Genting Highlands (Outdoor) Kembali dibuka?

Kalau tengok Website Resort World Genting (RWG), nampak gaya mereka dah keluar teaser video semalam. Cuba korang tengok video di bawah:

Say Hello the New Genting Highlands!

Katanya Taman Tema Genting Highlands (Outdoor) akan mula dibuka pada suku kedua (Q2) Tahun 2021. Eh Tahun inilah. Tazzabarnyaaaa!!!!!

Berdasarkan RWG, taman tema ini akan merangkumi pengalaman pengembaraan melalui 9 filem dan pengembaraan yang diilhamkan oleh ‘dunia’ – Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio. DAN Salah satu tarikan yang mungkin akan menghidupkan keterujaan korang adalah “ride rollercoaster” motosikal yang unik yang dipanggil Mad Ramp Peak – yang pertama seumpamanya di dunia.

Sehingga kini, harga tiket belum diumumkan lagi tetapi Genting memberi jaminan bahawa ianya akan menjadi pembayaran tiket sekali masuk ke taman tema dengan “ride” tanpa had. Mesti menarik kan!!! Jom kita tunggu sama-sama pembukaannya nanti.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *