7 Fakta Wajib Tahu Sebelum Terbang ke Maldives!
Maldives adalah destinasi percutian impian dengan air yang jernih, cuaca menakjubkan serta menawarkan resort atas air yang indah dan memukau. Tapi, sebelum ke Maldives.. korang wajib tahu 7 fakta menarik tentang syurga kecil ini! Jom ikuti perkongsian di bawah..
Fakta #1: Maldives – Negara Islam
Maldives adalah sebuah negara Islam, jadi ada beberapa peraturan yang perlu diikuti:
- Alkohol tidak dibenarkan di bawa masuk ke negara ini. Jika ada yang membeli alkohol di kedai bebas cukai, ia akan dirampas di lapangan terbang.
- Maldives adalah negara konservatif, oleh itu korang wajib dan digalakkan berpakaian sopan di kawasan awam termasuklah di lapangan terbang.
- Walau bagaimanapun, peraturan di pulau resort lebih santai. Korang bebas memakai bikini, pakaian renang, atau pakaian yang lebih kasual. Oh ya, sekiranya ada yang nak berbikini, pastikan berada di pantai yang boleh berbikini ya.


Fakta #2: Wajib Isi Borang Deklarasi Perjalanan
Anda tidak memerlukan visa untuk masuk ke Maldives, tetapi wajib melengkapkan Borang Deklarasi Perjalanan sebelum masuk dan keluar dari negara ini. Borang ini perlu dihantar dalam tempoh 96 jam sebelum penerbangan, dan boleh diisi secara atas talian melalui laman web Imigresen Maldives. Lupa nak isi borang? Jangan panik!
Terdapat Wi-Fi percuma di lapangan terbang untuk bantu korang lengkapkan borang pada saat akhir.
Fakta #3: Hujung Minggu adalah hari Jumaat & Sabtu
Seperti kebanyakan negara Islam, hujung minggu di Maldives jatuh pada Jumaat dan Sabtu. Jika anda menginap di resort, perkara ini mungkin tidak begitu memberi kesan. Namun, jika anda merancang untuk melawat pulau tempatan, beberapa perkhidmatan atau aktiviti mungkin berkurangan pada hari-hari ini. Jadi, anda wajib rancang jadual perjalanan dengan bijak.
Fakta #4: Male – Ibu Negara Maldives yang sibuk!
Male, ibu negara Maldives, sering diabaikan oleh pelancong walaupun ia sebuah bandar menarik dengan budaya tempatan yang unik. Male adalah kawasan yang sibuk dan merupakan tempat tinggal ramai penduduk tempatan. Dengan populasi penduduk sebanyak 211,908 orang pada tahun 2022 dalam kawasan pentadbirannya dan kawasan geografi seluas 8.30 kilometer persegi (3.20 batu persegi), Male juga merupakan salah satu bandar yang paling padat penduduk di dunia. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan, lapangan terbang utama Maldives sebenarnya terletak di Pulau Hulhulé, bukan di Pulau Male itu sendiri.


Fakta #5: Bajet Rendah? Jom ke ‘Local Island’!
Korang boleh juga ke Maldives secara bajet iaitu dengan bercuti di pulau tempatan. Pulau-pulau ini menawarkan pengalaman yang asli dan mampu milik, ada pantai yang cantik, makanan tempatan dan suasana mesra keluarga. Harga penginapan jauh lebih murah berbanding resort, dengan hotel bermula dari $85/malam sahaja. Pulau-pulau ini juga sesuai untuk aktiviti snorkeling dan menyelam dengan kos yang lebih rendah. Antara pulau tempatan yang popular ialah:
- Maafushi
- Gulhi
- Dhigurah
- Fulidhoo
- Ukulhas
- Hulhumale dan banyak lagi pulau lain

Lokasi Pulau Massfushi berdekatan dengan lapangan terbang – faktor utama pelancong memilih untuk menginap di sini


Fakta #6: Disember – April, Musim Puncak!
Bulan Disember hingga April adalah musim puncak kerana cuaca sangat baik – matahari bersinar terang dan langit cerah. Namun, perkara wajib korang tahu adalah harga penginapan dan aktiviti lebih mahal ketika tempoh ini. Kalau nak berjimat, pertimbangkan untuk melancong di luar musim puncak (Mei–November). Walaupun ada sedikit hujan, cuaca masih tetap bagus untuk bercuti.

Aktiviti menarik di pulau yang pelancong boleh nikmati
Fakta 7: Anggaran Bajet Melancong ke Maldives
Melancong ke Maldives tidak semestinya mahal jika anda elakkan resort mewah. Berikut adalah fakta anggaran kos untuk membantu korang buat perancangan:
- Bilik hotel: $85–100 USD/malam
- Feri awam: $1.50–5 USD/sehala
- Feri lapangan terbang ke Male: $1–2 USD
- Bot laju: $25–75 USD/sehala
- Makanan tempatan: $6 –14 USD setiap hidangan (seperti kari ikan, nasi beriani dan nasi goreng)
- Sewa snorkel: $10–13 USD/hari
- Selaman: $70–100 USD setiap selaman
- Pakej aktiviti snorkeling: $30 – 200 USD (bergantung pada jenis aktiviti, lokasi dan tempoh)
- Makan malam bufet: $12–25 USD setiap satu
- Teh: $1.30 USD
- Air botol: $0.40–0.70 USD


Semoga dengan info yang kami kongsikan ini, korang boleh rancang perjalanan ke Maldives dengan lebih mudah, mengikut bajet dan nikmati keindahan syurga tropika ini dengan penuh keseronakan! Untuk lebih info & tips, korang boleh baca di pautan ini: Tips Melancong ke Maldives, Khusus Buat Wanita
