Tips & Travelog trip ke Phuket selama 3h 2mlm

Pengalaman & Tips ke Phuket, Thailand
Perkongsian oleh : Busa Syafiqqah Shawal

Assalamualaikum and haiii korang. Harini aku nak share travelog baru. Even ramai dah yang pernah share pasal travelog ke Phuket tapi aku berpegang pada konsep “Same place, Different Experience”. So even ramai dah pergi satu tempat tu, pengalaman takkan sama. Jadi aku nak share semua tu dalam travelog picisan kali ni. Trip ni tak bajet sangat and tak overbudget sangat so sesuai lah sape sape nak buat as rujukan. Moga perkongsian ni memberi manfaat pada yang membacanya.

Expenses ni aku dah bahagi siap siap untuk satu kepala punya cost (tak termasuk perbelanjaan makan dan shopping sebab yang itu terpulang pada individu tu sendiri tapi aku akan share tempat makan murah dan berbaloi kat sana dalam post ni). By the way kitaorang pergi Phuket 3hari 2 malam and flight kami ke Phuket awal pagi dan flight balik ke Malaysia lewat malam hari ketiga tu.

KOS

Hotel: 675 THB ( RM 89.75 )

Motor sewa ( 2days ) : 200 THB ( RM 26.60 )

Airport transfer: THB 342 ( RM 45. 50 )

Phi Phi Island Package: THB 831 ( RM 110. 50 )

Petrol: THB 35 ( RM 4.65 )

Flight (KUL-HKT-KUL): RM 286

Insurans: RM 13

Simcard: RM 9.55

TOTAL : RM 585. 55 per pax

HOTEL

Aku book dekat Booking.com je. Aku stay dekat Cool Sea House, Patong. Since kitaorang pergi berenam, aku book tiga bilik Double Room with Balcony dengan harga total THB 4050 ( lebih kurang harga total tiga bilik tu RM 534.50 so satu kepala bayar RM 89.75 ) Location dia just nice, takde lah jauh mana dengan attraction places apa semua. Yang paling best, dekat je dengan 7E and Family Mart so memang kerja kitaorang habiskan duit kat situ je lah. Process check in pun smooth, staff dia friendly and siap bagi kitaorang check in awal tanpa extra caj sebab aku sampai hotel awal dalam pukul 11 pagi. Sepatutnya check in pukul 2 petang. Bilik okay sangat, katil selesa, ada peti ais, wardrobe, heater, hair dryer, memang fasiliti semua nice lah. Overall aku puas hati sangat, sesuai lah hotel ni dengan bajet aku.

Bilik di Cool Sea House
Lobi Hotel

MOTOR SEWA

Phuket ni nak cari motor sewa senang je. Bersepah orang buat bike rental. Biasanya skuter lah yang dia sewakan. Sini sama ada kau bagi deposit cash or kau bagi passport ori kau sebagai cagaran masa menyewa. Kalau deposit cash, biasa memang tinggi sikit lah. Aku mula mula nak sewa dekat hotel je tapi bike semua dah habis disewa so aku jalan kaki sikit sewa dekat area situ jugak. Starting price sewaam dalam THB 180 per day. Masa aku sewa tu, aku tinggalkan passport kat tempat tu. Dia akan buat copy passport aku then dia attach sekali dengan perjanjian penyewaan tu so kalau kena tahan dengan polis and if polis mintak passport just tunjuk je benda tu.

Tapi Alhamdulillah tak kena tahan pun masa kat sana. Aku sewa dua hari so total THB 400 bahagi dua jadi lah THB 200 sorang. Untuk sewa motor, dia mintak lesen memandu kau jugak. Tapi rileks, lesen Malaysia valid je sini. Better sewa skuter yang cc tinggi sikit sebab Phuket ni banyak kawasan tanah tinggi. Nama Phuket tu pun actually stands for “Bukit” so memang mencanak jugak certain kawasan.

AIRPORT TRANSFER

Aku book dengan dua tempat yang berbeza. Untuk airport transfer dari airport ke hotel aku book through KLOOK. Memang murah and selesa. Dia akan tunggu kau dekat international departure gate. Free 2.5 hours waiting time so kalau terkandas lama kat imigresen tu rileks, dorang takkan charge kau until lebih 2.5 hours waiting time. Proses booking and so on sangat mudah guna KLOOK ni. Memang aku rekomen sangat sesape nak travel silalah guna KLOOK untuk beli pakej ke apa apa ke. Untuk airport transfer dari hotel ke airport, aku book dengan member aku yg memang warganegara Thailand and ada travel agency kat Phuket. Saje support bisnes member member.

Harga van dia mahal sikit dari KLOOK tapi still harga standard untuk private van kat Phuket which is THB1200. And van dia memang selesa gila gila, van version yang ada lampu lampu bagai tu. Memang puas hati sangat sangat. Dari segi keselesaan, van ni lagi better dari van yang aku book dekat KLOOK. Nanti aku letak contact number member aku tu kat bawah incase korang nak book dengan dia. Oh ye, kalau korang nak bajet, boleh je amik shared minivan or bus dari airport tu. Kalau minivan, THB180 per pax. Kaunter dia ada dekat luar airport. Biasa dia akan tunggu van sampai penuh baru gerak. And dia biasanya akan stop kat satu tempat mcm travel agency and kat situ dia akan promote pakej kat korang. Takyah beli, mahal harga Yahudi. Elok beli kat KLOOK je. Trusted and mudah.

Van yang dibook dengan Klook

PHI PHI ISLAND PACKAGE

Aku beli package ni kat KLOOK dengan harga RM 110. Masa tu KLOOK promo 8% so memang jimat lah. Kalau survey harga dekat sana biasanya starting dalam RM 130 ke atas untuk island package ni. Untuk pakej ni, dia cover Phi Phi Lay, Phi Phi Don and Kai Island with English speaking guide. Dorang akan pick up korang kat hotel and send dekat Asia Marine Pier. Sampai kat situ, dia bagi light breakfast before korang gerak naik speedboat. Then naik speedboat, dia bawak lah sightseeing kat certain points and snorkeling.

Korang better prepare awal awal waterproof shoes and waterproof bag sebab masa atas speedboat biasanya akan basah kena tempias air laut. Aku beli diving shoes kat Shopee je dalam RM 5. Kalau beli kat sini maunye harga RM 40 ke atas sepasang. Pakej ni cover mineral water, soda water, buah buahan masa atas speedboat and paling best, ada buffet lunch (halal food sebab kat Phi Phi Island ni mostly org Islam). Makanan dia sedap sedap weh, makan lah puas puas. Pakej ni start dari 8 am and kitaorang sampai balik kat hotel around pukul 6 petang so agak seharian jugak lah which is berbaloi dengan apa yang dibayar.

PETROL

Sini aku taktahu lah full tank berapa tapi aku isi THB75 per bike and masa nak pulang motor masih ada baki tiga bar lagi padahal dah jalan jauh dah. Penat nak habiskan minyak motor hahaha.

TIKET FLIGHT

Aku beli masa promo Air Asia. Actually boleh dapat murah lagi sebab travel partner aku dapat RM 50 je sehala. Rajin rajinlah grab tiket murah masa promo.

INSURANS

Aku ambik basic insurans dengan AXA je. Beli online. Mudah je. Insurans ni penting, kita taktahu apa akan jadi lagi lagi kat negara orang.

SIMCARD

Aku beli simcard dekat Klook jugak. Harga satu sim is RM 19.10 but kitaorang beli per couple je sebab kitaorang nak internet untuk bukak waze je and google anything. Lagipun byk tempat kt Phuket ni ada free wifi. Tapi kalau nak murah beli kat Shopee. Kitaorang mula mula nak beli kt Shopee tapi out of stock pulak so beli kat Klook last minute and pick up dekat kaunter DTAC kat Phuket Airport. Staff dorang siap pasangkan simcard tu nanti. Senang je proses redeem sim tu.

MAKAN

Kitaorang selalu beli makanan kat 7E sebab dekat hahaha. Tapi tengok logo halal dulu or tanya je cashier. Masa hari first, kitaorang dinner dekat satu port makanan buffet boek kat Phuket, nama kedai tu Makan Buffet Halal Food Phuket. Harga satu kepala THB289. Makanan sangat berbaloi and seafood dia terbaik. Makan lah sampai kenyang. Sini pekerja dia ada yang boleh cakap Melayu jugak. Korang waze je nama kedai, kalau sesat tanya local.

Masa dinner hari kedua kitaorang makan street food dekat area Kalim Beach. Sini peniaga dia muslim ya, tak jauh pun dari Patong. Just ride dalam 10 minit je. Tempat ni best sangat kalau korang nak enjoy sunset sambil makan thai food. Harga pun reasonable. Aku makan pad thai dengan teh ais thai Cuma THB 80 je. Dah la makanan dia portion selambak, teh ais padu! Untuk lunch hari ketiga kitaorang makan dekat area Masjid Nurul Islam, Patong. Sini banyak kedai makan halal. Kitaorang makan dekat Hasim Halal Food, betul betul sebelah masjid tu. Sini memang jujur cakap makanan sedap, portion banyak, dijamin halal, pekerja boleh cakap melayu, tempat selesa and yang paling penting murah sangat! Rekomen sangat kalau korang datang Phuket kena makan kat sini tau!

Makan Buffet Halal Food Phuket
Hasim Halal Food

VIEWPOINT

Phuket ni memang banyak viewpoint yang korang boleh singgah untuk tengok scenery. Kitaorang sempat singgah 3 viewpoint masa hari pertama. Kitaorang pergi Karon Viewpoint, Windmill Viewpoint and lastly tengok sunset dekat Promthep Cape. Memang lawa sangat, sepanjang perjalanan nak ke tempat ni, kitaorang stop jugak dekat beach untuk layan scenery.

SOUVENIR

Aku beli souvenir dekat depan hotel aku je. Dia macam pemborong souvenir untuk kedai kedai kecik lain kat area Patong ni kut sebab aku tengok ramai ambik stok kat dia. Harga dia murah juga nak banding dengan kedai lain tapi memang area Patong ni souvenir mahal sikit. Nak murah gi Phuket town. Aku tak banyak habiskan duit dekat souvenir sebab aku banyak habiskan duit dekat 7E sana je hahahaha.

TIPS KE PHUKET!

1) Sini dorang panggil Masjid tu Masjid. Dorang tak panggil mosque tau.

2) Kalau nak beli airport transfer dekat Klook tu, make sure dekat arrival time tu korang letak la sejam lewat dari jangkaan ke. Contoh korang agak agak sampai Phuket dalam 8 am waktu Thai. Letak lah 8:30 am ke 9 am ke sebab kemungkinan untuk beratur dekat imigresen tu lama. Kitaorang beratur almost sejam setengah. So kalau letak estimated arrival time tu lewat sikit takde lah lama sangat driver tu tunggu.

3) Cari makanan halal dekat area masjid, situ biasa murah sikit and local pun ramai makan situ. Google je Masjid Nurul Islam. Tak jauh dari hotel kitaorang, dalam 7 minit je.

4) KFC sini halal tapi MCD tak halal ye.

5) Bawa siap siap waterproof shoe and bag. Senang takde lah basah barang korang masa naik speedboat or buat aktiviti air kat Phi Phi island.

6) Dekat Kai Island, toilet kena bayar ye. THB 20 per entry.

7) Jalan dekat Phuket curam and tar dia lain sikit so kalau kat kawasan berbukit berhati hatilah merempit.

8) Kalau kena tahan dengan polis Thai, tunjuk lesen Malaysia je dengan passport. Lesen kita valid kat sana.

9) Phuket ni banyak tempat lawa lawa untuk bersantai so rancang lah itinerary korang. Selalu jarak dari satu attraction places to another attraction places tak jauh mana.

Semoga tips ke Phuket ini bermanfaat buat korang!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *