9 Muzium di dunia yang anda boleh lawati secara ‘virtual’

Muzium Di Atas Talian

Berada musim wabak COVID-19 ini kita bukan sahaja tidak dapat keluar negara, bahkan dengan adalah Perintah Kawalan Pergerakan ini keluar rumah pun tak boleh. Pastinya ramai yang banyak menghabiskan masa di media sosial serta melayan movie di Netflix, Astro, Unifi TV dan sebagainya.

Google Arts & Culture telah bekerjasama dengan lebih 2500 muzium dan galeri di seluruh dunia untuk membawakan ‘virtual tour’ dan pameran online bagi muzium-muzium popular di seluruh dunia. Maksudnya anda boleh melihat dan membaca mengenai sesuatu artifak itu hanya dengan berada di tempat duduk anda.

Antara muzium-muzium popular yang tersenarai adalah :

1. British Museum – London, United Kingdom

Muzium ikonik yang terletak di tengah-tengah bandaraya London ini menawarkan peluang kepada anda untuk ‘tour’ disekitar the Great Court serta melihat Batu Rosetta dan Mummia Mesir.

Virtual tour –> British Museum

2. Guggenheim Museum – New York, Amerika Syarikat

Muzium di New York yang terkenal dengan tangga ‘spiral’ ini menawarkan paparan ala Google Street View. Di mana anda dapat berjalan di tangga tersebut untuk melihat satu-satu bahan atau artifak yang dipamerkan.

Virtual Tour –> Guggenheim Museum

3. Musée d’Orsay – Paris, Perancis

Anda boleh ‘berjalan’ di sekitar muzium ini untuk melihat pelbagai jenis hasil karya artis-artis Perancis yang bermula dari tahun 1848. Antaranya karya daripada Monet, Cézanne dan Gauguin.

Virtual Tour –> Musée d’Orsay

4. National Museum of Modern and Contemporary Art – Seoul, Korea Selatan

Salah satu daripada muzium paling popular di Korea. Anda dapat melayari virtual tour ke 6 tingkat yang penuh dengan karya kontemporari dari Korea dan seluruh dunia.

Virtual Tour –> National Museum of Modern and Contemporary Art

5. Pergamon Museum – Berlin, Jerman

Sebagai salah satu daripada muzium terbesar di Jerman, Muzium Pergamon ini menawarkan banyak artifak-artifak menarik daripada seluruh dunia. Antaranya Ishtar Gate of Babylon dan Pergamon Altar.

Virtual Tour –> Pergamon Museum Virtual Tour

6. Rijksmuseum & Van Gogh Museum – Amsterdam, Belanda

Dua buah muzium popular di Amsterdam ini juga turut mempunyai virtual tour. Kedua-dua nya menawarkan pameran secara street view. Van Gogh Museum mempamerkan banyak karya-karya popular daripada Van Gogh.

Virtual Tour –> Rijksmuseum | Van Gogh Museum

7. Uffizi Gallery – Florence, Itali

Mungkin galeri ini kurang popular, tetapi ianya menyimpan pelbagai khazanah daripada keluarga ternama di Itali, iaitu De’Medicis. Bangunannya juga adalah bangunan lama yang dibina pada 1540

Virtual Tour –> Uffizi Gallery

8. MASP – São Paulo, Brazil

MASP adalah singkatan kepada Museu De Arte de Sao Paolo. Ianya merupakan muzium modern pertama di Brazil. Banyak bahan pameran di sini dipamer di atas frame perpex, di mana anda akan nampak seperti ianya terapung.

Virtual Tour –> MASP

9. National Museum of Anthropology – Mexico City, Mexico

Muzium yang dibina pada tahun 1964 ini menyimpan pelbagai sejarah negara Mexico. Antaranya artifak daripada tamadun Mayan.

Virtual Tour –> National Museum of Anthropology


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *