naik bot dari jeti menuju ke Pulau Selingan
- korang akan dibawa island hopping ke Pulau Bakungan & Pulau Selingan
- Air kat sini memang jernih ‘crystal clear’ dan paling best ada peluang nak tengok banyak baby penyu!
- Boleh juga buat aktiviti snorkeling dan paling menarik boleh mandi lumpur gunung berapi!




- 2 petang: San Da Gen Kopitiam
- Dah penat island hopping, singgah minum petang di kopitiam popular ini
- Antara menu wajib cuba kat San Da Gen ini adalah UFO Tart – memang unik, crunchy dan sedap!

- 3 petang: Terokai Heritage Trail Sandakan
- Dah kenyang perut makan UFO tart, jom jalan-jalan sambil pelajari serba sedikit sejarah di Sandakan
- Lalu tempat-tempat bersejarah antara yang merangkumi dalam Heritage Trail adalah Masjid Jamik yang berusia lebih 100 tahun, Tangga 1000, Sandakan Memorial Park, St. Michael’s and All Angels Church dan banyak lagi



- 4 petang: Puu Jih Syh Temple
- Antara kuil yang popular kerana bangunannya berwarna-warni dan ukiran yang kemas
- Kuil ini terletak di atas bukit, menawarkan pemandangan spektakuler dari kota Sandakan dan sekitarnya, termasuk Laut Sulu



- 6 petang: Makan Seafood di Sim Sim Seafood
- Sebelum pulang ke hotel, kita singgah makan malam di Sim Sim Seafood
- Dekat sini ada beberapa restoran seafood yang menarik korang boleh cuba
- Boleh makan masakan berasaskan seafood seperti udang, ketam, ikan dan paling penting semua dimasak dengan fresh!



- 8 malam: Istirehat // Free & Easy
Hari ke-4



- 10 pagi: Singgah Pasar Umum Sandakan
- Kat sini korang boleh beli ikan bilis Sabah, udang kering, atau souvenir
- Harga pun okay, kalau pandai menawar boleh dapat lagi murah! hehe..

- 12 tengahari: Makan tengahari di Ikan Bakar Legend
- Sebelum gerak balik, singgah isi perut dulu dekat Ikan Bakar Legend.
- Seafood bakar panas-panas, cicah sambal – memang padu!
- Tom Yum kat sini pun boleh tahan bah!
- 2 petang: Berangkat pulang ke Airport Sandakan
⸻
Harap itinerari 4 hari 3 malam ini membantu serba sedikit untuk korang rancang perjalanan bercuti di Sandakan! Best taw explore Sabah ini sebab ada sejarah, alam semula jadi, makanan best dan tempat lepak yang chill. Kalau nak info lanjut mengenai Sandakan, layari 🔗 www.exploresabah.net
Jom bercuti di Sabah bah!