Trip ke Jeju di musim luruh – Itinerary & Tips
Itinerary ke Jeju – 6h 5mlm
Pulau Jeju, salah satu daripada destinasi popular di Korea dikalangan pelancong Malaysia. Pulau Jeju ni terletak di bahagian selatan negara Korea Selatan. Banyak juga drama-drama Korea yang shooting dekat sini. Korang yang selalu tengok drama Korea tu mesti tau kan.
Ok untuk entri ni kami nak kongsikan itinerary ke Jeju selama 6 hari 5 malam untuk korang buat rujukan. Ititnerary ini dikongsikan oleh followers Kaki Travel iaitu Umirah Zahurin yang telah travel ke Jeju bersama suaminya.
Date: 4-9 November 2019 🍁 – Autumn Season
.
Day 1
– KLIA2 to JEJU (AirAsia X)
– Arrival Airport Jeju
– Ambil kereta sewa. Kami guna AJ Car Rental
– Yongduam Rock (free entrance, free parking)
– Check In Staz Hotel Jeju Robero
– Malam free and easy jalan-jalan di Jungang Underground Shopping dan Nuwemaru Street.
Day 2
– Check out hotel
– Hallasan Mountain (tak hiking pun cuma jalan-jalan di sekitar trail untuk melihat daun autumn). Kami guna trail Seongpanak trail.
– Woljeongri Beach (Free entrance, Free parking)
– Seopjikoji Lighthouse (Free entrance, Parking fee: 1000 won)
– Drive ke Seongsan and check in Hotel The Best Seongsan
Day 3
– Check out hotel
– Seongsan Ilchulbong. (Entrance fee; 5000 won, free parking). Hiking ke puncak untuk dapatkan best view.
– Turun dari Seongsan Ilchulbong, nampak orang jual sotong bakar dan jus tangerine. Beli and sedap sangat! Harga sekitar (3,000 – 4000 won)
– Jeongbang Waterfall (entrance fee: 2000 won, free parking)
– Jusangjeolli Cliff. Dah sampai di entrance tapi staff dah tak bagi masuk sebab dah tutup jam 5.30pm. So terkilan sikit. Then kami habiskan masa tangkap gambar dengan silver grass area tempat parking kereta 😂 (parking fee: 2000 won)
– Drive and check into Chason The Read, hotel area Seogwipo.
Day 4
– Check out
– Osulloc Tea Museum and Innisfree Jeju House (free parking, free entrance)
– Songaksan Mountain
– Sanbangsan (free parking)
– Yeongmori Coast (entrance fee: 2000 won)
– Check in The Ocean Palace for 2 nights
Day 5
– Pergi Hallasan guna trail Eorimok. Tak hiking cuma repeat nak tengok daun autumn lagi. Di Eorimok trail ada jambatan yang cantik untuk bergambar with autumn leaves background.
– Drive to Bada Janchi untuk makan tengahari
– Ihoo Tewoo Beach
Day 6
– Check out
– Cheonjiyeon Waterfalls. Terbahagi 3 waterfall di sini. (Entrance fee: 2500 won, free parking)
– Tangerine Picking at Baengnokdam Farm (Etrance fee: 5000 won fruit picking sampai penuh bakul, free parking)
– Return Car at AJ Car Rental
– Airport Depature
Tips:
📌 Untuk drive di Jeju, perlu ada International Driving License. Buat di JPJ, RM150. Valid one year.
📌 Sewa kereta Aj Car Rental is highly recommended. Boleh book 2 bulan awal di website dan bayar cash di kaunter. Tak perlu kad kredit. Nak ambil kereta, kena naik free shuttle bus company. Exit airport from gate 5, lintas jalan, belok kanan and akan nampak shuttle bus AJ Car Rental.
📌 Drive di Jeju is left hand side and tak boleh laju. Limit speed 80km/h. Banyak speed trap camera.
📌 Download Kakao Maps atau Naver Maps.
📌 Portable Wifi: Kami sewa Roaming man. RM 12/day. Pickup di Klia2
📌 Makanan: Makan halal susah nak cari di sini. So, disarankan bawa makanan banyak dari Malaysia.
📌 Jeju banyak nature places so disarankan pergi 6,7 hari untuk cover semua tarikan di Jeju
📌 Digalakkan ambil travel insurance. Kami ambil etiqa travel insurance.
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan korang!