Nak bercuti ke Bali kena bayar cukai ‘RM46’! Jangan buat 10 perkara ini..

Indonesia sememangnya kaya dengan lokasi percutian yang menarik, tambah pula banyak pulau-pulau yang menarik dan salah satu yang seringkali menjadi pilihan adalah Bali yang juga dikenali sebagai ‘Pulau Dewa’!

Alfiano Sutianto

Namun, tahukah anda mulai tahun depan setiap pelancong yang nak bercuti di Bali kena bayar cukai sebanyak 150,000 Rupiah (RM46).

Korang jangan marah pula kena bayar cukai weh, bukan apa cukai itulah yang akan digunakan pihak penguasa disana untuk mengekalkan budaya, alam sekitar dan keselamatan sekali gus meningkatkan sektor ekonomi pelancongan di Bali.

Jangan lakukan 10 perkara ini di Bali!

Lagi satu perkara yang korang perlu cakna kalau nak ke Bali adalah panduan etika pelancong.

Baru-baru ini, pihak berkuasa Indonesia di Bali ada keluarkan kad yang menggariskan perkara boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pelancong asing, berikutan beberapa kejadian warga asing tidak menghormati budaya dan undang-undang tempatan yang mencetuskan kemarahan penduduk.

Ini kami senaraikan antara perkara korang JANGAN lakukan semasa disana:

  1. Memasuki kawasan utama tempat suci kecuali untuk bersembahyang dengan memakai pakaian tradisional dan tidak haid
  2. Memanjat pokok suci
  3. Ambil gambar dengan pakaian yang tidak sesuai di sekitar tempat suci
  4. Buang sampah merata
  5. Menggunakan plastik yang tidak boleh dikitar semula
  6. Berkelakuan buruk di kawasan awam
  7. Bekerja atau berniaga secara haram
  8. Melakukan aktiviti perdagangan haram
  9. Langgar peraturan lalu lintas
  10. Menyewa kenderaan dengan syarikat tidak berlesen

Ingat, perkara-perkara ini mungkin nampak ‘small matter’ tapi silap langkah boleh dikenakan tindakan undang-undang! Senang cakap, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Sumber berita: RTM & Bali Goverment Tourism Office


Jangan lupa LIKE Facebook KakiTravel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet  & SUBSCRIBE YouTube KakiTravel bagi mendapatkan idea dan info untuk percutian anda! Kalau rajin, SHARE stori kami dengan gang korang ya!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *