Air Asia lancar Unlimited Pass domestik – RM399 sahaja

Susulan pengumuman kerajaan bahawa pelancongan domestik dibenarkan untuk beroperasi semula, Air Asia telah melancarkan Unlimited Pass untuk membantuk merancakkan industri pelancongan domestik negara.

Air Asia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia ini berharga RM399 sahaja dan ianya boleh dibeli oleh semua ahli AirAsia BIG. Penjualan pass ini akan bermula pada 11hb Jun 2020 (Jam 10 pagi) hingga 13hb Jun 2020 (11.59 mlm). Penerbangan boleh ditebus untuk terbang bermula 25hb Jun 2020 sehingga 31hb Mac 2021.

Pass ini meliputi 16 destinasi di dalam Malaysia termasuklah Alor Setar, Langkawi, Penang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau & Labuan.

Menarik kan ? Beli satu pass sahaja, boleh terbang banyak kali sehingga 31hb Mac 2021 nanti. Tetapi point penting yang korang kena tahu

  • Pass ini meliputi harga tiket sahaja ya. Tak termasuk tax, fees, add-on (baggage, makanan etc) dan lain-lain cas tambahan.
  • Kena booking 14 hari sebelum tarikh penerbangan
  • Tertakluk pada terma & syarat AirAsia di sini

Namun Air Asia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia ini tetap berbaloi jika anda memang bercadang untuk terbang selalu. Beli sekali, lepas tu tiap bulan boleh balik kampung dengan bayar tax + add on sahaja.

Boleh layari https://www.airasia.com/deals untuk pembelian.

Jom kita #TravelDalamNegara !

Kempen #TravelDalamNegara adalah satu inisiatif Kaki Travel untuk menyokong pelancongan di dalam Malaysia. Jika anda ingin kongsikan pengalaman/itinerari/gambar/video pengembaraan anda di dalam Malaysia, boleh emel ke admin@kakitravel.net

Sama-sama kita bantu bina semula industri pelancongan negara!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

1 Response

  1. Faiez Zain says:

    Wow ID90 to all??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *