Rasai keseronokan ilusi di Museum of Illusion KL

Selalu kalau dengar Bukit Bintang, mesti segelintir dari kita akan ingat Pavillion tak pun Lot 10 .. haa korang tahu tak dekat area Bukit Bintang, Kuala Lumpur ni ada tempat menarik? Kali ni team Kaki Travel nak share dengan korang spot menarik iaitu Museum of Illusion KL yang terletak bersebelahan dengan bangunan Fahrenheit 88 dan Lot 10 Mall.


Self explore & Edutainment!
Untuk makluman korang, Museum of Illusion KL ni merupakan muzium ilusi yang pertama di South East Asia! Ianya berkonsepkan self explore dan ‘Edutainment’ iaitu Education + Entertainment. So, dekat sini korang boleh belajar mengenai ilusi dalam bentuk hiburan. Fun gila weh!!





Pelbagai aktiviti menarik!
Selain belajar hal-hal ilusi.. korang juga boleh berfoto kat dalam ni. Cantik taw spot nak berfoto untuk stok instagram kat sini hehe.. oh ya, selain tu korang juga boleh try main game yang disediakan dalam tempat ini. Aipp.. game-game kat sini nampak je ‘senang kacang’.. sekali cuba konfem korang bakal rasa ‘tak puas hati la nak give up’! Why?? Menguji minda gila game dalam tempat ni!





Sesuai untuk lapisan masyarakat!
Eh korang kena tahu.. Museum of Illusion KL ini bukan sahaja sesuai untuk geng anak muda yang suka explore benda baru malahan, tempat ini juga sesuai untuk seisi keluarga! Kalau korang berminat nak buat school trip dekat sini pun boleh ya.




Lokasi berdekatan
Bagi korang yang tak nak drive sebab risau kesesakan lalu lintas, boleh naik tren and turun di MRT Bukit Bintang. Haa.. jarak MRT Bukit Bintang dengan Museum of Illusion ni adalah dalam 3 minit sahaja. Dah puas explore tempat ini korang boleh ronda-ronda jalan ke Pavillion pula.. dekat ja dengan tempat ini ya guys! Oh, lagi satu.. tempat ini terletak dalam satu bangunan dengan Hotel Ansa Kuala Lumpur. Kiranya korang kena masuk pintu depan hotel then naik escalator tingkat 1.. baru jumpa Museum of Illusion KL ni ya!


Fun taw tempat ni!! So, tunggu apa lagi.. pakat ajak geng korang untuk terokai keseronokan bersama disini! Untuk maklumat lanjut boleh tengok FB page Museum of Illusion KL atau follow instagram @museumofillusion_kl

Waktu Operasi:
10 pagi – 7 malam (waktu PKPP) // Setiap Hari

Harga Tiket (Pemegang My Kad):
Dewasa – RM35
Kanak-kanak – RM25
Keluarga (2 Dewasa + 2 Kanak-kanak) – RM90
Pelajar – RM30 (sila bawa kad pelajar)

Harga Tiket (tanpa My Kad):
Dewasa – RM45
Kanak-kanak – RM35
Keluarga (2 Dewasa + 2 Kanak-kanak) – RM120
Pelajar – RM40 (sila bawa kad pelajar)


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

1 Response

  1. DAHLAN says:

    Adalah menjadi kesalahan menyentuh hidupan laut apa lagi mengangkat dari dasar laut untuk di ambil gambar …. Di harap agent pelancongan yang membuat package ke semporna dapat memberi penerangan yang jelas dalam sebarang aktiviti laut demi menjaga ecosystem laut di semporna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *