Kuching Heritage Trails: 9 Tempat Bersejarah di Kuching, Sarawak

Bila bercakap tentang Sarawak, pasti teringat kisah lagenda Puteri Santubong. Namun, Lawatan ke Bandar Kuching tak lengkap tanpa bergambar dengan tugu kucing ikonik dan menyelami sejarah serta budaya bandar ini. 

Berikut adalah 10 tempat bersejarah di Kuching, Sarawak: 

1. Kuching Waterfront

Terletak di tengah bandar, Kuching Waterfront adalah lokasi wajib bagi pelancong. Dari sini, korang boleh menikmati pemandangan bangunan bersejarahkampung tradisional, dan Sungai Sarawak, sambil menyaksikan matahari terbenam

Selain itu, korang boleh menyaksikan Musical Fountain Darul Hana

⏰ Waktu bermula: 

  • Ahad–Khamis: 8.30pm & 9.30pm
  • Jumaat & Sabtu: 8.30pm, 9.30pm & 10.30pm

Di sekitar Waterfront, terdapat hotel, kedai makan, kedai cenderamata, dan pelbagai kemudahan lain, menjadikannya ia lokasi strategik. 

2. Perahu Penambang 

Di Waterfront, juga terdapat perahu penambang menghubungkan pusat bandar dengan kampung tradisional diseberang sungai. Dengan bayaran hanya RM 1 sehala. Korang dapat menikmati pemandangan senja yang cantik sambil menaiki perahu atau berjalan-jalan di kampung sekitarnya. 

3. Royal Kuching Cruise 

Jika kurang selesa menaiki perahu kecil, Royal Kuching Cruise menawarkan pengalaman yang lebih santai di Sungai Sarawak selama 1 jam 30 minit.

Apa yang menarik: 

  • Korang Menikmati pemandangan 360° Bandar Kuching, bangunan bersejarah, kampung tradisional, dan nelayan pulang petang.
  • Free flow kek lapis & air kordial serta persembahan muzik dan tarian tradisional.

⏰ Jadual Cruise:

  • Signature Sunset Cruise: 5.30pm – 7.00pm (setiap hari)
  • Kuching City Night Cruise: 7.30pm – 8.30pm (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

4. Jambatan Darul Hana 

Jambatan Darul Hana sepanjang 355 meter membolehkan korang menikmati pemandangan penuh Bandar Kuching. Kalau malam akan ada lampu LED, buat OOTD korang lebih cantik. 

5. Carpenter Street

Bagi pencinta sejarah, Carpenter Street memaparkan seni bina tradisional yang masih utuh, serta landmark penting seperti Hong San Si TempleHidden Mosque, dan Pos Malaysia. Jalan ini menghubungkan pelbagai lokasi bersejarah dan budaya di Kuching.

6. Art Street

Di sini, graviti dinding menceritakan kehidupan harian dan pekerjaan masyarakat Sarawak suatu ketika dahulu. Lokasi ini juga menjadi port OOTD sambil menyelami kisah sejarah di setiap jalan.

7. Fort Margherita 

Terletak seberang Sungai Sarawak, Fort Margherita dibina pada tahun 1879 oleh Rajah Charles Brooke. Kini, ia menjadi Muzium Polis Sarawak, menampilkan artefak dan maklumat sejarah polis tempatan.

8. Indian Street

Wajib singgah bagi kaki shopping! Di sini terdapat pelbagai cenderamata, pakaian, dan barangan unik. Bersebelahan Main Bazaar, korang boleh membeli rempah ratus, ikan terubuk masin, ikan bilis, dan kek lapis Sarawak dengan harga berpatutan.

9. Cat Statue 

Lawatan ke Kuching tidak lengkap tanpa bergambar dengan tugu kucing. Tugu ini bukan sahaja comel, tetapi juga berfungsi sebagai penanda arah, dengan empat kucing menunjuk ke Utara, Timur, Selatan, dan Barat. 

Dengan hanya berjalan kaki, korang boleh menyingkap tempat bersejarah di Kuching, Sarawak Banyak lagi lokasi menarik menanti untuk diterokai, antaranya Sarawak Delta Geopark di yang pasti melengkap lawatan korang ke Sarawak. 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *