Bagaimana saya travel sambil bekerja di New Zealand

Working Holiday New Zealand

New Zealand merupakan salah sebuah negara yang membenarkan rakyat kita untuk travel sambil bekerja di sana. Tapi dengan syarat menggunakan visa yang sah, iaitu Working Holiday Visa. Sebelum ini kami pernah menulis tentang Working Holiday Visa ini, boleh baca cara nak apply & syarat-syaratnya di sini.

Kali ni kami ingin kongsikan pengalaman daripada seorang followers Kaki Travel iaitu bro Taqim Aziz yang telah ke sana pada tahun lalu. Beliau ke sana pada bulan Mac 2020, tidak berapa lama sebelum sempadan negara ditutup. Dan sehingga artikel ini ditulis, beliau masih lagi disana serta bercadang untuk berada di sana sehingga awal tahun 2022.

Working Holiday Visa ini dibuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke bawah dan ianya sah untuk tempoh 6 bulan + 3 bulan extension. Sebelum tempoh visa tersebut tamat, saya telah memohon visa Supplementary Seasonal Employment Work Visa (SSE) untuk lanjutkan lagi tempoh saya berada disini. Visa SSE ini hanya boleh dipohon sekiranya anda mempunyai ‘offer letter’ daripada syarikat yang anda ingin bekerja. Musim pandemik ini, kerajaan New Zealand beri secara percuma sahaja visa ini kerana tidak cukup orang untuk bekerja.

Antara kerja-kerja yang saya dah buat selama berada dekat sini :

  • Packhouse kiwi sebagai packer
  • Pruning kiwi winter
  • Kerja kilang ayam turks bahagian proses
  • Repacking kiwi fruit
  • Thinning kiwi fruit
  • Picking Cherries
  • Picking blueberries

Sepanjang di New Zealand, saya tinggal di backpackers hostel bersama kawan-kawan lain dari serata dunia. Kalau nak tinggal di sini, kena pandai-pandai sesuaikan diri dengan keadaan. Di hostel-hostel ini juga la saya jumpa semua travel partner saya.

Photographer pasti akan suka kan negara ini sebab ada banyak tempat-tempat yang cantik untuk bergambar. Saya juga merupakan seorang photographer. Kebanyakkan gambar-gambar yang saya ambil ini adalah menggunakan tripod. New Zealand ni terbahagi kepada 2 pulau utama, iaitu North Island & South Island. Namun bagi saya, South Island lebih menarik dari North Island.

Untuk korang yang nak merasa travel secara Working Holiday di New Zealand, boleh tunggu slot permohonan Working Holiday Visa yang seterusnya.


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

2 Responses

  1. Rahman says:

    Asalamualaikum.. Boleh minta contact number tak bro.. Ada beberapa soalan.. Harap balas.. 😅

  2. Wahh seronok juga bekerja sambil berholiday kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *