Siri Endless Horizon in Gangwon ketengahkan tempat-tempat menarik di Korea
Endless Horizon in Gangwon
Gangwon merupakan salah satu wilayah di Korea yang mempunyai banyak tempat-tempat menarik. Wilayah ini pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 apabila bandar Pyeongchang dipilih untuk menjadi hos sukan tersebut.
Baru-baru ini Gangwon Province bersama-sama dengan Korea Tourism Organization Malaysia (KTO Malaysia) telah menerbitkan satu siri youtube bagi tujuan mempromosikan wilayah Gangwon. Siri yang bertajuk Endless Horizon in Gangwon ini akan membawa anda untuk explore tempat-tempat serta aktiviti-aktiviti menarik di sekitar wilayah Gangwon.
Siri ini mempunyai 5 episod keseluruhannya dan dibintangi oleh Julian Yee, atlet sukan Olimpik musim sejuk Malaysia serta hos Yoke. Kesemua video ini ditayangkan di lama Youtube Korea Tourism Organization Malaysia serta didatangkan dengan sarikata Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris serta Mandarin.
Jom kita tengok video siri Endless Horizon in Gangwon ni!
EPISOD 1
Episod ini bermula di Seoul dan merangkumi tempat-tempat seperti Gyeongbokgung Palace dan K-Star Road
EPISOD 2
Julian & Yoke meneroka di kawasan Gangneung. Mereka turut mencuba pakaian Hanbok, iaitu pakaian tradisional masyarakat Korea.
EPISOD 3
Gangwon juga terkenal sebagai destinasi untuk peminat K-Drama serta K-pop. Di kawasan ini juga terdapat banyak tempat pengambaran K-Drama seperti Goblin dan juga BTS Bustop, tempat yang menjadi cover album kumpulan BTS.
EPISOD 4
Dalam episod ini mereka explore ke Pyeongchang, kawasan syurga musim salji di Korea. Mereka turut mencuba membuat cheese dan memberi makan biri-biri.
EPISOD 5
Julian & Yoke mencuba aktiviti ski dalam episod ini. Mereka juga ke Yongpyong Resort serta mencuba Trout Festival serta ‘Ice fishing’.
Menarik kan Gangwon ? Lepas tengok siri Endless Horizion in Gangwon ni tiba-tiba rasa macam nak ke Korea lagi lepas habis Covid-19 ni!
Kalau korang nak menang hadiah-hadiah menarik, boleh join kuiz Endless Horizon in Gangwon ni di link ini — > https://cutt.ly/0hYuOrs . Selamat mencuba!
Panduan ini dibawakan kepada anda oleh Gangwon Province dan Korea Tourism Organization Malaysia.
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!