Keukenhof dibuka secara ‘virtual’ tahun ini

Keukenhof merupakan antara taman bunga tercantik di dunia ketika musim ‘Spring’. Taman yang popular dengan bunga tulip ini terletak di Lisse,pinggir bandar Amsterdam, Belanda. Ianya hanya dibuka ketika musim bunga setiap tahun iaitu antara bulan Mac hinga Mei. Tempat ini merupakan antara destinasi wajib jika mengembara ke Amsterdam ketika musim waktu tersebut.

Taman ini mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 1950. Keluasannya kini mencecah 32 hektar, menjadikannya antara taman bunga terbesar di dunia.

Namun dengan situasi wabak COVID19 yang semakin teruk di Eropah dan seluruh dunia, ianya tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Gambar – Visit Keukenhof
Gambar – Visit Keukenhof
Gambar – Visit Keukenhof
Gambar – Visit Keukenhof
Gambar – Visit Keukenhof

Oleh kerana pengunjung tidak dapat untuk ke sana tahun ini, pihak pengurusan Keukenhof bertindak untuk membawakan taman bunga ini kepada mereka secara ‘Virtual’ ataupun online. Boleh tonton video dibawah

Anda juga boleh layari laman youtube rasmi Visit Keukenhof untuk saksikan video-video terbaru.


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *