8 tempat menarik di Kampar

Tempat Menarik Kampar

Korang pernah pegi Kampar tak? Kampar ni dulunya terkenal sebagai pekan perlombongan bijih timah di negeri Perak. Ianya terletak lebih kurang 45 minit perjalanan daripada Ipoh. Sebenarnya ada banyak benda-benda yang korang boleh buat di sini tau. Jadi kali ni kami nak kongsikan beberapa tempat dan juga aktiviti yang boleh korang buat kalau ke Kampar

1. Re Farm

Re Farm ini adalah sebuah tempat rekreasi di daerah Kampar. Di sini terdapat mini zoo, kolam mandi, kebun sayur, kolam ikan dan banyak lagi. Dalam ni ada juga resort yang korang boleh menginap. Ada pelbagai jenis penginapan seperti Farm Stay, Villa Stay & juga Hotel Suites. Atau kalau korang hanya nak datang untuk mandi kolam je pun boleh.

2. Gua Tempurung

Bagi korang yang sukakan aktiviti luar ataupun aktiviti lasak, boleh ke Gua Tempurung. Dekat dalam ni ada 7 platform keseluruhannya. Korang boleh pilih samaada nak tour yang kering ataupun yang basah. Kalau ambil tour yang basah tu korang perlu melalui laluan sungai dalam gua. Memang terbaik!

3. Bandar Agacia

Ini adalah port OOTD paling popular di Kampar. Bangunan di sini semuanya dibina ala-ala seperti di Disneyland. Namun tempat ni agak ‘mati’ juga sebab tak banyak kedai yang buka di sini. Masa kitorang pegi, yang buka cuma 2 buah kafe. Tapi untuk nak berselfie atau OOTD memang sesuai sangat!

4. Muzium Bijih Timah

Memandangkan daerah ini dulunya merupakan tempat perlombongan bijih timah, jadi korang kena singgah juga ke Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta ni.. dekat sini korang boleh belajar dengan lebih lanjut pasal sejarah perlombongan bijih timah di Kampar.

5. Tanjung Tualang No 5 (TT5)

TT5 ni adalah kapal korek bijih timah terakhir di Malaysia. Disini ada disediakan guided dredge tour, dimana korang akan dibawa oleh seorang guide untuk explore tempat ni. Korang boleh juga mencuba dan belajar aktiviti mendulang bijih timah disini.

6. Meadow Park Resort

Kalau nak cari tempat penginapan pula, Meadow Park ni adalah antara pilihan terbaik. Tempat ni sangat luas dan selesa. Setiap apartment disini ada 4 bilik dan setiap bilik ada bilik air tersendiri. Antara fasiliti yang ada disini adalah kolam renang, gym dan juga tempat untuk BBQ.

7. Kelapa Leleh Kampar

Kalau nak cari tempat makan menarik untuk dinner, boleh singah ke restoran yang pernah viral ni. Tempat ni nama nya Kelapa Lelehhh Kampor. Decor tempat ni ala-ala hipster sikit. Menu dekat sini memang banyak terutamanya menu western. Selain itu korang boleh cuba trademark kedai ni iaitu ice cream kelapa. Tempat ini dibuka setiap hari jam 3.00 ptg hingga 11.30 mlm, kecuali hari Isnin.

8. Kedai Kopi Pak Din

Ni pula adalah tempat menarik di Kampar untuk breakfast. Di sini terdapat pelbagai macam jenis mee, bihun dan juga koayteow. Antara menu yang popular disini adalah mee kicap dan juga mee sup.

Jadi kalau korang ke Kampar, pastikan masukkan tempat-tempat ni dalam senarai!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *