X PARK Sunway Iskandar – Syurga peminat aktiviti lasak

X PARK Sunway Iskandar

Baru-baru ini team kami sempat berkunjung ke Xpark di Sunway Iskandar, Johor. Xpark ini merupakan satu taman untuk peminat aktiviti lasak. Dimana ianya menawarkan pelbagai jenis aktiviti menarik termasuklah flying fox, high rope, go kart, atv dan banyak lagi. Bayaran yang dikenakan juga adalah berdasarkan kepada aktiviti yang korang nak main.

Selain itu, yang menariknya korang boleh juga pilih untuk menginap di sini. Dalam kawasan Xpark ini ada penginapan ala ‘Glamping’ yang boleh korang cuba.

HIGH ROPE & FLYING FOX

High Rope ni adalah antara tarikan utama di sini. Dimana ianya terdapat 2 kategori iaitu Level 1 & Level 2. Kalau ambil level 2 tu korang akan berjalan melalui route yang lebih tinggi. Nak lebih mencabar lagi, boleh je cuba dua-dua kategori tu. Untuk habiskan route ni perlukan masa lebih 1 jam juga (bergantung kepada kelajuan masing-masing) sebabnya ada banyak halangan yang perlu korang lalui. Lepas dah habis high rope, boleh terus sambung naik Flying Fox.

GO KART

Untuk yang dulunya bercita-cita nak jadi pelumba tu, boleh cuba naik go kart di sini. Trek dan kondisi go kart di sini memang cantik dan terjaga. Tapi kalau nak naik ni, kena pastikan and patuh semua ciri-ciri keselamatan yang diterangkan.

ATV RIDE

Disini juga terdapat permainan ATV ride. Dimana anda akan dibawa menyusuri trek yang disediakan. Ini termasuklah ke laluan off road yang disediakan untuk acara motocross. Aktiviti ini biasanya mengambil masa 30 minit hingga 45 minit untuk dihabiskan.

WATER SPORTS

Satu lagi aktiviti yang menarik di sini adalah aktiviti air ataupun water sports. Di sini korang boleh buat aktiviti seperti mengayuh ‘itik’, berkayak ataupun paddle boarding.

LAIN-LAIN AKTIVITI

Banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang korang boleh buat disini sebenarnya antaranya :

  • Archery
  • Futsal
  • Badminton
  • Motocross
  • Skate Park
  • Aqua Walk
  • Golf Driving Range

GLAMPING

Ya korang boleh juga menginap di dalam kawasan Xpark ini. Ada banyak bilik yang menawarkan pengalaman ala-ala glamping untuk korang. Setiap bilik dilengkapi katil queen dan juga mempunyai tandas tersendiri. Kalau nak kan pengalaman yang berbeza, boleh la cuba Glamping di Sunway Iskandar ini!

Menarik kan tempat ni ? Jadi untuk korang yang tengah mencari tempat untuk nak beraktiviti bersama geng korang ataupun bersama keluarga, boleh la consider X PARK Sunway Iskandar ni!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *