Itinerary kembara 14 hari ke 7 negara Eropah

Itinerary Eropah

Eropah merupakan benua yang menjadi idaman ramai pengembara dari Malaysia. Oleh kerana jarak perjalanan yang jauh serta nilai matawang disana yang tinggi, kos untuk ke sana adalah agak tinggi. Untuk kali ini, kami kongsikan pengalaman seorang followers Kaki Travel yang telah mengembara ke 7 negara Eropah.

Destinasi : London, Manchester, Paris, Brussels, Amsterdam, Frankfurt, Zurich, Lucerne, Interlaken, Lauterbrunnen, Grindelwald, Venice, Rome, Milan
Traveler :
Iefa Diyana
Tarikh :
16hb Nov 2019 – 22hb Nov 2019 (7hari 6mlm)
Jenis Trip : Couple

TRANSPORT

Mostly kami pakai Omio application untuk cek harga semasa tickets train & bus. Available tickets 1-2 bulan sebelum date yang kita nak pergi. Most of it kami beli direct website/apps train & bus coz harga lagi murah berbanding Omio.

Manakala Tram/Subway/Tube/Bus intercity & 24/48 hours pass, kami beli thru Klook apps, website : happyrail.com (Switzerland), tiket mesin di station setiap negara.

Di London, LRT/MRT/Subway di panggil Tube/Underground. Kami beli Oyster Card which is harga £5 & kad tu boleh dapatkan di mana-mana station & boleh reload di tiket mesin.

Actually, ada 4 malam iefa & husband tidur dalam bus & train untuk ke negara lain. Macam dari London ke Paris, kami naik Flixbus 8 jam. Amsterdam ke Frankfurt, Flixbus 8 jam. Zurich ke Venice, Flixbus 9 jam. Rome ke Milan, Trenitalia Train 9 jam. Trenitalia Train paling mencabar nak tidur coz seat dia sempit & menghadap orang depan. So kami laki bini tak tidur dengan tenang nak compared tidur dalam transportation lain. Hehe.

FYI, most of station bus or train kat sana limited seats di ruang menunggu. Maybe they all tak nak homeless sana tidur di station. That’s why ruang menunggu pun tak banyak tempat duduk.

HOTEL

Cari hotel yang dekat dengan public transport. Sebelum kami book hotel, kami akan cek map dulu hotel mana yang dekat dengan public transport & murah. Kira convenient untuk kita ke mana-mana. Kami booked thru Agoda which is banyak guna point credit card yang di redeem (Rewards dari isi minyak kereta & shopping) & Shopback. Dah jimat banyak kat situ.

Most of hotel yang kami stay hanya 2 malam & 1 malam je. Di London, Amsterdam & Switzerland, kami tidur 2 malam. Milan 1 malam.

CITY MAPPER APPLICATION

Application City Mapper ni banyak function dia especially kat bandar. Apps ni mudahkan kita untuk cari routes & pilihan menggunakan public transport sama ada tram/tube/bus dari satu tempat ke tempat yang lain termasuk fee.

ROAMING PLAN

👉🏻Hello1010 by Three Simcard (12GB) : RM122.20 (Shopee)
👉🏻Digi (6 Hari) : RM100

UBAT

Benda wajib kami bawa setiap kali travel is panadol, ubat selsema, batuk, gastrik, angin, cirit birit, tahan sakit & seangkatan dengannya. If pergi ke Klinik, minta Doktor bagi semua dalam bentuk pil so mudah untuk uols letak dalam beg.

MAKANAN

Memandangkan kami backpacks, so makanan kami hanyalah Kembara Adventure Meals & sambal bilis mertua. Selebihnya kami makan di sana & tak susah cari makanan halal kat Europe ni. Just Google then korang akan jumpa makanan halal.

Itinerary Eropah

TICKETS ADMISSION

MU match vs Brighton ni antara impian husband nak tengok Live match. Nak dapat tickets match ni, kena standby depan PC kot sebab tickets dia limited. Then if nak dapat tickets murah, join membership dulu tapi kena bayar la 

PICKPOCKETS

Di Europe ni, pickpockets dah macam level professional. Mostly banyak blog yang iefa baca also terjadi kat kawan-kawan iefa yang datang Europe kena pickpockets. What you guys can do is extra careful & alert sekeliling also jangan leka asyik petik gambar sampai ada yang memerhati. Pesan iefa, ignore je dengan orang yang tiba-tiba datang dekat or cuba nak offer something kat kita. Iefa sendiri sanggup tak pakai sling bag & hanya pakai pouch bag je letak di dada supaya barang-barang penting kita selamat. Then kami laki bini pakai RFID travel neck pouch hidden wallet (untuk letak credit card, duit & passport) dalam baju. If pouch bag kena pickpockets, at least barang berharga kita dalam hidden wallet still secure.

PLAN & TIME MANAGEMENT

As we know yang Europe ni ada 4 musim. So kena susun proper itinerary berdasarkan musim melawat di Europe. Macam iefa pergi ni musim Autumn nak masuk Winter. Suhu cecah 10c ke bawah. Then waktu siang sangat pendek. Sunrise pukul 7.30am & 4.30pm dah maghrib. So kena proper plan untuk city tour supaya tak terlepas ambil gambar pemandangan yang cantik nan indah.


ITINERARY

DAY 1 – LONDON
Westminster – St James Park – Buckingham Palace – Trafalgar Square – Covent Garden – Tower Bridge

DAY 2 – LONDON
Portobello Market Notting Hill Gate – Chelsea Stadium – Oxford Street till Marble Arch – Bayswater

DAY 3 – MANCHESTER
Old Trafford Stadium (MU vs Brighton)

DAY 4 – PARIS, BRUSSELS, AMSTERDAM
PARIS : Eiffel Tower – Arch de Triomphe
BRUSSELS : Atomium – Manneken Pis
AMSTERDAM : Zaandam

Paris
Brussels

DAY 5 – AMSTERDAM
Rijkmuseum – Hard Rock Cafe – Kalverdtraat Shopping Street – Dam Square – Bloemenmarket – De Bijenkorf – Red Light District

DAY 6 – AMSTERDAM
Zaanse Schans – Albert Cuypmarket – Amsterdam Centraal

DAY 7 – FRANKFURT & ZURICH
GERMANY : Frankfurt
SWITZERLAND : Zurich – Lucerne

DAY 8 – SWITZERLAND
Interlaken – Lauterbrunnen – Grindelwald

DAY 9 – SWITZERLAND
SWITZERLAND : Zurich

DAY 10 – ITALY
Venice : Just stay train station area due to flood
Rome : Colosseum – Imperial Forum – Altar of the Fatherland – Trevi Fountain

DAY 11 – ITALY
Milan : Duomo


Itinerary Eropah

PERINCIAN KOS

FLIGHT :
KL – LONDON – MILAN – KL : RM4166.17/2 Pax (RM2088.59/Pax) – Qatar Airways

HOTEL :
👉🏻Boka Hotel (London) : RM353.65 (3 Days 2 Nights)
👉🏻Easyhotel Amsterdam Zaandam (Amsterdam) : RM604 (3 Days 2 Nights)
👉🏻Ibis Budget Luzern City (Switzerland) : RM478.34 (3 Days 2 Nights)
👉🏻Hotel Berlino (Milan) : RM263.18 (2 Days 1 Night)

BUS :
👉🏻London – Manchester (National Express Buss) : RM78.32
👉🏻London – Paris (Flixbus) : RM151.62
👉🏻Brussels – Amsterdam (Flixbus) : RM107.29
👉🏻Amsterdam – Frankfurt (Flixbus) : RM254.01
👉🏻Zurich – Venice (Flixbus) : RM332.21
👉🏻Milan Malpensa Airport Transfer (Klook) : RM74

TRAIN :
👉🏻Manchester – London (Virgin Train) : RM247.72
👉🏻Paris – Brussels (Thalys Train) : RM271.05
👉🏻Frankfurt – Zurich (DB Train) : RM185.95
👉🏻Venice – Rome (Italo Train) : RM332.66
👉🏻Rome – Milan (Trenitalia Train) : RM156.71

TRAM/SUBWAY/TUBE/BUS :
👉🏻Oyster Card : RM270
👉🏻Manchester : RM37
👉🏻Paris (6 Tickets) : RM53
👉🏻Brussels : RM59
👉🏻Amsterdam & Region Travel Ticket (48 Hours Pass) : RM260
👉🏻1 Day Swiss Pass (Happyrail.com) : RM413.56
👉🏻Zurich – Lucerne – Zurich (SBB Train) : RM420
👉🏻Harder Klum (Interlaken) : RM219
👉🏻Rome (24 Hours Pass) : RM65
👉🏻Milan (24 Hours Pass) : RM78

TAXI :
👉🏻Paris : RM33
👉🏻Brussels : RM33

LOCKER :
👉🏻
Amsterdam : RM18.50
👉🏻Zurich : RM50.40

FOODS & BEVERAGES
Total Makan & Minum (11 Hari) : RM1100

INSURANCE
Etiqa Takaful : RM165.70 (2 Pax)

LAIN-LAIN
MU MATCH : RM455

TOTAL OVERALL : RM12,110.25

TOTAL PER PERSON : RM6055.13

Semoga itinerary eropah ini bermanfaat untuk rujukan anda.


LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

3 Responses

  1. mohamad hairi says:

    Salam Sis,
    saya mohon copy paste ye itinery ni…saya nak simpan buat rujukan…itinery sis ni lengkap dan padat…byk info yang saya nak cari ada dlm itinery sis ni…..

  2. Zainudin Bin Abu Bakar says:

    mohon copy.. terima kasih

  3. Noya says:

    Salam..Thank you itinerary tuan puan sgt membantu. Sy akan berlepas insyaAllah next month (June 2022), 80% follow perjalanan ni.( this is my 2nd time to EUR)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *