Selangor Fruits Valley – Lokasi Menarik Seisi Keluarga

Bagi mereka yang tinggal di Selangor, bermula 14 September ini anda boleh mula berkunjung ke Selangor Fruits Valley (SFV) yang terletak di Jalan Rawang – Bestari Jaya, Selangor.

Mengenai Selangor Fruit Valley (SFV)

Selangor Fruits Valley atau SFV adalah sebuah ladang buah-buahan tropika. Jadinya kat sini anda bakal dikelilingi dengan tanaman buah-buahan yang segar seperti buah belimbing, jambu batu, rambutan, pulasan, betik dan sebagainya. Ladang ini diwujudkan bagi menyahut hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk memodenkan sektor pertanian selaras dengan visi dan misi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.

Beli 3 Tiket, Percuma 1 Tiket!

Bersempena dengan pembukaan semula secara rasmi pada 15 September ini, SFV menawarkan 1 tiket percuma bagi setiap 3 pembelian pas masuk. Haa.. bolehlah anda ajak rakan-rakan atau mungkin pergi bersama keluarga kat SVN ni beb!

Menerusi pembelian tiket itu, anda bakal menaiki trem mengelilingi kawasan seluas hampir 1,000 hektar yang bukan sahaja kawasan tanaman buah-buahan malah terdapat juga taman rusa dan arnab.

Bukan itu sahaja ya, dekat SFV ini juga terdapat rumah kampung yang kawasan sekitarnya terdapat reban ayam. Bolehlah buat lepas rindu yang dah lama tak merasa pulang ke kampung tu.. huhu

Makan Buah ‘Fresh’ Dari Ladang!

Disebabkan anda berada di kawasan yang dipenuhi buah-buahan, rasanya tak lengkap pula kalau tak merasa potongan buah kat situ kan? Haa.. jangan risau beb, SFV juga akan memberikan potongan buah keluaran ladang itu secara percuma kepada pengunjung di samping menawarkan harga menarik dan kupon pembelian buah-buahan dan sayur-sayuran.

Patuhi SOP!!

Tak kisahlah dimana pun anda pergi, silah patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh kerajaan. Oh ya, bagi kalian yang nak ke SFV.. make sure dah lengkap 2 dos vaksinasi ya! SFV hanya dibuka pada individu yang lengkap vaksin serta anak-anak mereka sahaja.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus hubungi talian 016-6880792 atau emel ke support@pkps.gov.my atau selangorfruitsvalley@gmail.com.

Harga Tiket:
Dewasa: RM15
Kanak-Kanak / Warga Emas: RM10
Warga Asing: RM30 (Dewasa) // RM25 (Kanak-kanak)

Sumber: SelangorKini


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *