Fifty4Ferns – Resort Berkonsep Alam Semulajadi di Janda Baik

Buat anda yang mahukan sebuah percutian yang jauh dari bunyi bingit kota, jom rancang percutian ke sebuah resort yang mensajikan suasana alam yang menghijau dan nyaman. Dekat mana tu??

Haa.. kali ini team Kaki Travel nak kongsikan pengalaman kami menjejakkan kaki ke Fifty4Ferns Resort yang terletak di Janda Baik, Pahang. Kalau dari KL around 45 min ja beb.

Bagi anda yang gemarkan percutian berkonsep nature, memang sesuai sangat datang ke sini sebab view dia bukan sekadar buatkan anda rasa tenang, malahan boleh lupa segala masalah kerja yang ada dalam kepala tu.

Kawasan Fifty4ferns ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Ferns Hamlet (Main side), Ferns Orchard dan Ferns Estate. Boleh tahan besar juga kawasan dalam resort ini sampai kami pun tak habis pusing semua tempat.

Jenis Bilik Di Fifty4Ferns?

Terdapat beberapa jenis kategori bilik yang disediakan dalam resort ini. Setiap bilik mempunyai view tersendiri. Masa dekat sana, kami stay bilik Anjung Sungai which is dalam kategori Suites. Ini kami senaraikan antara kategori bilik yang disediakan:

1. Chalet

Untuk chalet terdapat 2 jenis view iaitu Stream view dan Hill view. Kalau Stream view biliknya dekat dengan kawasan tasik. Kalau macam Hill view pula anda kena naik bukit sikit sebab namapun hill kan. Oh ya, kalau tengok design Chalet ini ala-ala rumah kampung tradisional. Bolehlah fefeling sikit suasana macam balik kampung guys! Chalet ini sesuai untuk anda yang datang secara berpasangan / 2 pax.

Chalet Stream View
Chalet Hill View


2. Suites

Untuk suites pula ada 5 jenis yang disediakan. Menariknya, jenis suites ini anda boleh pilih sama ada nak stay dekat area yang berdekatan tasik / swimming pool / anak sungai. Macam kami hari tu stay di suites Anjung Sungai. Buka je sliding door, terus nampak anak sungai. Seriously cantik oh! Ini kami kongsikan sedikit info mengenai suites yang ada:

Family Suite – Anjung Kasih // Anjung Kayangan
Sesuai untuk anda yang nak bercuti secara beramai-ramai. Lagi-lagi kalau nak buat family reunion, Fifty4Ferns resort merupakan antara lokasi yang bersesuaian beb.

Anjung Kasih

Pakis Suite
Terletak berhampiran tasik dan receptionist. Pakis Suite ini ala-ala rumah sikit sebab bilik dia berasingan dengan ruang tamu. Jadinya, kalau nak stay untuk 3-4 orang boleh try this suite.

Riverside Suite – Anjung Sungai // Sarang Burung
Bagi anda yang nak merasa pengalaman menginap di bilik berdekatan anak sungai, boleh cuba stay dekat Anjung Sungai atau Sarang Burung. Kalau macam Sarang Burung ini special sikit sebab bilik dia jenis rumah pokok! Seriously, deruan air sungai kat tepi bilik tu buatkan kita rasa fresh ja. Kalau belah malam confirm sejuk. Sampai kami sendiri tutup aircond dan kipas sebab angin sejuk beb. Yang penting tidur malam diulit mimpi indah sebab selesa sangat tempat ni!

Oh ya, kalau bilik jenis riverside ini sesuai untuk kalian datang around 2-3 pax. Kalau nak datang honeymoon pun nice pilih jenis suite ini! Memang ngam sangat!

Riverside Suite – Anjung Sungai
Riverside Suite – Sarang Burung

3. Cabin

Bagi anda yang nak plan buat reunion or pergi trip bersama gang, kami suggestkan anda untuk menginap di bilik jenis Cabin. Terdapat 6 katil single disediakan dengan beberapa fasiliti yang lain. Paling best, depan Cabin yang unik ini turut disediakan pangkin. Sesuai untuk dijadikan port lepak sambil borak santai dengan member-member. Oh ya, dekat area cabin ini banyak juga pokok buah-buahan ditanam. Kalau datang waktu musim buah macam seronoklah!

Apa Je Aktiviti Best Boleh Buat Di Fifty4Ferns?

Mesti ada yang tertanya-tanya, kalau stay resort ini boleh buat apa je? Takkan nak makan dan tidur je. Haa.. kemon guys, namapun bercuti mestilah kena do some aktivit rite? Ini kami kongsikan beberapa aktiviti yang anda boleh cuba sewaktu menginap di Fifty4Ferns:

1. Mandi Sungai // Berkelah
Dah kalau ada sungai tak complete la kalau tak jejakkan kaki ke dalam air beb. Alang-alang dah dekat area sungai, anda boleh bermandi-manda atau maybe just lepak tepi anak sungai tu. Ada pangkin sekitar kawasan anak sungai tu ya. Bolehlah nak stay baring-baring sambil dengar bunyi deruan air dan burung-burung berkicauan. So relax..

2. Mandi Kolam
Kalau jenis takut nak mandi sungai, boleh terjun kolam ya. Ada dua jenis kolam disediakan iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak. Di sekitar kolam turut disediakan kerusi dan gazebo. Jadinya sambil anak-anak dok swimming parents bolehlah santai-santai takpun terjun sekali lerr masuk kolam. hehe..

3. Feeding Fish
Selain bermandi-manda, anda juga boleh ambil masa untuk nikmati view sekitar resort. Boleh lepak dekat area kawasan tasik. Sambil-sambil itu, kasi ikan makan. Makanan ikan boleh dibeli di receptionist ya, tak jauh pun dari kawasan tasik tu. Boleh beli sekali aiskrim dekat receptionist so lepak tengok ikan sambil makan aiskrim. Ngamsoi!

4. Beriadah
Okay this part kami suka sangat. Sebab dekat taman permainan Fifty4ferns ini bukan sekadar ada gelonsor buaian ja beb, ada juga jambatan gantung dan trampoline! Haa, bagi anda yang suka melompat tinggi tu boleh la lepas gian. Kalau nak main jambatan gantung ala-ala flying fox tu pula kena maklum dekat receptionist dulu ya sebab nanti akan ada staff datang pasangkan alat keselamatan.

Selain itu, anda juga boleh lakukan aktiviti berbasikal. Dalam resort ini turut disediakan basikal untuk pengunjung. Ada untuk dewasa dan kanak-kanak ya. Bolehlah ronda-ronda sekitar resort dengan berbasikal ya. kalau nak extreme sikit pi naik basikal ke area atas bukit tu. Kena steady sikitlah sebab kalau jalan kaki pun semput weh inikan pula bawa basikal (*kalau jenis stamina kuat tadak hal la)

*Bagi anak-anak kecil, diminta ibubapa/penjaga awasi supaya tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diinginkan.

5. Kayu Manis Spa
Bagi anda yang nak manjakan diri, boleh dapatkan urutan badan or buat facial di Spa Kayu Manis ya. Sesekali kasi badan refresh balik pun okay juga rite? So, jangan lupa untuk dapatkan pakej-pakej rawatan spa menarik di Fifty4ferns ini!

Kalau anda tengok gambar pun dah rasa macam best apetah lagi kalau jejak sana kan? So tunggu apa lagi? Pakat share post ini dekat partner, family or member anda! Untuk maklumat lanjut boleh layari laman www.fifty4ferns.com.my


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

3 Responses

  1. nuri says:

    hai saya call dan wassap no berkenaan, tetapi tak boleh. tolong saya utuk maklumat selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *