Kebakaran musnahkan beberapa bangunan di Hallstatt

Beberapa rumah di tapak sejarah UNESCO Austria di Hallstatt musnah dijilat api pada 30hb November yang lalu. Sekurang-kurangnya 4 buah bangunan mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran tersebut. Api dikatakan bermula daripada sebuah pondok kecil dan kemudiannya merebak ke bangunan kediaman berhampiran.

Memandangan bangunan di Hallstatt semuanya dibina secara rapat, rumah-rumah bersebelahan juga terkesan dengan kebakaran tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, tetapi seorang anggota bomba dikatakan cedera ketika memadamkan kebakaran.

Kebakaran dikatakan bermula pada 3.30 pagi waktu tempatan. Punca kejadian masih lagi disiasat oleh pihak berkuasa di sana.

Gambar ketika kebakaran yang dikongsikan pengguna Facebook Monika Stadlmeyr Faelinis Ragdoll
Selepas kebakaran dipadamkam. | Gambar – Cgtn.com
Gambar – Mui Koon Tang
Gambar – Mui Koon Tang

Hallstatt merupakan antara destinasi pelancongan popular di Austria serta Eropah. Ianya menjadi tumpuan para pelancong terutamanya daripada benua Asia. Kampung ini sangat tenang, dan kombinasi permandangan tasik dan gunungnya memang sangat cantik. Ianya juga mempunyai lombong garam tertua di dunia.

Sumber : dw.com

LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *