Itinerari 2H1M – Railway To See Malaysia Naik Keretapi ke Sungai Petani, Kedah


Bagi anda yang gemar adventure aktiviti dan merancang percutian ringkas, jom ikuti Railway To See Malaysia edisi Utara menuju ke Sungai Petani, Kedah.

Ini kami kongsikan itinerari 2 Hari 1 Malam ke Sungai Petani untuk rujukan kalian!

📆 Day 1

  • 7.20 pagi: Perjalanan bermula dengan menaiki tren keretapi ETS di KL Sentral menuju ke Sungai Petani. Perjalanan mengambil masa sekitar 4jam 30minit.
  • ⁠11.40 pagi: Setibanya di Sungai Petani, kami ambil kereta sewa dan menuju ke destinasi pertama iaitu makan tengahari
  • ⁠12.00 tghari: Makan tengahari di Seha Corner – sajian set nasi seperti asam pedas ikan pari dan sambal udang petai. Jangan lupa cuba lai ci kang buah special!
  • ⁠2 petang: Check in di Dima Garden Resort – bersihkan diri – solat – free & easy
  • Dima Garden – antara pilihan penginapan yang menarik untuk dicuba sebab ada bermacam jenis unit (duo/family/grouping etc)
  • ⁠4 petang: Luang waktu beraktiviti dalam kawasan Dima Garden : ada aktiviti memanah, joy ride, mandi kolam renang dan ATV
  • ⁠6.30 petang: Makan malam di Restoran Terapung Teluk Bayu – disini anda perlu naik bot untuk menuju ke restoran – dikelilingi kolam ikan siakap, kerapu, jenahak, siakap merah dan lain-lain – hidangan seafood segar yang menyelerakan. Saranan datang sebelum gelap sebab view sunset dekat restoran ini cantik!
    9 malam: Free & easy

📆 Day 2

  • 7.30 pagi: Check out dari Dima Garden Resort
  • ⁠8 pagi: Singgah sarapan pagi di Cerek Kafe – menu hidangan menarik dicuba seperti Roti Arang, Peknga Nyoq, Cucoq Kembung Gulai Temenung dan banyak lagi!
  • ⁠9.30 pagi: Dah bertenaga, jom berkayak di Bakau Hijau! Suasana paya bakau dekat sini memang terbaik gila!
  • ⁠10.30 pagi: Melawat Tiram Sungai Merbok – bersebelahan Bakau Hijau – tambah pengetahuan mengenai cara ternakan tiram
  • ⁠12 tengahari: Makan tengahari di Restoran Tiram Sungai Merbok – sajian seafood, boleh rasa tiram segar sambil minum air bunga telang!
  • ⁠2 petang: Bersihkan diri – solat – free & easy
  • ⁠5.30 petang: Menuju ke stesen KTM Sungai Petani – pulangkan kereta sewa
  • ⁠6 petang: Menaiki tren ETS menuju ke KL Sentral

🔖 Kos Perbelanjaan 2H1M

  • Tiket ETS KL Sentral – Sungai Petani: RM89.50/ pax (sehala)
  • ⁠Kereta Sewa: RM130/sehari
  • Penginapan: RM290/ 1malam (2pax)
  • ⁠Joy Ride: RM15/dewasa | RM12/kanak-kanak
  • ⁠Memanah: RM10/pax
  • ⁠ATV: RM35/15 min | RM50/30min
  • ⁠Mangrove Kayak @Bakau Hijau: RM69/pax
  • ⁠Tiket Parking Kereta @Restoran Terapung Teluk Bayu: RM4
  • ⁠Makan: bergantung pada bajet sendiri

🚇 Tips Naik Kereta Api

  • Beli tiket awal – Tren ETS menuju ke bahagian Utara Semenanjung kebiasaannya cepat ‘sold out’, rancang percutian awal untuk dapatkan tiket tren!
  • ⁠Nak mudah, muat turun aplikasi KTMB untuk beli tiket atau boleh beli di kiosk KTMB yang ada di stesen berdekatan anda
  • ⁠Kalau jenis mudah loya, disaran ambil seat tempat duduk yang tulis “Forward” supaya nanti duduk dalam tren tak lawan arus perjalanan
  • ⁠ Kafe, Tandas & Surau terletak di Koc C – nak dekat pilih koc C, B atau D
  • ⁠Dalam tren ada kafe yang jual banyak pilihan makanan seperti Nasi Beriyani, Mee Goreng, Kerepok Lekor, Sandwich dll – boleh bayar guna scan QR

Jangan lupa SHARE itinerari percutian ringkas menaiki keretapi ini dengan geng travel korang ya! 🚇💗✨


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *