16 spot instagramable di Pulau Jeju!
Pulau Jeju atau nama lainnya Jeju-do merupakan pulau yang terbesar di Korea Selatan. Ianya merupakan antara destinasi yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia jika ke Korea. Bagi korang yang bercadang untuk ke Jeju, sebenarnya terdapat banyak tempat-tempat cantik untuk korang bergambar disini!
Jadi kali ni kami nak kongsikan 16 spot cantik ataupun Instagramable di Jeju yang wajib korang singgah!
1. Cafe ORDA
- Cafe ini terletak di daerah Seogwipo
- Ianya popular dengan ikon ‘Stairway to Heaven’ dimana anda boleh bergambar diatas tangga tersebut
- Cafe Orda juga didekorasi dengan batu bassalt, yang merupakan salah satu simbol Pulau Jeju
Alamat – 269-37 Hando-ro, Seongsan-eub, Seogwipo-si
2. St Isidore Ranch
- St Isidore Ranch ini terletak berhampiran Geumak Village di daerah Hallim-eup.
- Di sini terdapat satu rumah yang unik iaitu Cteshphon house.
- Rekabentuk rumah ini adalah sama seperti rumah di Cteshphon, sebuah bandar berhampiran Baghdad di Iraq
- Ianya menjadi antara spot bergambar yang popular di Jeju terutamanya gambar ‘wedding’
Alamat – 52, Sanroknam-ro, Hallim-eub, Jeju City
3. Cafe Klein Blue
- Cafe ini terletak di Hangyeongmyeon dan ianya terkenal dengan view tepi laut yang cantik
- Ditingkat atas bangunan ini terdapat tingkap yang besar dimana anda boleh mendapat view 2 buah kincir angin di tengah laut
- Sangat popular dikalangan pengunjung terutamanya ketika sunset
Alamat – 552-22 Hangyeonghaean-ro, Hangyeongmyeon, Jeju-si
4. Dodubong Peak
- Dodubong adalah sebuah bukit dengan ketinggian 65 meter yang terbentuk dari letusan gunung berapi
- Terdapat dua jenis laluan yang berbeza untuk ke puncak
- Anda boleh mendaki bukit ini secara santai kerana laluan ke puncak tidak terlalu ekstrem (durasi 10-15 minit)
- Setibanya di puncak, anda dapat melihat pemandangan kota Jeju yang sangat cantik
Alamat – San1 Doduil-dong, Jeju-si
5. Sinchang Windmill Coastal Road
- Terletak di sebelah barat laut Pulau Jeju
- Putaran kincir angin di sekitar kawasan ini bakal membuatkan para pengunjung berasa segar dan nyaman
- Tempat ini juga merupakan salah-satu lokasi yang cantik untuk melihat sunset
Alamat – 1322-1 Sinchang-ri, Hangyeongmyeon, Jeju-si
6. Saryeoni Forest Path
- Merupakan laluan berjalan kaki di hutan yang melintasi 3 kawasan iaitu Bijarim-ro, Mulchat Oreum Volcanic Cone dan Saryeoni Oreum Volcanic Cone
- Anda boleh melihat pelbagai jenis spesis tumbuhan di sekitar laluan hutan ini seperti Konara Oak, Red-Leaved Hornbeam dan Japanese Snowbell
- Lokasi ini terkenal dalam kalangan pelancong yang gemar mendaki gunung
Alamat – San137-1 Gyeorae-ri, Jocheon-eub, Jeju-si
7. Jeju Herb Dongsan
- Terdapat lebih 150 jenis herba dan wild flower di taman ini
- Anda boleh melakukan terapi seperti foot bath di sini
- Selain itu, terdapat kedai herba dan kafe di sekitar taman
- Tempat ini sesuai untuk dijadikan lokasi bersantai bersama insan yang tersayang
Alamat -170 Donoreum-ro, Pyoseon-myeon, Seogwipo-si
8. Snoopy Garden
- Bagi penggemar watak Snoopy, Charlie Brown dan the Peanut gang, tempat ini bakal mensajikan keseronokan
- Tempat ini merupakan sebuah taman tema yang diliputi dengan watak-watak dari komik ‘Peanut’ hasil karya kartunis terkenal Amerika iaitu Charles M. Schulz
- Terdapat dua jenis konsep taman yang boleh diterokai dalam kawasan ini iaitu ‘Garden House’ dan ‘Outdoor Garden’
Alamat – 930 Geumbaekjo-ro,Gujwa-eub, Jeju-si
9. Gimnyeong Seonsegi Beach
- Pantai Gimnyeong Seonsegi adalah antara pantai yang popular di kawasan timur Jeju
- Lautan biru dan pasir yang memutih di kawasan ini berjaya memikat hati para pengunjung yang hadir ke pantai ini
- Selain menikmati suasana pantai yang tenang, anda juga boleh melakukan aktiviti seperti snorkeling, ski air dan berkayak
Alamat – Gimnyeong-ri, Gujwa-eub, Jeju-si
10. Secret Forest (Andol Oreum)
- Hutan ini terkenal dengan pepohon api yang tinggi
- Rimbunan pepohon api yang berdiri teguh di sekitar kawasan ini bakal memberi pengalaman yang menarik kepada pengunjung untuk menikmati keindahan alam
- Hutan ini juga mendapat sambutan yang tinggi sebagai lokasi yang menarik untuk berfoto
Alamat – 2173 Songdang-ri, Gujwa-eub, Jeju-si
Kredit: okidok__i
11. Jeju Film Log
- Film log ini adalah ‘vending machine’ untuk kamera filem pakai buang
- Kamera-kamera ini pastinya akan bawa anda kembali ke zaman dimana anda perlu menggunakan filem untuk mengambil gambar
- Selain daripada di Jeju, ‘vending machine’ ini turut berada di bandar-bandar lain sekitar Korea antaranya Seoul, Suncheon dan Gyeongju.
Alamat – 37 Seogwang-ro11-gil, Jeju-si
Kredit: seung_jin01
12. Delekoomda in Sungsan (Sungsan Studio)
- Tempat ini adalah sebuah studio yang mensajikan pelbagai senario yang menarik
- Setiap bahagian mempunyai konsep yang tersendiri
- Antara konsep yang ada di studio ini adalah konsep taman bunga, bilik cermin, ruang musim panas dan banyak lagi
- Terdapat sebuah istana kecil di sekitar kawasan studio ini yang cantik untuk dijadikan ruangan berfoto dengan konsep puteri raja
Alamat – 64 Seopjikoji-ro25-beon-gil, Seongsan-eub, Seogwipo-si
Kredit: allohaye
13. Seongsan Ilchulbong
- Seongsan Ilchulbong merupakan salah satu tapak Warisan Dunia UNESCO
- Tempat ini adalah kawasan kawah yang terbentuk kira-kira 5,000 tahun yang lalu oleh letusan gunung berapi di bawah laut
- Kawasan ini turut dikenali sebagai ‘Sunrise Peak’ kerana dikatakan mempunyai pemandangan matahari terbit yang terbaik di pulau ini.
- Korang boleh mendaki ke puncak bukit ini. Ianya mengambil masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada stamina masing-masing.
Alamat – 1 Seongsan-ri, Seongsan-eub, Seogwipo-si
Kredit: okidok__i
14. Abu Oreum
- Abu Oreum mempunyai lilitan luaran sekitar 1.400m
- Tempat ini mudah didaki dan cuma mengambil masa sekitar 20-30 minit sahaja
- Para pengunjung bakal terpesona dengan pemandangan yang menakjubkan di kawasan ini
Alamat – San164-1 Seongdang-ri, Gujwa-eub, Jeju-si
15. Gream Café
- Kafe yang unik ini mempunyai ruang dalaman yang menarik untuk menghasilkan foto yang cantik
- Terletak di tingkat 4 Muzium Aeroangkasa Jeju (JAM), anda boleh mengakses kafe secara langsung menggunakan lif
- Sesuai dijadikan tempat untuk bersantai sambil menikmati secawan kopi dan pastri
Alamat – 218 Nokchabunjae-ro, Andok-myeon, Seogwipo-si
16. Dodudong Rainbow Coastal Road
- Lokasinya terletak di pinggiran pantai di Doduil-dong
- Berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju
- Penghadang jalan yang berwarna-warni di sekitar jalan ini membuatkan kawasan ini menjadi tarikan untuk pelancong berfoto
Alamat -1734 Doduil-dong, Jeju-si
Banyak kan spot cantik untuk bergambar di Jeju ni? Jadi kalau korang ke Jeju lepas ni, jangan lupa singgah ke tempat-tempat ni yer. Semoga tips-tips ini bermanfaat buat korang! Panduan ini dibawakan kepada anda oleh Jeju Tourism Organization.
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!