8 Lokasi PERCUMA di Singapura
Update – 30/12/2019
Bila sebut ja Singapura, pasti ramai yang berpendapat bahawa ianya merupakan salah-satu bandar yang termahal di dunia. So, tiap kali nak pergi melancong ke sana mesti kena fikir masak-masak soal bajet. Yela, mata wang sana lagi tinggi daripada Ringgit Malaysia kan..memang peninglah kepala korang nak kira bajet.
Tapi, korang tahu tak sebenarnya banyak je tempat FREE yang lawa-lawa & penuh dengan aktiviti menarik korang boleh buat di sana?
Okay, untuk kali ini Kaki Travel nak kongsi dengan korang 6 lokasi percuma yang korang boleh jejak semasa bercuti ke Singapura. Harap lepas ni tiada lagi alasan cakap Singapura mahal tak sesuai untuk trip bajet murah ye..
- Berjalan-jalan di sekitar Taman Botani Singapura
Taman Botani Singapura ini telahpun ditubuhkan sejak lebih 150 tahun yang lalu dan berkeluasan 82 hektar. Pada tahun 2005, Taman Botani Singapura diiktiraf menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dekat taman ni korang boleh tengok lebih dari 10,000 spesis flora yang berbeza beb! Suasana rimbunan hijau yang menyegarkan ni pasti buatkan korang yang stres tu rasa tenang je.
2. Bersantai di Pantai Palawan, Sentosa
Untuk si kaki Instagram, jangan lupa untuk jejaki Pantai Palawan ya! Dekat sini banyak spot-spot cantik untuk berfoto & salah-satunya ialah di jambatan gantung yang dapat menghubungkan ke pulau kecil lain yang terkenal sebagai “Titik Hujung Benua Asia.”
3. Pelajari mitologi Cina di Haw Par Villa
Bagi korang yang sukakan tempat yang pelik dan aneh, haa silalah datang ke Haw Par Villa. Tempat ini didirikan pada tahun 1930-an dengan tujuan untuk mengajar masyarakat tentang nilai-nilai moral mitologi Cina. Menariknya tempat ini sebab terdapat lebih dari 1,000 jenis patung yang menggambarkan tentang mitologi Cina mengenai alam neraka. Korang boleh tengok gambaran seksaan seperti patung manusia yang diambil jantungnya, kaki manusia yang digigit serigala & banyak lagi! Kalau nak datang sini make sure hati kental ye! Baru berani tengok benda-benda luar biasa dekat sini.
4. Nikmati Sunset di Marina Bay Sands Boardwalk
Kalau korang nak tahu, Singapura merupakan salah-satu kota yang terkenal dengan cakerawala yang memukau! Oleh itu, korang wajib nikmati suasana matahari terbenam di Marina Bay Sands Boardwalk. Tempat ni best lepak waktu petang sambil ambil angin petang tunggu matahari terbenam. Korang takkan menyesal untuk tunggu view cantik dekat sini beb! Pada malam hari pula korang boleh tengok light show secara free dekat sini.
5. OOTD di Lorong Haji (Haji Lane)
Kalau korang jenis suka ber-OOTD.. jom pergi ke Lorong Haji atau lebih dikenali sebagai Haji Lane. Dekat sini korang boleh dapati banyak dinding & lukisan mural yang cantik-cantik warnanya. Confirm gambar korang jadi awesome dengan berlatarbelakangkan tempat ni. Oh ye, dekat sini banyak kafe moden & hipster yang korang boleh try. Kalau datang waktu malam, korang boleh enjoy tengok persembahan live band dari artis-artis tempatan disini. Meriah beb!
6. Cabar diri menaiki Treetop Walk di MacRitchie
Untuk kalian yang sukakan aktiviti outdoor, ayuh cabar diri korang dengan menaiki jambatan gantung sepanjang 250 meter di Treetop Walk ini. Korang boleh tengok panorama hutan secara lansung waktu berjalan atas jambatan ni. Tapi ingat, aktiviti ini hanya sesuai untuk mereka yang tidak takut ketinggian ye.. sebab ketinggian jambatan ini adalah 25 meter dari lantai hutan! Dah cukup berani ke tu? Oh ya, jaga-jaga dengan serangan monyet dekat sini! Baru adventure trip korang!
7. Tengok pertunjukan lampu dan hayati keindahan Gardens By The Bay
Gardens by the bay ni pun masuk percuma sahaja. Setiap malam akan ada pertunjukan lampu yang boleh anda tengok secara percuma. Cuma jika anda hendak naik ke kawasan atas baru dikenakan bayaran.
8. Bersiar-siar di Changi Point Coastal Walk
Changi Coastal Walk ini terletak tidak jauh daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Changi. Anda boleh berjalan di laluan tepi laut sambil menyaksikan kapal terbang berlepas dan mendarat.
So macam mana? Banyakkan juga kan tempat-tempat FREE dekat Singapura ni. Boleh la korang pergi nanti!
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel and follow instagram @kakitravelnet untuk dapatkan lebih banyak info-info yang menarik!
1 Response
[…] Sumber: kakitravel.net […]