Street Art Jalan Alor – lokasi ‘rainbow’ di Bukit Bintang

Bagi kalian yang suka explore tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur, haa..kali ni Kaki Travel nak suggestkan korang untuk berjalan kaki di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang. Siapa sangka disebalik bangunan-bangunan tinggi, hotel & kedai makan di area ni ada lorong mural yang berwarna-warni!

Untuk pengetahuan korang, Jalan Alor Street Art ni terbahagi kepada 2 kawasan. So, make sure kalau korang pergi.. sila jejak kedua-dua tempat ya! Sebabnya lawa-lawa beb! Jangan risau kerna jarak antara dua kawasan ni berdekatan sahaja. Hanya 5 minit perjalanan dari MRT Bukit Bintang.

  • Jalan Alor Street Art 1

Tak dapat dinafikan bahawa kawasan yang penuh dengan karya grafiti ini sememangnya menjadi tarikan pengunjung. Kalau datang sini make sure bawa kamera ataupun sila pastikan memory phone korang masih banyak ruang ye.. sebabnya gallery phone korang akan penuh dengan foto-foto sewaktu di sini! Lorong ini terkenal sebagai salah-satu port insta-worthy buat si kaki Instagram taw!


Sepanjang perjalanan di Jalan Alor ini, korang akan nampak deretan gerai makan yang buka di tepi-tepi kaki lima. Untuk mereka yang beragama Islam make sure sebelum masuk kedai tu tengok dulu ada logo halal ke tak ya sebab kebanyakkan gerai di sini menghidangkan makanan tidak halal.

  • Jalan Alor Street Art 2

Kalau dah penat bergambar dekat sini, bolehlah teruskan perjalanan ke pusat-pusat membeli-belah di sekitar kawasan Bukit Bintang ni. Banyak beb tempat korang boleh pergi antaranya ialah Low Yat Plaza iaitu pusat barangan IT terbesar di Malaysia, Berjaya Times Square, Pavilion Kuala Lumpur, Lot 10, Fahrenheit 88 & Sephora KL.

So korang tunggu apa lagi? Cuti ni jom pakat ramai-ramai dengan member untuk ronda ke mari! Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan info yang superb Awesome!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *