Gangwon sedia terima semula pengunjung melalui kempen Clean Gangwon
CLEAN GANGWON
Rata-rata rakyat Malaysia yang ke Korea Selatan pastinya akan memilih Seoul sebagai destinasi pilihan. Namun begitu, terdapat satu lagi wilayah di utara Korea Selatan yang mempunyai banyak tempat menarik, iaitu Gangwon. Gangwon terletak di kawasan timur laut negara Korea Selatan.
Wilayah ini dipenuhi dengan keindahan alam semulajadi yang pastinya akan memukau setiap pengunjung. Untuk pengetahuan anda, wilayah ini pernah menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 dimana ianya telah diadakan di bandar Pyeongchang, Gangwon.
Untuk menghadapi situasi wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini, Gangwon Province telah melancarkan kempen Clean Gangwon.
APA ITU KEMPEN CLEAN GANGWON?
Kempen ini menitik beratkan soal SOP di tempat-tempat pelancongan bagi memerangi wabak COVID-19 daripada menular di wilayah Gangwon.
Terdapat 4 langkah utama yang anda harus ikuti
- Muat turun aplikasi Clean Gangwon Passport dan mengimbas kod QR setiap kali anda ke mana-mana tempat di wilayah tersebut.
- Mengimbas suhu badan serta membuat sanitasi diri sebelum masuk ke dalam sesuatu premis
- Setelah selesai 2 langkah tersebut, anda akan diberikan pengesahan dalam bentuk NFC ataupun stamp
- Pengunjung yang mengunakan aplikasi ini juga akan dapat menebus ccenderahati iaitu kupon kopi digital
Selain itu lebih 2000 premis di sekitar wilayah ini telah diklasifikasikan sebagai Gangwon Self Clean Shop. Dimana tempat-tempat ini akan membuat proses sanitasi di dalam premis setiap hari disamping menyediakan Hand Sanitizer dan Termometer.
MACAM MANA NAK KE GANGWON?
- Tren
- Terdapat perkhidmatan tren KTX yang menghubungkan Seoul serta bandar-bandar di Gangwon seperti Pyongchang (durasi 90 minit) dan juga Gangneung (120 minit). Jika anda ingin ke Chuncheon pula, anda boleh menaiki tren ITX daripada Seoul untuk ke stesen Chuncheon. Perjalanan mengambil masa 60 minit
- Bas
- Sekiranya anda ingin ke Yangyang atau Sokcho, anda boleh menaiki bas daripada Seoul. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 140 minit.
BAS PENGANTARA & TEKSI
Sekiranya anda tiba di lapangan terbang ini, anda boleh menaiki Bas Pengantara ataupun Shuttle Bus untuk ke pusat bandar secara PERCUMA!
Selain itu, terdapat perkhidmatan Foreign Tourist Taxi dimana ianya dikhaskan untuk kegunaan pelancong daripada luar negara sahaja. Teksi ini akan membawa anda mengeliligi bandar selama 3 jam disamping melawat bebarapa tempat-tempat menarik. Kadar harga yang dikenakan oleh teksi ini adalah berpatutan iaitu sebanyak 20,000 won.
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI WILAYAH GANGWON
Terdapat banyak tempat-tempat menarik di wilayah ini yang anda boleh lawati. Kami senaraikan 6 kawasan utama yang terlibat didalam kempen Clean Gangwon ini :
- CHUNCHEON
Chuncheon merupakan bandar yang popular di Gangwon. Ianya dikenali sebagai City of Lakes kerana terdapat banyak tasik di kawasan ini. Perjalanan daripada Seoul akan mengambil masa lebih kurang 1 jam menaiki tren ITX. Antara tempat menarik untuk dilawati kawasan Chuncheon ini adalah :
i) Nami Island
- Lokasi pengambaran Winter Sonata
- Ianya merupakan sebuah pulau di kawasan sungai
- Tempat ini telah sekian lama menjadi destinasi tumpuan pelancong daripada Malaysia jika ke Korea
ii) Gangchon Rail Bike
- Anda boleh mengayuh di landasan keretapi lama yang dibina sejak 70 tahun dahulu
- Stesen Gimyujeong merupakan salah satu spot instagram yang popular di kalangan pengunjung
Untuk tempat-tempat menarik lain di kawasan Chuncheon ini, boleh tengok video dibawah
2. SOKCHO & YANGYANG
Yangyang merupakan bandar dimana terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa YangYang. Sokcho pula terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari YangYang.
i) Mount Seoraksan
- Salah satu gunung tercantik dan paling popular di Korea
- Ianya sesuai dilawati pada setiap musim dan suasan setiap musim akan memberikan pengalaman yang berbeza kepada anda
ii) Yangyang Surfyy Beach
- Pantai yang sesuai untuk para peluncur
- Ketika musim panas, seluruh pantai ini akan dipenuhi dengan parti, muzik hipster serta pertunjukan jalanan
Lihat video dibawah untuk lebih banyak tempat-tempat menarik di kawasan YangYang & Sokcho
3. WONGJU
Wongju merupakan kawasan yang kaya dengan tradisi & budaya. Ianya wujud sejak daripada zaman dinasti Joseon.
i) Museum SAN
- Merupakan sebuah muzium seni & budaya
- Tersenarai sebagai 100 tempat utama untuk dilawati di Korea
Lagi tempat-tempat menarik di kawasan Wonju dalam video dibawah
4. GANGNEUNG
Perjalanan ke Gangneung daripada Seoul hanya mengambil masa 1 jam 30 minit dengan menaiki tren laju KTX. Antara tempat yang boleh dilawati disini ialah :
i) BTS Bus Stop
- Lokasi pengambaran muka depan album BTS “You Never Walk Alone”
- Terletak di Jumunjin Beach dan menjadi tumpuan ramai pelancong
ii) Ojuk Hanok Village
- Disini anda berpeluang untuk mencuba pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok
- Antara aktiviti lain yang boleh dibuat disini adalah belajar memasak makanan korea ataupun kaligrafi
- Anda juga boleh bermalam disini jika mahu
Selebihnya boleh tengok dalam video dibawah
5. JEONGSEON
Jeongseon merupakan tempat asal Arirang. Disini juga terdapat beberapa tempat menarik antaranya :
i) Byeongbangchi Skywalk
- Ianya merupakan sebuah platform dimana lantainya diperbuat daripada kaca
- Anda juga akan dapat menyaksikan suasana cantik kawasan pergunungan
ii) Arari Village
- Kampung ini akan memberikan suasana keadaan di zaman Joseon
- Anda boleh cuba untuk bermain beberapa permainan tradisional antaranya Jegichagi
Lagi tempat-tempat menarik di kawasan Jeongseon dalam video dibawah
6.PYEONGCHANG
Bandar mula dikenali ramai setelah menjadi penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018. Perjalanan menaiki tren daripada stesen Seoul mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit untuk sampai ke sini. Berikut adalah antara tempat menarik disini :
i) Woljeongsa Temple
- Tempat ini berusia lebih 1000 tahun
- Kawasan sekitarnya terdapat banyak pokok Fir
ii) Balwangsan Mountain Cable Car
- Laluan Cable Car ini adalah antara yang terpanjang di Asia dengan 7.4km
- Cable car ini akan membawa anda ke puncak gunung untuk menikmati permandangan Yongpyong Resort
Lagi tempat-tempat menarik di kawasan PyeongChang dalam video dibawah
Menarik kan wilayah Gangwon ni? Semoga info-info ini dapat membantu anda merancang perjalanan ke Korea atau dengan lebih tepat nya ke Gangwon. Panduan ini dibawakan kepada anda oleh Gangwon Province.
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!