7 Destinasi di Asia Tenggara yang mempunyai cuaca sejuk
Tempat-tempat sejuk di Asia Tenggara
Asia Tenggara merupakan kawasan yang beriklim khatulistiwa secara amnya. Namun begitu masih ada beberapa tempat yang mempunyai cuaca empat musim antaranya, utara Vietnam & utara Myanmmar. Di sini kami kongsikan dengan anda 7 destinasi yang anda boleh dapat cuaca sejuk di Asia Tenggara ini
1.Gunung Rinjani, Lombok
Gunung Rinjani terletak di Lombok Indonesia merupakan gunung berapi ke-2 tertinggi di Indonesia. Gunung Rinjan masih aktif dan suhu di sini mencecah hampir 10°C. Selain mendaki gunung, kat sini korang juga boleh bermandi-manda di air terjun dan melihat suasana kampung yang unik yang terdapat kat sini.
2.Hanoi, Vietnam
Hanoi terletak di tepi kanan Sungai Merah, Vietnam. Ia merupakan antara tempat percutian menarik di Asia dan lebih dikenali sebagai “Paris of Asia“. Suhu di Hanoi, Vietnam boleh mencecah sehingga bawah 20°C di antara bulan Disember sehingga Februari. Selain tu, di Hanoi terdapat pelbagai pantai yang cantik-cantik.
3.Sapa, Lao Cai, Vietnam
Sapa, Lao Cai terletak di Barat Daya, Vietnam. Ia adalah tempat terkenal untuk pelancong. Kalau korang pergi ke sini, bersiap sedia untuk kesejukan sebab suhu kat sini boleh menghampiri 5°C dari bulan Disember sehingga Februari. Manakala di puncak gunung Fansipan pula suhu boleh turun sehingga -5°C.
4.Bandar Tagaytay, Filipina
Bandar Tagaytay, Filipina terletak di provinsi Cavite, Filipina. Walaupun tidaklah sesejuk destinasi percutian menarik di Asia seperti yang lain, tetapi Bandar Tagaytay amat unik. Antara tempat paling popular untuk korang di sini adalah Tasik Taal dan Gunung Berapi Taal. Suhu di Bandar Tagaytay boleh mencecah sehingga 22°C.
5.Chiang Mai, Thailand
Chiang Mai terletak di utara Thailand. Ia juga merupakan salah satu bandar yang penuh dengan budaya. Pada musim sejuk kat sini, mesti korang akan suka tengok pokok ceri yang berbunga. Selain tu, di Taman Negara Doi Inthanon pula terdapat pokok sakura seperti di Jepun. Masa yang sesuai untuk korang pergi adalah pada bulan November sehingga Februari.
6. Kundasang, Sabah
Kundasang, Sabah terdapat lembah hijau yang sangat cantik. Ia juga hanya 6km daripada Gunung Kinabalu dan mencecah hampir 4,000 meter di atas paras laut. Suhu di Kundasang boleh mencecah sehingga 13°C. Manakala di puncak Gunung Kinabalu boleh mencecah sehingga 0 °C.
7.Cameron Highlands, Pahang
Cameron Highlands yang terletak di atas bukit menyebabkan cuaca sejuk secara purata sehingga 18°C. Selain tu, korang boleh tengok kehijauan taman dan kebun yang terdapat kat sini. Boleh juga pergi ke ladang strawberry, taman lavender dan banyak lagi tempat yang menarik.
Ok so dah dapat idea dah la kan dekat mana tempat-tempat sejuk yang korang boleh pergi dalam Asia Tenggara ni.
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan korang!
1 Response
[…] Sumber Gambar: KakiTravel […]